Part 65 - Dendam terbalas

23.1K 1.3K 54
                                    

Andry Zuhairie Risley membuka mata apabila terasa tendangan kuat di bahagian perutnya. Dia mengerang kuat. Terbongkok tubuhnya menahan senak. Kaki dan tangan diikat membuatkan dia tidak terdaya untuk melawan.

Sakit seluruh urat sendi akibat hentakan semalam juga masih belum hilang. Ditambah pula sepakan kuat tadi.

"Putera vampire kita sudah bangun.." satu suara menyapa diiringi ketawa sinis di hujung ayat.

Pantas Zuhairie mendongak memandang tajam ke arah manusia di hadapannya. Sakit hatinya mendengar ketawa jahat itu.

Wajah itu langsung tidak berubah meskipun sudah berpuluh tahun mereka tidak bersua. Ini kerana kuasa yang dimiliki mengekalkan tenaga lelaki itu walaupun sudah berganjak ke usia 100 tahun lebih.

Raymond Risley --

Lelaki itu melangkah dengan tenang ke arahnya. Tangan dimasukkan dalam poket seluar. Terukir senyuman sinis di bibir.

Zuhairie sudah agak, ini semua kerja lelaki tua itu. Tak lain tak bukan kerana satu dendam.

"Mana isteri aku?!" Bergetar suara Zuhairie menahan marah yang bermaharajalela dalam jiwa. Hilang terus rasa hormat pada bapa saudaranya itu.

"Isteri kau? Aku ingatkan perempuan kotor yang kau simpan sebagai teman ranjang kau je. Well, aku tengok body dia memang seksi dan hot" Raymond Risley ketawa jahat. Puas hatinya melihat wajah Zuhairie yang memerah.

Anak kepada adik kandungnya. Manusia yang paling dia benci dalam dunia ini. Manusia yang dia bunuh menggunakan tangannya sendiri. Walaupun Richard sudah mati, tetapi dendamnya tidak pernah terpadam buat keluarga itu.

Kedua ibu bapanya selalu melebihkan Richard darinya. Mentang-mentang lelaki itu memiliki darah tulen berbanding dirinya. Ya ! Dia dengki, dia cemburu. Dia tak suka Richard diberi perhatian.

Kini, anak kepada Richard berada di hadapannya. Matlamatnya akan tercapai tidak lama lagi. Iaitu menghapuskan keturunan Richard Risley di muka bumi ini !

"Aku tanya sekali lagi, MANA ISTERI AKU!!?" Tengking Zuhairie kuat. Mendidih api kemarahan dalam hatinya apabila lelaki kejam itu dengan selamba menghina Ain Amani.

"Hrmm ... Bagi aku ingat balik" Raymond Risley berpura-pura berfikir. Tangan memeluk tubuh.

"Oh yaa! Malam tadi, di atas katil --" kata-kata Raymond berjeda sebentar. Sengaja mahu membuatkan hati Zuhairie membara.

"Dalam bilik gelap. Bersama aku" Raymond Risley ketawa jahat. Bergema bilik itu dengan hilaian tawanya sahaja.

"What do you want from me?" Bibir diketap kuat. Menghalang bibir daripada menghamburkan sumpah seranah buat lelaki itu.

"What I want? Erm..." Raymond duduk bercangkung di hadapan Zuhairie. Mata tajam mereka saling bertatapan antara satu sama lain.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dia VampireWhere stories live. Discover now