Part 25 - Melarikan diri

43.9K 1.8K 53
                                    

Andrea Az Zahra Rislea keluar dari kedai pakaian H&M setelah selesai membeli beberapa helai pakaian. Dia berjalan dengan penuh gaya bersama beg tangan Gucci di tangan. Sebelah tangan lagi sudah penuh dengan beg kertas jenama H&M. Nick awal-awal lagi dia suruh tunggu dalam kereta. Takkan nak suruh teman shopping baju perempuan.

Dia baru pulang dari pasaraya membeli barangan dapur yang dipesan abangnya. Bukan main banyak lagi sampai penuh tiga troli. Nasib abangnya itu memberi kad kredit. Kalau tak, memang tak cukup la nak bayar guna cash. Zuhairie Risley juga ada memintanya untuk membeli pakaian untuk Ain Amani. Baru dia teringat beg yang dibawa Ain hanya ada beberapa helai baju sahaja.

Sedang dia ralit memandang sekeliling, tiba-tiba terasa pergelangan tangannya direntap dari belakang. Nasib tidak berterabur beg beli belah yang dipegangnya. Dia menoleh belakang. Bersedia untuk memarahi manusia yang berani menyentuhnya.

Andrea terkedu memandang wajah lelaki di hadapannya. Lelaki itu segak berpakaian lengan pendek jenama polo dan seluar slek hitam. Jantungnya berdegup pantas melihat kekacakan Fawwaz Amsyar di depan mata. Mati la nak! Rileks Andrea, anggap kau tak tahu apa-apa. Dia cuba menenangkan diri.

"Mana kau sembunyikan Ain?" Dingin sahaja Fawwaz bersuara. Dia memandang tajam ke arah Andrea yang seperti terkejut melihatnya. Dari tadi dia mengekori gadis itu. Bukan main shopping sakan. Banyak duit !

"Apa awak merepek ni? Buat apa saya nak sembunyikan Ain?" Andrea mempersoalkan tuduhan Fawwaz. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Dia cuba merungkaikan cengkaman. Tapi, pegangan kejap Fawwaz menyukarkannya untuk melepaskan diri.

"Kau orang terakhir yang bersama dengan dia. Entah-entah kau perangkap Ain dan jual dia di Thailand sana. Sebab tu kau kaya sampai boleh beli pakaian mahal-mahal ni kan?" Tuduh Fawwaz Amsyar melulu. Dia melepaskan cengkaman apabila melihat dahi Andrea yang berkerut menahan sakit.

Andrea telan liur. Tekaan Fawwaz hampir mengena. Ya... Part perangkap tu betul. Tapi, tuduhan yang tidak dapat dia terima ialah menjual Ain ke Thailand? Hey! Ingat aku terdesak sangat nakkan duit? Harta aku menimbun lah! Dia tak la sekejam itu untuk menjual kawan baik sendiri untuk kepentingan diri.

"Eh hello Encik Fawwaz Amsyar. Nak fitnah pun agak-agak la. Muka saya ni nampak macam ibu ayam ke? Tak kan? And lagi satu, keluarga saya ada syarikat sendiri. Jadi, tak perlu kut saya culik sepupu awak untuk dapatkan duit. Pakaian ni semua saya beli dengan duit saya sendiri" geram Andrea membalas dengan panjang lebar. Nak jer tumbuk muka mamat hensem yang sedang berpeluk tubuh itu. Suka-suki dia ja nak tuduh orang.

"Family aku dah report polis. Kalau betul kau terlibat, aku tak teragak-agak nak sumbat kau dalam penjara" jari telunjuknya betul-betul berada di depan muka Andrea. Memberi amaran kepada gadis itu.

"Sekarang ni... Kau ikut aku" tangan Andrea ditarik kuat. Memaksa gadis itu mengikut jejak langkahnya yang panjang.

"Pergi mana?" Andrea sudah mula cuak. Takut jika Fawwaz mengheretnya ke balai polis. Pelbagai andaian bermain di kepalanya.

"Rumah Ain. Mama dia sekarang sakit. Rindukan anaknya yang hilang" jawab Fawwaz mendatar. Dah dua minggu sepupunya itu hilang dan tidak pulang ke rumah. Tidak seorang pun yang tahu ke mana Ain pergi. Laporan polis telah dibuat dan penyiasatan sedang dijalankan.

Puan Aisyah iaitu mama kepada Ain Amani diserang demam panas apabila diberitahu oleh polis bahawa kemungkinan Ain diculik. Jadi, ahli keluarganya tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan kepada Puan Aisyah. Hanya doa yang menjadi kekuatan kepada mereka semua.

Dia VampireWhere stories live. Discover now