Part 89 - Anak

30.6K 1.6K 71
                                    

"Aisha Zaura Rislea !!"

Suara nyaring yang bergema di segenap ruang rumah menandakan akan terjadi amukan sang singa bila-bila masa sahaja. Hempasan pintu yang kuat menunjukkan kemarahan makhluk tersebut berada pada peringkat maksimum. Bergoyang-goyang rumah seperti mahu runtuh.

Berdesup si kecil berlari mencari tempat yang paling selamat. Nak mati ka kalau tak sembunyi. Mahu lenyek dia kena dengan sang singa tersebut. Dalam keadaan cemas itu, sempat lagi dia menjilat aiskrim yang berada di tangan. Aduh! Ikut perangai siapa la ni !

Langkah diatur ke arah si ibu yang berada di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah diatur ke arah si ibu yang berada di ruang tamu. Pintu yang membahagikan ruang tamu dan ruang dapur, dia tutup cepat. Tersandar kepanatan dia di belakang pintu. Ikutkan hati, mahu saja dia kunci pintu itu. Tapi, memandangkan ketinggian yang tidak mengizinkan, terus dia lupakan hasrat tersebut. Tercungap-cungap dia mencari nafas akibat penat berlari.

Perbualan antara dua wanita itu terhenti. Ain Amani memandang anaknya pelik. Kemudian beralih pula pada Andrea di sebelah. Wajah kedua-duanya bingung dengan apa yang terjadi. Dah kenapa dengan Zaura ni. Macam baru lepas maraton je.

Zaura dengan tenang mendekati Ain Amani dan Andrea. Dia beriak seperti tiada apa yang berlaku. Aiskrim yang baru dibeli tadi dia makan dengan nikmat. Sedap !

"Zaura ! Kenapa .. " baru saja mahu tujukan soalan, tiba-tiba pintu ruang tamu terbuka luas. Semua mata terarah pada makhluk yang muncul di muka pintu. Masing-masing terkedu melihat wajah itu. Suasana menjadi sunyi seketika sebelum ledakan ketawa yang kuat memenuhi ruang tersebut. Suara siapa lagi kalau bukan Ain Amani dan Andrea Az Zahra Rislea. 

Terkekeh-kekeh Zaura ketawa melihat wajah masam si papa. Seronok betul dia kenakan papa pagi ini. Ala... Bukan selalu nak nakal-nakal.

"Kenapa Zaura buat papa macam ni? Sampai hati Zaura kan" bibir Zuhairie yang merah menyala dengan lipstik merah terus memuncung apabila diketawakan oleh dua manusia itu. Dua orang ni kalau bab ketawakan orang memang power. Lagi-lagi kalau bab membahan.

Tadi, Zaura mengejutnya untuk pergi ke kedai. Zuhairie yang masih mamai terus bangun masuk dalam kereta. Sampai di kedai, ramai orang melihatnya sambil ketawa. Dia langsung tidak mengesyaki apa yang berlaku. Mulanya dia hanya buat tak tahu. Sehinggalah dia sampai di rumah dan melihat pantulan di cermin kereta.

Perasaan malu hanya Allah saja yang tahu. Patutlah orang di kedai tadi ketawakan dia. Mulutnya penuh dengan lipstik merah. Selepas itu, lipstik itu ditarik dari tepi bibir ke pipi. Dan dilukis bulat di situ.

Ain dan Andrea masih belum berhenti ketawa. Saling menampar antara satu sama lain.

"Sorry papa" ucap Zaura serba salah. Tersengih dia memandang wajah si bapa yang monyok. Hasil karya yang diabdikan di wajah Zuhairie dia tilik lama. Cantik jugak eh aku lukis. Amboih ! Perasannya budak ni. Ikut perangai siapa la.

Dia VampireWhere stories live. Discover now