Part 20 - Flashback

50K 1.9K 57
                                    

Fikiran Andrea menerawang mengingati kembali bagaimana Andry Zuhairie Risley boleh terkena sumpahan itu.

Budak perempuan yang asyik bermain bagaikan baru tersedar. Dia melihat abangnya yang sudah terjelopok jatuh di atas tanah. Segera dia berlari mendapatkan si abang.

"Abang?" Panggil Andrea kuat. Tangan kecilnya menggoncang tubuh itu tanpa henti. Bunyi guruh di langit yang gelap semakin rancak membuatkan hatinya bertambah takut.

Sudah dipesan beberapa kali oleh ayahnya untuk tidak bermain di sini. Kedegilan hati kecilnya akhirnya memakan diri. Melihat abangnya tidak sedarkan diri membuatkan dia menyesal bermain di situ. Jika pulang ke rumah, pasti akan teruk dimarahi oleh ibu dan ayahnya.

Tanpa dia sedar, ada lembaga yang muncul di belakangnya. Jari jemari pucat itu memegang kepalanya. Diusap perlahan rambut bertocang itu sambil membacakan sesuatu. Namun, belum sempat mantera itu dihabiskan, suara sang bapa memecahkan suasana.

"Don't touch my kids!" Seorang lelaki dewasa datang sambil menghunuskan parang yang tajam ke arah manusia campuran pontianak itu. Jubah labuh hitam menutupi tubuhnya. Dia itu memandang sinis. Terserlah aura kejahatan dan dengki dalam dirinya. Akhirnya, keluar juga orang yang dinantikan. Iaitu si adik kandungnya.

"Andrea.. Bawa abang masuk dalam. Cepat!" Arah Encik Richard Risley Abdullah tegas.

"Tapi, ayah..." Andrea serba salah. Mata kecilnya memandang makhluk menakutkan itu memandang ayahnya dengan penuh kebencian dan dendam.

"Cepat masuk dalam!" Kali ini suara Encik Richard bernada kuat. Abang kandungnya ini tidak habis- habis mengganggu mereka sekeluarga. Sehingga sanggup membunuh anak saudara sendiri. Kejadian ini kerana hanya dirinya seorang yang memiliki darah tulen tanpa campuran pontianak yang diidamkan oleh setiap manusia penempatan di situ. Memang dia bertuah tetapi tiada gunanya juga jika anak-anaknya menjadi mangsa dendam.

 Memang dia bertuah tetapi tiada gunanya juga jika anak-anaknya menjadi mangsa dendam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Andrea segera memapah abangnya masuk ke dalam. Hujan mulai turun dengan lebat. Kilat sabung- menyabung. Dari dalam, Andrea memerhati ayahnya berlawan. Di satu saat, ayahnya rebah. Namun, dia tidak dapat berbuat apa. Dia hanya mampu menjerit.

Keesokan harinya, mayat ayahnya dijumpai oleh tuan tanah itu berada dalam keadaan yang menyayat hati. Penuh cakaran pada badan dan berlumuran darah.

Andrea termenung di pejabat. Tangannya menongkat dagu memandang lurus ke hadapan. Peristiwa itu telah menjadi detik hitam dalam hidupnya.

Dalam fikirannya sekarang ialah keadaan Ain Amani. Apa khabar kawannya itu sekarang? Sihatkah dia?

Semasa mereka sekeluarga mula- mula pindah ke Malaysia, arwah ayahnya ada menubuhkan syarikat untuk menjana kewangan keluarga jika berlaku perkara yang tidak diingini. Tujuan mereka berpindah ke sini ialah mahu melarikan serta menyelamatkan diri dari sang musuh yang tidak pernah senang dengan kehadiran mereka sekeluarga. Selepas itu, mereka pulang pula ke England untuk menyelesaikan kemelut masalah ini. Tetapi, lain pula yang terjadi. Nyawa ayahnya diragut tanpa belas kasihan.

Dia VampireWhere stories live. Discover now