Part 79 - Penjelasan

33K 1.8K 146
                                    

Ain Amani membuka perlahan kelopak mata. Berkerut dahinya apabila sinaran mentari memasuki retina mata. Tubuh terasa amat letih dan penat. Apa yang terjadi semalam? Dia hanya ingat dia terlelap di atas sofa. Selepas itu, dia langsung tak ingat.

Ain Amani cuba bangun. Tetapi, terasa sesuatu pada tubuhnya. Hatinya seakan terusik sesuatu, seperti tidak selesa. Apa sebenarnya yang berlaku?

Selimut yang membaluti tubuhnya ditolak. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan tubuh yang tidak sempurna. Jantung berdebar kencang. Dia menelan liur payah. Kenapa dia langsung tak sedar? Rambut kusutnya diraut ke belakang. Sebelah tangan menggenggam selimut supaya tidak melorot jatuh ke bawah.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pil itu ! Pil yang diberikan oleh Zuhairie membuatkan dia rasa mengantuk.

Tubuhnya bergetar hebat. Timbul rasa takut dalam diri. Dirasakan dirinya amat jijik. Disentuh dengan cara yang 'licik' oleh suami sendiri. Kenapa mesti dia diperlakukan begini?

Kedengaran pintu dibuka dari luar membuatkan perbuatan Ain terhenti sebentar. Pandangan yang penuh kemarahan dilemparkan ke arah Zuhairie yang melangkah masuk ke dalam bilik. Lelaki ini, yang telah menimbulkan rasa cinta dan juga perasaan benci dalam hatinya.

"Baru bangun? Lama sangat kau tidur. Penat sangat ke?" Soal Zuhairie bersahaja. Seperti tiada apa yang berlaku antara mereka. Tenang saja suaranya. Timbul rasa kasihan melihat wajah Ain Amani yang pucat itu.

T-shirt hitam yang dipakai Zuhairie tanggalkan di hadapan Ain. Menampakkan ketulan otot di badan. Dilempar sahaja baju itu masuk ke dalam bakul pakaian. Yang tinggal hanya seluar panjang di tubuh.

"Apa abang buat pada Ain semalam?!" Bergetar nada suara Ain Amani. Cuba menahan sebak sekaligus rasa marah yang menggunung.

Zuhairie terdiam seketika. Saling merenung antara mereka berdua. Ya, dia tahu ini semua berpunca dari diri sendiri. Dia tersilap menyusun langkah. Terlalu terburu-buru dalam melakukan tindakan.

"Ain isteri abang ! Kenapa abang buat Ain macam ni?" Naik satu oktaf nada suara gadis itu. Sakit hatinya melihat Zuhairie hanya diam membisu. Rasa sebak kembali menyerang. Air mata satu per satu jatuh membasahi selimut. Semakin lama semakin laju menuruni pipi.

"Kau sendiri cakap kau isteri aku. So, tak salah aku nak hak aku sebagai seorang suami. Tak perlu nak menangis macam kau kena rogol !" Ujar Zuhairie kuat. Geram dia melihat Ain menangis semata-mata kerana itu. Bagaikan gadis itu sendiri tidak rela 'disentuh' oleh lelaki sepertinya.

"Abang boleh mintak baik-baik dengan Ain. Tapi, bukan dengan cara terkutuk macam ni. Abang buat macam Ain tak ada maruah. Selama ni Ain sabar je dengan apa yang abang buat. Abang kutuk Ain, hina Ain. Ain diam ja dengar semua tu. Tapi, kali ni abang betul-betul dah melampau !" Ain menghamburkan kemarahannya.

Selama ini dia hanya mampu memendam seorang diri. Rasa sakit hati, sedih, kecewa.. dia telan sendiri. Zuhairie langsung tidak ambil kisah tentang perasaannya. Kini, dia mahu lepaskan segalanya. Biar lelaki itu sedar tentang kesilapan dirinya.

Zuhairie menghela nafas berat. Rasa bersalah kerana meninggikan suara.

"Dengar dulu apa aku nak cakap" Zuhairie berkata lembut. Dia cuba mendekati isterinya di atas katil. Tetapi, pantas gadis itu menjauh.

Dia VampireWhere stories live. Discover now