Part 82 - Ries and baby wolf

32.1K 1.7K 149
                                    

Andry Zuhairie Risley mendudukkan Zaura di atas katil selepas memakaikan Zaura pampers bayi. Anak gadisnya itu meragam tak mahu memakai baju. Jadi, dia hanya menyarungkan bathrobe corak dinasour pada tubuh kecil itu.

Dia baru sahaja selesai memandikan Zaura. Ain pula sibuk memasak di dapur. Jadi, dia sendiri menawarkan diri untuk menjaga Zaura.

Bedak baby johnson dituang ke tapak tangan lalu digosok sebelum disapukan pada tubuh Zaura. Sambil- sambil melakukan kerja, dia berbual dengan Zaura yang kelihatan selesa selepas dimandikan.

"Say pa-- pa. Papa" Andry Zuhairie Risley berkata satu persatu. Dari tadi dia mengajar cara panggilan yang betul pada Zaura. Sampai kering air liur. Namun, bayi itu masih lagi dengan lidah pelatnya. Habis semua benda bukan-bukan disebut.

"Ba-- babababa" Zaura tersengih gembira sehingga menampakkan beberapa batang gigi susu yang mulai tumbuh. Seronok agaknya bila si ayah ajar cara panggilan nama. Ditambah dengan muka pasrah papa bila dia salah menyebut.

Zuhairie menepuk dahi. Kepala juga digeleng perlahan. Susah rupanya nak mengajar anak bercakap. Ingatkan senang je. Rupa-rupanya susah nak mampus. Kesabarannya perlu berada pada tahap yang paling maksimum.

"No... It's papa. Not baba" kata Zuhairie untuk ke berapa kalinya. Zaura yang sedang duduk di hadapannya nampak comel dengan bathrobe corak dinasour. Dia juga yang memilih dan memakaikan pada bayi itu tadi.

Perut bulat itu membuatkan dia rasa macam nak gigit-gigit anak sendiri. Kenapa comel sangat ni? Of course dapat baka dari aku.

"Ba ba ba ba" Zaura masih lagi seronok menyebut. Kali ini tangannya menepuk sesama sendiri. Seronok menyebut sampai meleleh air liur jatuh membasahi baju. Mata bulatnya merenung wajah tampan si ayah.

"Haihhh.. baba pun baba la. Asalkan ada bunyi sudah"

Zuhairie mengambil sapu tangan yang disediakan di sebelah. Mulut comot Zaura dilap dengan lemah lembut. Orang cakap kalau air liur bayi meleleh maknanya gigi nak tumbuh.

'Alahai anak, janganlah membesar cepat sangat. Papa nak puas lagi main dengan Zaura yang comel ni.' bisik hati kecil Zuhairie.

Tubuh Zaura diangkat lalu didukung dengan cermat. Dia bergerak ke arah tingkap yang memaparkan pemandangan indah di atas gunung. Memang cantik !

Pipi tembam Zaura, dia gigit lembut membuatkan Zaura ketawa terkekek. Mungkin dia berasa geli apabila pipinya menjadi mangsa gigi tajam si ayah. Tangan kecilnya menolak nolak muka Zuhairie.

Kedengaran pintu dikuak dari membuatkan perbuatan Zuhairie terhenti. Dia melihat Ain melangkah masuk ke dalam bilik sambil tersenyum manis.

"Zauraa.. " Ain mendekati Zuhairie yang tidak berbaju sambil mendukung Zaura. Hanya seluar panjang warna hitam yang tersarung pada tubuh Zuhairie. Alahai, sengaja nak tunjuk body yang sado tu kat anak ke?

 Alahai, sengaja nak tunjuk body yang sado tu kat anak ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dia VampireWhere stories live. Discover now