Part 38 - Perkosa

40.4K 1.7K 43
                                    

"Kenapa kita berhenti di sini?" Soal Andrea setelah keluar dari perut kereta. Dari tadi dia mengekori kereta Fawwaz setelah berjanji untuk keluar bersama.

Lelaki itu sendiri yang akan menentukan tempat yang sesuai bagi mereka berdua. Tapi melihat kereta milik Fawwaz yang membelok memasuki perkarangan hotel lima bintang, timbul rasa sangsi dalam hati.

"I datang nak ambil barang tertinggal semasa jumpa dengan client hari tu. Lagipun I nak spend time with you, dear" ujar Fawwaz penuh romantik. Andrea kerut dahi. Dah kenapa mamat ni tiba-tiba I you bagai.

"Tak payah nak dear sangat la. Saya tak kuasa nak balas awak punya dear" balas Andrea geram. Wajah Fawwaz dijeling tajam.

"Sampai tua I sanggup tunggu you sayang. Yang penting you sedia terima I punya kasih dan cinta" Fawwaz tersenyum manis. Andrea semakin pelik. Mamat ni salah makan ubat ke? Sejak bila berputiknya bunga-bunga cinta lelaki itu terhadapnya?

"Sweet talker ! Cepatlah pergi ambil barang awak. Saya tunggu di sini." Andrea malas layan perangai tak betul Fawwaz. Dia memeluk tubuh sambil bersandar pada pintu kereta miliknya. Dia mengalih pandangan ke arah lain. Enggan memandang lelaki yang menyakitkan hatinya.

"Teman I kejap naik atas. Lagipun barang banyak nak kena angkat" kata Fawwaz Amsyar separa merayu. Peluang keemasan kali ini tidak akan dia lepaskan begitu saja. Dia lihat sekeliling. Kereta di kawasan parking agak kurang berbanding hari cuti.

Bagus ! Itu menandakan pelanggan yang menghuni bilik hotel kurang dan memudahkan kerjanya sebentar sahaja lagi.

"Pekerja hotel kan ada. Kenapa nak suruh saya pulak?" Balas Andrea dingin. Tangan mengibas dahi yang mula berpeluh.

"Andrea.. please temankan I" Fawwaz separuh merayu. Andrea mendengus geram sebelum melangkah laju menuju ke pintu masuk hotel. Kaki dihentak kuat tanda protes. Mengada betul mamat ni. Fawwaz tersenyum kemenangan.

•••••

"Arghhh Andrea... Tolong aku" Andrea yang berada di luar bilik hotel itu tersentak mendengar jeritan Fawwaz dari dalam bilik. Dari tadi dia menunggu lelaki itu mengemas barang. Ada perkara buruk yang terjadi ke?

Tiba-tiba dia jadi panik. Patut ke dia turun bawah dan meminta bantuan pekerja di situ? Atau dia rempuh masuk dan melihat keadaan Fawwaz?

"Tolong aku.. Arhhh!!!" suara Fawwaz sekali lagi bergema. Dia lihat sekeliling. Lorong bilik itu semuanya sunyi dan mungkin tidak berpenghuni.

"Fawwaz.. awak okey?" Soal Andrea takut-takut. Soalannya tidak dijawab. Suara Fawwaz tidak lagi kedengaran. Andrea menjadi cemas. Mana tahu lelaki itu tersadung di bilik air atau ada pembunuh di dalam. Ya Allah, Andrea... Apa kau mengarut ni !

Tanpa berlengah lagi, Andrea meluru masuk ke dalam bilik hotel itu. Melihat keadaan kemas dan bersih bilik itu, perasaan musykil mula timbul. Susuk tubuh Fawwaz yang kedengaran kesakitan tadi cuba dicari.

Entah- entah lelaki itu cuba memerangkapnya. Pelbagai perkara bermain di minda. Bagaimana jika ada pegawai jabatan agama Islam menyerbu bilik ini. Dalam keadaan mereka berstatus muhrim dan haram apabila berdua-duaan.

Andrea cepat-cepat mengalihkan tubuh untuk bergerak ke pintu. Tapi, ada susuk tubuh yang menghalang. Tangan itu mengunci pintu dari dalam. Mungkin tidak mahu orang dari luar mengganggu.

"Fawwaz! Awak buat apa ni?" Andrea menyoal tergagap-gagap. Liur ditelan kesat. Kaki mengundur setapak ke belakang apabila lelaki itu menghampiri. Betul tekaannya sebentar tadi. Lelaki itu berniat buruk terhadapnya. Sebelah tangan membuka butang baju satu persatu bersama senyuman jahat di bibir.

"Arhh!!" Andrea menjerit kecil apabila Fawwaz menolak tubuhnya kasar ke katil. Lelaki itu menindih tubuhnya. Andrea meronta kuat cuba melepaskan pegangan erat Fawwaz Amsyar. Mulutnya tidak henti-henti jerit meminta tolong. Apabila teringat akan suasana sunyi kawasan bilik itu, peluang untuk orang menolongnya amat tipis sekali.

"Kau jual mahal sangat kan" Fawwaz mengukir senyuman sinis. Butang baju dibuka hingga selesai. Andrea yang meronta ronta menyukarkannya untuk mendekati gadis itu.

"Lepaskan saya Fawwaz. Please jangan buat saya macam ni" Andrea merayu perlahan. Dia tidak akan biarkan Fawwaz Amsyar melakukan perkara tersebut untuk kali kedua. Tubuh sasa Fawwaz cuba ditolak menggunakan kedua belah tangan.

Pangg !!

Andrea tergamam. Sungguh dia tidak sengaja. Cepat betul tangannya melekat di pipi lelaki itu.

Fawwaz terhenti seketika sebelum memalingkan wajah memandang Andrea dengan mata yang merah menyala. Rahangnya bergerak menandakan kemarahan berada di puncak yang paling tinggi.

"Tak guna kau perempuan!" Marah Fawwaz kuat. Perasaan marah dan nafsu syaitan mula menguasai diri. Bibir Andrea dicium rakus. Leher gadis itu juga turut menjadi mangsa.

"Arghhh!!" Sekali Fawwaz menjerit kesakitan. Bahagian kelakiannya terasa sakit seperti dicucuk. Sepakan padu dari Andrea benar-benar menyakitkan dan menghentikan perbuatan rakusnya serta merta. Tubuh terbaring atas katil menahan kesakitan. Kalau aku mati pucuk kau orang pertama yang aku cari, Andrea Az Zahra Rislea !!

Andrea bingkas bangun. Bibir yang menjadi mangsa Fawwaz sebentar tadi ditonyoh kasar. Terasa jijik apabila lelaki itu menyentuh bibirnya. Maruah yang dia simpan untuk lelaki bergelar suami, dimainkan oleh Fawwaz sesuka hati. Sisa air mata yang mengalir dilap perlahan. Sungguh dia benci dengan lelaki bernama Fawwaz Amsyar Tan Sri Rashdan!

"Jantan tak guna! Sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau. Jangan sesekali tunjuk muka kau depan aku lepas ni !" Andrea terus keluar dari situ. Bimbang perkara lain pula yang terjadi.

Biarlah kerjasama antara syarikat mereka dibatalkan sekalipun, langsung dia tidak kisah. Yang penting dia tidak mahu bertemu dengan lelaki ini. Selepas ini, dia bertekad. Dia sama sekali tidak akan mempercayai lelaki.

•••••

"Ibu boleh ke balik sorang-sorang ni? Lagipun dah nak malam la. Baik ibu tidur sini" tanya Zuhairie risau. Dipandang suasana senja di dada langit. Keadaan mula bertukar warna jingga. Matahari malu-malu menyembunyikan diri si sebalik gunung ganang. Waktu malam akan melabuhkan tirai sebentar sahaja lagi.

"Betul kata Zuhairie tu. Rina tidur aje sini. Lagipun bilik di sini banyak" kata Puan Aisyah kepada besannya. Walaupun baru bertemu tadi, mereka telah menjadi rapat dan mudah bermesra.

"Tak apa.. lagipun kesian Andrea tinggal sorang diri di rumah" Puan Marina menolak pelawaan itu lembut. Wajahnya tersenyum memandang ke arah mereka semua. Keluarga Ain Amani sungguh baik. Tetamu yang hadir dilayan dengan penuh hormat.

Zuhairie mengalah jua. Dia mengangguk memahami kehendak ibunya. Kereta pemandu ibunya sudah lama menunggu di kawasan rumah Ain Amani.

"Hati-hati ibu" tangan Puan Marina dikucup penuh kasih diikuti Ain Amani. Kedua belah pipi ibu mertuanya dicium.

"Ada masa datanglah lagi ke sini" kata Puan Aisyah ketika mereka berdua bersalaman.

"InsyaAllah. Jika diberi peluang oleh Allah" Puan Marina tersenyum manis. Kemudian, dia bergerak ke kereta pemandunya yang sedia menunggu. Tangan membalas lambaian Zuhairie dan Ain Amani sehingga kereta hilang dari pandangan mata.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now