Part 14 - Lelaki Vampire?

38.2K 1.9K 65
                                    

Puntung rokok yang disedutkan ditenyeh dalam bekas. Asap rokok yang ditiupnya memenuhi ruang bilik itu. Tubuh gadis di hadapannya ditilik. Not bad! Wajah yang masih tidur direnung lama.

Ain membuka matanya perlahan- lahan. Terasa berat kepalanya untuk diangkat. Kepalanya betul- betul pening. Dia memandang sekeliling. Seperti sebuah bilik gelap yang digunakan untuk membunuh orang. Tiba- tiba matanya terpaku pada susuk tubuh yang berada tidak jauh di hadapannya. Lelaki itu memakai hoodie hitam yang menutupi seluruh wajahnya.

"Kau siapa? Apa yang kau nak ?! Kenapa kau buat aku macam ni ?! Kau nak apa sebenarnya ?!" sakit tekak Ain menjerit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau siapa? Apa yang kau nak ?! Kenapa kau buat aku macam ni ?! Kau nak apa sebenarnya ?!" sakit tekak Ain menjerit. Jeritan yang lantang dan nyaring bergema di setiap pelosok bilik itu. Kepalanya semakin berdenyut. Ditambah lagi dengan kedua belah kaki dan tangannya diikat kuat. Dia tidak tahu bagaimana dirinya berada di situ. Perasaan marah dan takut bergabung menjadi satu apabila lelaki itu bangun dan menghampiri dirinya.

"I want you.." suara garau itu kedengaran di telinga Ain. Dia tidak dapat mengecam si penculik.

"Gila! Jangan kau berani dekat" kata Ain tersekat- sekat. Wajahnya bertukar pucat. Teringat pada mama dan papanya yang dilanda kerisauan. Juga kepada Andrea yang pasti tercari- cari akan dirinya. Rea... tolong aku. Mama... Papa... adik takut!

Ain cuba mengengsot ke belakang sehingga tubuhnya merapati dinding. Tiada jalan lain untuk dia memboloskan diri. Lelaki berhoodie di hadapannya dipandang dengan wajah takut. Muka lelaki itu langsung tidak kelihatan. Hanya menampakkan bibir merahnya yang tersenyum sinis sehingga menampakkan gigi taring. Taring? Ain bertambah takut melihatnya.

"Jangan takut. Aku tak akan cederakan kau" kata lelaki itu perlahan. Dagu Ain cuba disentuh tetapi pantas ditepis oleh tangan kecil gadis itu. Tak semena- mena, ketawa jahat terlepas dari bibirnya. Ganas! Permainan yang menyeronokkan.

"Lepaskan aku... Tolonglah!" Rayu Ain perlahan. Pelbagai kemungkinan bermain di mindanya. Macam-macam kes dipaparkan di akhbar sekarang. Rogol dan bunuh, rogol dan bakar, rogol kemudian dicampakkan dari kereta. Dan mangsa seterusnya semestinya ialah dirinya.

Mengingatkan semua kemungkinan itu, Ain lebih rela berusaha memboloskan diri kalaupun dia mungkin akan mati kerana mencuba untuk meloloskan diri daripada mati setelah diperkosa! Ataupun dia akan diperdagangkan ke luar negara dan menjadi hamba seks. Ataupun dia dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup- hidup.

Lelaki itu menurunkan hoodie yang dipakainya. Menampakkan wajah kacukan yang terserlah di wajahnya. Rambut yang terjuntai di dahi diselak ke belakang. Mata hazelnya memandang tajam ke arah Ain.

'Dia...'

Ain Amani terpana. Bukan kerana kekacakan wajah itu, tetapi kerana mata hazel yang dilitupi bulu mata panjang lelaki itu. Mata yang pernah dia lihat ketika di butik. Lelaki yang memerhatikan dirinya dari luar butik. Ya! Dia pasti tentang itu.

"Kau! Kau yang dekat butik aku tu kan? Apa kau nak hah? Lepaskan aku lah!!" Jerkah Ain Amani. Terasa sakit tekaknya kerana dari tadi asyik menjerit.

Dia VampireWhere stories live. Discover now