Prolog

58.5K 2.8K 138
                                    

Guruh-guruh berdentum di langit seperti dentuman rebana ubi. Kilat sambar-menyambar seperti mentol yang tak mahu menyala bila dipasang. Berkelip-kelip. Semakin kuat dentuman, semakin lebat hujan menerjah bagaikan ribuan meteor menghempas ke bumi. Namun, itu langsung tidak menghentikan perbuatan kejam seseorang di tengah hutan belantara itu.

Manusia yang berlumuran darah itu diheret tanpa belas kasihan mengikut langkahnya. Air hujan yang turun bagaikan mencuci kesan darah yang melekat di tanah dan daun-daun hutan.

Tap !

Tap !

Langkahnya diperlahankan sebelum betul-betul berhenti di tengah kawasan lapang. Kaki manusia yang diheretnya tadi dihempas ke atas tanah. Jari jemari mangsa yang menggeletar membuatkan hatinya rasa puas.

Manusia itu masih-- bernyawa

Tanpa berlengah, mangsa yang sedang berbaring kesakitan diterpa laju bagaikan kilat di langit. Gigi siungnya yang tajam dibenamkan di leher mangsa. Terdengar nafas turun naik, menandakan kesakitan itu amat memedihkan. Ditambah pula, curahan air yang terkena luka itu.

Setiap titisan yang melalui tekak memberikannya satu tenaga yang luar biasa. Darah tulen yang dia idamkan selama ini. Walaupun mangsanya ialah darah daging sendiri. Manusia yang dia benci sejak dari kecil.

Shingg !

Kuku tajam berwarna hitam pekat dikeluarkan. Senyuman sinis menghiasi bibir. Mangsa kelihatan lemah sekali. Layu dan longlai di atas tanah. Kulitnya bertukar pucat seakan tidak berdarah.

Zapp !

Zapp !

Dia mencakar-cakar tubuh itu sehingga kulit itu terkoyak. Perlahan-lahan darah mengalir, meresap masuk hingga ke perut bumi.

Nafas mangsa semakin berat. Dia tidak mampu menjerit tetapi kesakitan itu tidak dapat dia tahan. Badan mulai dingin, sedingin air hujan yang membasahi tanah. Kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya terketar, ingin membisikkan kalimah suci Allah di saat terakhir hayatnya.

'La-- ilaha-- ilallah'

Mungkin dengan cara ini, dia dapat mati dalam khusnul kotimah. Wajah isteri dan dua orang anaknya bermain di ruang mata. Selepas ini, dia tidak akan ada di dunia untuk melindungi mereka. Kerana saat itu, dia sedang nyawa-nyawa ikan. Hanya menunggu saat malaikat maut mencabut nyawa dari tubuhnya.

Terasa sakit dan pedih hanya Allah yang tahu saat terpisahnya roh dari badan.

Kulit-kulit di leher dan tubuh mangsa mulai terkoyak, koyakan seperti koyaknya sekeping kertas.

Mangsa yang sudah tidak bernyawa ditinggalkan begitu sahaja di tengah hutan. Terukir senyuman kepuasan di bibir itu.

•••••










Author lambat buat prolog. Waktu mula² buat tak tahu prolog tu apa. Biasalah menulis tanpa ilmu. Sekarang, alhamdulillah. Berjaya juga

Kepada new readers, selamat datang. Terima kasih sebab sudi baca

And kepada yang dah lama ikuti story DIA VAMPIRE ni, author ucapkan ribuan terima kasih. Tanpa ada, siapalah saya. Author keluarkan prolog lambat, korang okay kan?

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now