Part 47 - Ain mengandung?

38.8K 1.8K 122
                                    

Ain Amani sibuk memasak di dapur. Fikirannya terimbas kembali kejadian di bilik tadi. Entah apa yang merasuk fikiran suaminya itu pun dia tak tahu. Tiba-tiba sahaja mahu berpindah semula ke dalam rumah misteri atas bukit itu. Dia sudah berasa selesa tinggal di sini.

"Ouch!"

Entah di mana silapnya tiba-tiba pisau tajam yang digunakan untuk menghiris sayur kubis terkena jari. Darah pekat mula mengalir keluar. Dahi Ain berkerut menahan pedih. Tangan kanan mengcengkam bawah jari supaya dapat menghentikan aliran darah tetapi semakin banyak pula darah yang keluar.

Saat matanya terpaku pada cecair merah itu, tiba-tiba dunianya seakan berpusing. Pandangannya berpinar-pinar apabila melihat banyak darah keluar dari jari. Tekaknya juga berasa mual. Ain memaut erat meja dapur supaya tubuhnya tidak rebah mencium lantai.

"Are you okay, Ain?" Zuhairie yang datang dari bilik terus menyoal apabila melihat Ain memejamkan mata rapat. Dia segera mendapatkan tubuh isterinya yang kelihatan terumbang ambing. Menunggu masa masa untuk jatuh.

"Wait! Why I smell like -- a blood?" Soal Zuhairie sambil cuba untuk mengecam bau manis yang menusuk hidungnya. Sudah lama dia tidak menghidu bauan itu. Jiwanya seakan berkocak mahukan makanan itu.

Mata Zuhairie terpaku pada warna merah di jari Ain Amani. Dia terpana apabila terpandang jari isterinya yang berdarah. Beberapa titis cecair merah itu menitik di atas papan pemotong.

Zuhairie merenung darah yang mengalir keluar keluar. Bau manis itu benar-benar menarik hatinya untuk merasai cecair itu. Dia masukkan jari Ain ke dalam mulut. Cepat-cepat Zuhairie menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Manis!

Tangan kiri memeluk pinggang Ain manakala sebelah lagi memegang jari isterinya yang berdarah. Selepas dia yakin darah itu sudah berhenti, pantas dia melepaskan jari itu. Luka itu dibelek Nasib baik luka kecil sahaja dan tidak terlalu teruk.

Zuhairie mengambil kotak first kid di atas kabinet. Kemudian, dia mengelap jari Ain yang masih berdarah dengan tisu basah. Kotak itu dibuka lalu plaster diambil. Sisa darah yang masih ada, dilap dengan kapas hingga kering sebelum melekatkan plaster itu di jari isterinya.

"Dah. Pergi naik atas, biar aku yang masak" arah Zuhairie dingin. Papan pemotong yang kotor dengan darah dicuci sebelum digunakan untuk memotong sayur. Apron yang dipakai oleh Ain juga ditanggalkan dan dipakai ke tubuh sasanya.

 Apron yang dipakai oleh Ain juga ditanggalkan dan dipakai ke tubuh sasanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nasib baik bukan apron bunga-bunga. Kalau berbunga, memang tak la dia nak pakai. Hilang macho beb! Silap hari bulan, boleh dijadikan bahan untuk Ain mentertawakannya.

"Tapi.. awak pandai masak ke?" Soal Ain sambil melabuhkan duduk di atas kerusi di sisi suaminya. Rasa pening dan mual tadi beransur pulih. Takkan mabuk darah kut? Sebelum ini elok sahaja dia tengok darah. Tak ada pun rasa nak pitam.

"Pandai tak pandai tolak tepi. Yang penting kau jaga anak aku dalam kandungan tu" balas Zuhairie tenang tanpa memandang wajah Ain Amani. Sayur kubis dipotong hingga selesai kemudian diletakkan di dalam bekas. Dia tak tahu menu apa yang perlu dia masak. Semestinya masakan itu mestikan baik dan sihat untuk seseorang yang bakal lahir.

"Ha? Maksud awak -- " Ain tidak memahami apa yang dikatakan oleh suaminya. Anak dalam kandungan? Siapa pulak yang mengandung?

"Anak aku dalam perut tu. Tolong jaga kesihatan kau" Zuhairie berhenti melakukan tugasnya. Pisau diletak dan dia melabuhkan punggung di sebelah Ain. Wajah isterinya itu ditatap dengan pandangan redup.

"Mana awak tahu?" Ain kembali merenung suaminya. Kalau betul dia mengandung, kenapa tiada alahan yang seperti ibu mengandung yang lain? Selalunya dalam drama, mesti si isteri muntah-muntah dan pening. Dan juga tidak bermaya dan sering berasa letih. Tetapi, kenapa dia tidak merasai simtom seperti itu? Adakah dia tidak normal atau dia sejenis alien?

"Naluri seorang bapa" jawab Zuhairie sambil tersengih. Jelas kelihatan gigi taring yang tajam itu. Ini kali pertama Ain melihat lelaki itu tersenyum kegembiraan. Diharapkan anak ini dapat merapatkan hubungan mereka berdua suami isteri.

Tangan sasa lelaki itu mengusap perut Ain yang masih kempis. Rasa sebak bertamu di hati apabila teringat akan arwah Puan Marina yang teringin untuk menimang cucu darinya. Kini, impian ibunya telah tercapai walaupun wanita itu tiada lagi di dunia ini.

Ain mencebik mendengar jawapan Zuhairie. Habis tu, naluri seorang ibu dalam dirinya tak berfungsi ke? Entah dari mana Zuhairie tahu. Ain sendiri pun tak tahu yang dia mengandung.

Walaubagaimanapun, rasa syukur tetap dipanjatkan pada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tak terhingga ini. Rezeki yang Allah beri tak semua manusia dapat rasai. Ada pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Itu semua ujian dalam rumah tangga. Cara Allah menunjukkan rasa kasih melalui ujian yang diberi.

•••••

Andry Zuhairie cepat-cepat keluar dari perut kereta selepas memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Tanpa menunggu lama, dia terus memuntahkan cecair jernih. Perutnya sejam tadi meragam. Tekak juga berasa pahit dan tidak selesa.

Bluekk !!

Baru beberapa minit mereka bertolak dari rumah Tuan Azhari dan Puan Aisyah untuk memberi khabar gembira tentang kehamilan Ain Amani. Kini, baru separuh jalan mereka sudah berhenti.

Zuhairie terduduk lesu di tempat pemandu selepas mengeluarkan segala isi perutnya tadi. Ain mengusap lembut kepala Zuhairie. Kasihan suaminya. Dia yang mengandung, suaminya pula mabuk bagai nak putus nyawa.

'Kesiannya papa baby. Nasib baik umi tak ada muntah-muntah macam papa' Ain Amani bercakap dengan anaknya dalam hati.

"Awak okey? Boleh ke memandu ni?" Soal Ain sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada suaminya. Huluran dicapai dan diteguk rakus oleh lelaki itu. Tangan Ain mengelap sisa air mata di wajah Zuhairie. Merah padam wajah suaminya menahan perit.

Ain tersenyum kecil. Baru dia tahu kenapa dia tidak mengalami simtom ibu mengandung. Rupanya semua itu telah berpindah kepada Zuhairie. Hatinya jatuh kasihan melihat keadaan suaminya itu.

"It's okay. Boleh lagi ni" jawab Zuhairie dalam payah. Digagahkan juga untuk memandu walaupun kepala terasa berat. Tali pinggang dipakai semula. Bersedia untuk menuju ke destinasi.

Baru sahaja kereta mahu bergerak, tiba-tiba Zuhairie terus keluar sekali lagi. Muntah itu seakan-akan menjolok tekaknya. Perit sekali ! Nasib baik tangan sempat menarik handbrek.

Ain menggelengkan kepala perlahan. Kalau macam ni, bila mahu sampai rumah. Boleh tahan degil jugak dia ni. Jangkit dengan kau la ni Ain ! Eh² kita jugak. Ceyh !

Macam mana pun, dia mesti minta bantuan Nick buat pusingan U bagi memandu kenderaan ini. Nak harapkan dia? Memang tak la. Mana dia tahu memandu kenderaan mahal seperti ini.

Nick dan Ivan serta Andrea bertolak awal lagi dari mereka. Memandangkan tadi mereka singgah sekejap di rumah orang tua Ain Amani. Lagipun, kereta ini kecil dan hanya boleh memuatkan dua orang sahaja.

Ain memandang Zuhairie yang melangkah longlai ke kereta. Tak ubah macam zombie yang kebuluran. Alahai suami. Sabar ajelah. Ada lagi beberapa bulan untuk hadap semua ni.

•••••


Please abaikan typo kalau ada...

Enjoy guyss

Muah !!

😊😊

Dia VampireWhere stories live. Discover now