Part 39 - Puan Marina dibunuh

35.4K 1.8K 37
                                    

Ini part sedih...

Kalau nak lebih feel sedih, boleh buka sound di atas

Baca sambil dengar muzik background ni

Enjoyy !!

•••••

Bunyi deringan telefon bertalu talu membuatkan Zuhairie bangun dari perbaringan. Jemari kasarnya menggosok perlahan mata yang masih terasa mengantuk. Telefon miliknya yang berada di atas meja sisi diambil. Tanpa melihat nama di skrin, panggilan terus dijawab.

"Hello... Siapa ni?" Jelas suara serak menandakan dia baru bangun dari tidur. Mulut menguap luas ditutup dengan tapak tangan.

"Abang.. Andrea ni" beritahu Andrea di hujung talian. Suara itu kedengaran gelisah sekali.

"Kenapa call abang tengah-tengah malam ?" Zuhairie mengerling jam di dinding yang menunjukkan pukul ... 2.30 pagi?! Jiwanya bertukar menjadi resah. Dalam hati berdoa semuanya dalam keadaan baik sahaja.

"Ibu... Ibu tak balik lagi" suara Andrea bergetar menahan rasa risau yang semakin menggunung. Mana ibu pergi? Pulang la ibu, jangan buat Rea risau. Wajah manis ibunya terlayar di ruang mata.

"Tak balik lagi? Petang tadi dah bertolak balik. Takkan tak sampai lagi?" Zuhairie jadi bimbang. Tak mungkin....'dia' kembali.

"Rea dah cuba call ibu tapi telefon dia mati. Abang... Rea risau la. Macam mana kalau sesuatu terjadi pada ibu?" Andrea mengadu tentang apa yang bermain di fikirannya sejak tadi.

"Rea tunggu sampai abang datang. Jangan keluar rumah langsung. Kunci semua pintu dan tingkap dari dalam" arah Zuhairie tegas. Panggilan dimatikan. Dahi berkerut memikirkan perkara itu.

Hatinya mula berdegup pantas. Perkara yang bakal berlaku tak mungkin bermula dari ibu. Ibu tak salah! Jangan jadikan ibu aku sebagai mangsa kekejaman kau! Ya Allah selamatkan ibu. Rambut diraup kasar ke belakang.

Ingat Zuhairie, benda itu akan serang orang yang kau sayang terlebih dahulu. Kau akan jadi mangsa terakhirnya selepas semua orang berjaya dihapuskan. Dia akan seksa kau perlahan-lahan dengan pemergian orang sekeliling kau termasuk Ain Amani.

"Siapa call tu, awak?" Suara lembut Ain Amani di sebelah menyentakkan Zuhairie. Pantas dipandang wajah isterinya yang baru bangun. Mungkin terganggu dengan bunyi telefon tadi.

"Andrea.. Dia bagitahu ibu tak sampai rumah lagi" Zuhairie bangun dari katil. Dia perlu cepat bersiap untuk pulang ke rumah Puan Marina.

"Cepat pergi siap. Kita balik rumah ibu" Zuhairie memberi arahan apabila melihat Ain masih lagi mamai memandang ke arahnya. Ain mengangguk kecil sebelum bangun dari katil dan bergerak ke wardrobe.

•••••

Deringan telefon rumah membingitkan segenap ruang dalam rumah agam milik Puan Marina. Semua yang berada di situ memandang Zuhairie yang bangun untuk menjawab panggilan. Tuan Azhari dan Puan Aisyah turut berada di situ untuk memberi semangat kepada menantu mereka.

"Encik Andry Zuhairie?"

"Ya saya. Macam mana dengan kes kehilangan ibu saya, Puan Marina? Pihak polis sudah dapat menjejaki mereka?" Tanpa menunggu lama, Zuhairie terus menyoal. Hatinya meronta mahu mengetahui perkembangan tentang ibunya.

"Berat hati saya untuk sampaikan berita ini kepada awak sekeluarga. Kereta BMW berwarna hitam yang disyaki membawa ibu awak pulang, dijumpai di kaki bukit. Dan mayat pemandu telah kami kesan dalam kereta" Encik Adam yang bertugas untuk menyiasat kes ini bersuara. Tenang sahaja suaranya mungkin sudah biasa berhadapan dengan kes pembunuhan seperti ini.

Dia VampireWhere stories live. Discover now