Part 7 - Benci

31.7K 1.8K 59
                                    

"Woih... Siapa benarkan kau tidur dalam library?" Ain bercekak pinggang. Fawwaz datang perpustakaan? Pelik bin ajaib. Sejak bila mamat ni rajin datang library.

Fawwaz segera bangun dari lantai perpustakaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fawwaz segera bangun dari lantai perpustakaan. Buku yang berselerak di sekelilingnya dikemaskan. Mulutnya yang ingin menguap ditekup dengan tangan. Suasana perpustakaan yang sejuk dan nyaman membuatkan dia mengantuk.

"Aku cari buku bio. Kat mana eih bahagian buku tu" soal Fawwaz sambil membetulkan baju pengawasnya.

"Kau cari kat sini memang tak jumpa la buku bio. Sini bahagian komik. Meh aku tunjukkan" kata Ain serius. Dia melangkah keluar dari rak yang menempatkan komik dan buku cerita itu. Yang Ain pelik, kenapa si Fawwaz ni tidur di lantai padahal ada jer sofa yang selesa di hujung perpustakaan.

"Malas datang library gini la akibatnya" sempat Airen membebel kecil. Fawwaz yang mengekorinya di belakang dijeling tajam.

Dia membelok ke arah bahagian yang menempatkan buku matapelajaran aliran sains. Terbit senyuman manis apabila melihat Andrea juga ada di situ.

"Hai Rea.." sapa Ain ramah. Andrea yang berada di atas kerusi bantal berwarna hijau dipandang.

Bahagian rak yang menempatkan pelbagai buku matapelajaran aliran sains berada betul- betul bersebelahan dengan rak komik tadi. Banyak jenis buku yang boleh didapati di situ. Ada buku Biologi, Kimia dan Fizik. Dari nota sehingga latihan, semuanya mudah diperolehi.

"Hai Ain" balas Andrea pula sambil tersenyum manis.

Mata Andrea tertancap pada Fawwaz yang berdiri di belakang Ain Amani. Pandangan mereka bersatu sebelum Andrea cepat- cepat alihkan pandangan ke arah lain.

"Ain.... Sini kejap. Cikgu panggil !" jerit Faa dari jauh. Tangan Faa melambai- lambai ke arah mereka bertiga. Minah ni memang tak makan saman betul. Dalam library boleh dia terjerit- jerit. Nama aje pengawas perpustakaan. Marah Ain dalam hati.

"Rea.. tolong si Fawwaz cari buku bio jap. Faa panggil aku" Ain menyerahkan tugasan mencari buku kepada Andrea. Belum sempat Andrea ingin membuka mulut, Ain sudah berlalu pergi. Tinggallah dia dan Fawwaz Amsyar di situ.

"Cepat la Ain" jerit Faa lagi. Ain yang dalam perjalanan ke kaunter menjeling garang. Beberapa orang pelajar mula memandang Faa. Mungkin kerana pembacaan mereka terganggu.

"Iye la.. sabar la minah oi" Ain mengomel kuat. Langkahnya dipercepatkan.

"Err.. Kau nak buku macam mana?" Soal Andrea setelah beberapa minit suasana sepi menyelubungi mereka berdua.

"Buku Biologi" jawab Fawwaz selamba. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Andrea. Pelajar yang lalu lalang mula membisikkan sesuatu sesama mereka. Bergosip tentang pengawas hot dan budak misteri mungkin.

"Aku tahu la kau nak biologi. Ain dah bagitahu tadi. Maksud aku, kau nak buku yang jenis macam mana?" Kata Andrea malas. Pelajar perempuan gedik yang memandang tidak diendahkan.

Dia VampireWhere stories live. Discover now