Part 50 - Bie or abang?

36.9K 1.8K 101
                                    

Memandangkan korang dah kalah challenge. So author update 1 part sahaja.

Jangan marah author !!

K enjoy your reading.

Bye ~~~~

•••••

Ain membuka mata perlahan-lahan. Pancaran samar lampu tidur memasuki retina mata. Suara orang berbisik sedikit sebanyak menganggu lenanya. Telinga dipasang untuk mendengar bait perkataan yang disebut suara itu. Dia lihat Zuhairie tiada di sebelah. Ke mana lelaki itu pergi?

"Anak papa di dalam sihat? Cepat-cepat keluar okey. Papa tak sabar nak tengok anak papa ni. Mesti comel macam umi kan?"

Suara macam Zuhairie, tetapi mana dia? Ain lihat ada sekujur tubuh di bawah selimut. Dan terasa ada sesuatu di dalam bajunya.

Bercakap dengan anak rupanya. Baby dalam perut tu pun belum tentu sempurna fizikal lagi. Haih macam-macam la suami aku ni.

Dia puji aku comel? Kembang sekejap hati ini. Bisik Ain dalam hati.

"Papa di dunia ni mungkin tak lama. Jadi, papa minta tolong sangat, jaga umi baik-baik okay. Tolong jaga dan lindungi umi bila papa dah tak ada nanti. Papa sayang baby"

Ayat terakhir yang keluar dari mulut Zuhairie bagaikan meragut pangkal hatinya. Kenapa Zuhairie suka sangat bercakap tentang kematian. Tak sempat nak lihat bayi di dunia ini lah dan macam-macam lagi. Sering kali Ain menyedapkan rasa hati dengan tidak mengambil serius akan isu itu.

Terasa kucupan di perutnya membuatkan Ain rasa geli. Rasa kecut perut saat bibir Zuhairie menyentuh kulit. I've got butterfly in my stomach !

Selimut diselak dan dia tersenyum saat melihat Zuhairie berada dalam baju. Membulat bahagian perutnya dengan kepala Zuhairie. Tengok luaran seperti dia mengandung lapan bulan. Memboyot! Padahal perutnya masih lagi membulat kecil. Maklumlah kandungannya baru berusia 3 bulan setelah disahkan oleh Elicia sendiri.

"Awak buat apa dalam baju saya ni?" Ain pura-pura menyoal sambil menyimpan senyum. Dia membetulkan baju yang sedikit terselak di bahagian perut

"Talking with my child" balas Zuhairie dari dalam baju. Satu kucupan dihadiahkan lagi di perut Ain Amani. Dia dapat rasakan seperti dia mencium bayi itu. Haruman dari tubuh Ain amat menenangkan jiwanya.

"Dah².. keluar dari baju saya. Tak rimas ke duduk dalam tu"

"Nope. Aku suka bau badan kau. Menenangkan dan yang penting boleh menghilangkan rasa mual dan muntah"

"Mari sini. Tidur sebelah saya" tangan Ain menepuk perlahan bantal di sebelah. Dia lihat Zuhairie mengeluarkan kepala dari dalam baju tidur miliknya.

Zuhairie bangun lalu merebahkan tubuhnya di sebelah Ain Amani. Dia membetulkan selimut di tuhlubuh isterinya sebelum mengucup lembut dahi itu lama. Dia kemudian baring mengiring dengan tangan kanan menongkat kepala. Tangan kiri pula memeluk erat pinggang Ain.

Zuhairie memandang dalam-dalam wajah Ain. Pandangan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Pandangan yang lahir dari hati yang tulus dan penuh dengan rasa cinta. Tidak berkelip langsung mata helangnya merenung mata bundar Ain.

Dia VampireWhere stories live. Discover now