Part 17 - Kahwin

42.5K 2K 12
                                    

"Mana perempuan tu?" Tanya Zuhairie garang kepada bodyguard yang menjaga bilik penculikan. Panas hatinya apabila melihat bilik itu kosong.

"Ada kat atas bos" jawab salah seorang antara mereka. Bos ni kenapa? Takkan nyanyuk terus kut.

Zuhairie tepuk dahi. Terlupa pula tentang arahannya tadi. Jam tangan dikerling. Dah 10 malam. Esok merupakan hari penting baginya. Jadi, dia perlu memastikan Ain Amani tidak lari ke mana- mana.

Zuhairie mengorak langkah menuju ke atas. Bilik dimana Ain berada ditolak kasar tanpa mempedulikan keizinan orang di dalam. Kisah apa dia. Ini rumahnya, jadi suka hati la.

Zuhairie memandang sekeliling bilik tamu itu. Langsung tiada bayang Ain Amani. Kosong tanpa ada kelibat pun.

"Ain Amani !" Dia menjerkah kuat. Tetapi, tiada langsung suara yang menyahut.

Ain keluar dari belakang pintu perlahan- lahan. Kaki melangkah tanpa derap bunyi. Belakang tubuh Zuhairie yang membelakanginya diperhati dengan takut. Cubaan lari dari situ untuk kali kedua. Dia tidak akan mengalah walau sekali. Baru sahaja dia menoleh ke depan untuk lari, terasa cengkaman kuat pada lengannya. Ah sudah!

"Kau nak lari mana hah?" Mata tajam itu menikam pandangan mata Ain. Bibirnya bergetar dan jantung berdegup kencang. Perasaan takut mula menjalar di hati. Memang menempah maut namanya ini.

"Tak! Sa... saya nak.." tutur Ain takut-takut. Dia seakan-akan berdepan dengan seekor serigala jadian yang sedang kelaparan.

"Nak apa?! Nak cuba lari sekali lagi?" Teka Zuhairie tepat sekali. Matanya menikam wajah Ain yang sudah dilitupi dengan selendang hitam. Baju yang dipakai sudah diganti dengan pakaian yang bersih.

"Aku memang tak boleh bersabar lagi dengan kau ni. Ikut aku!" Tangan Ain ditarik kasar menuruni tangga. Hampir tersadung kaki Ain akibat tarikan kuat si penculik.

"Awak nak buat apa? Lepaskan saya!" Ain Amani meronta kuat cuba melepaskan diri dari cengkaman pada lengannya.

"Nick! Sediakan kereta. Kita pergi sekarang!" Arah Zuhairie tegas apabila mereka sudah menjejaki lantai tingkat bawah.

"Baik bos!" Nick mengangguk. Pantas dia melakukan arahan yang diberikan.

Ain ditarik menuju ke kereta. Tubuh gadis itu ditolak masuk ke dalam perut kereta. Ain cuba lari tetapi sekali lagi gagal kerana Zuhairie mengambil tempat di sebelahnya di tempat penumpang belakang. Tiada ruang untuk dia terjun keluar dari kereta ini. Peluh dingin mula merecik keluar apabila lelaki itu mengacukan pistol di kepalanya tanda memberi amaran.

•••••

Ain Amani menangis lagi. Sungguh dia rindu akan mama dan papanya. Bilik ini terlalu asing baginya. Di mana dia berada, dia sendiri tidak pasti. Beberapa kali dia cuba membuka pintu dan tingkap bilik itu, mencari jalan keluar. Namun semuanya terkunci rapat.

Pintu yang dikuak dari luar membuatkan Ain Amani mendongak. Muncul Andrea bersama gaun putih di tangannya. Baju itu kelihatan sungguh cantik. Tetapi, kenapa dilihatnya seperti baju pengantin?

"Ain.. pakai baju ni" kata Andrea bersama senyuman manis. Dia mengambil tempat di sebelah kawannya itu.

"Abang kau nak buat apa kat aku? Rea please keluarkan aku dari sini" tanpa mempedulikan permintaan Andrea, Ain terus merayu supaya dikeluarkan dari tempat itu.

"Ain... Aku tak boleh! " lirih Andrea berkata. Dia membalas pandangan sayu Ain

"Rea... Hanya kau harapan aku sekarang ni !" sekali lagi Ain merayu.

"Ain! Let me tell you something important about him" kata Andrea. Sudah tiba masanya untuk dia membuka cerita tentang rahsia yang dia simpan selama ini.

"About what?" Ain menyoal pelik. Berkerut kerut dahinya memandang Andrea.

"He need your blood. Kali ni sahaja aku minta tolong kau. Tolong...tolong sembuhkan dia dari sumpahan tu" pinta Andrea separuh merayu. Dia sangat memerlukan pertolongan Ain untuk menyembuhkan abangnya dari sumpahan yang dilakukan oleh darah daging mereka sendiri. Hanya kerana sifat tamak, mereka yang menjadi mangsa.

"Sumpahan apa Andrea? Apa kau merepek ni?"

"He's a vampire. Kau ingat kan aku pernah bagitahu kau dulu. Vampire wujud, cuma dunia diorang berbeza dengan dunia kita. Abang aku bergantung pada pek darah selagi dia tak sembuh dari sumpahan tu" cerita Andrea bersungguh- sungguh. Sudah bertahun lamanya mereka pindah dari England iaitu tempat di mana bermulanya memori hitam dalam hidupnyaaaa, namun ketakutan itu masih terasa lagi.

Orang itu pasti akan mencari mereka jika mendapat tahu Zuhairie sudah sembuh. Pasti mangsa seterusnya ialah Ain Amani. Dia sedar, manusia tidak berhati perut itu tidak akan membiarkan mereka hidup aman dan bahagia. Pasti akan dicarinya hingga ke lubang cacing. Kerana sifat dengki dan tamak, sanggup mereka menganiaya darah daging sendiri.

"Ramai perempuan luar sana. But why me?" Bentak Ain lagi.

Soalan dari Ain membuatkan Andrea tersedar dari lamunan.

"Silap aku bawa kau datang rumah tu waktu dia ada. Sepatutnya aku halang kau untuk jejak kaki ke rumah aku. Dia terbau darah kau" cerita Andrea. Dia tahu, punca Ain berasa di sini ialah dirinya sendiri. Memerangkap dan menyerahkan Ain kepada abangnya.

Ain diam memandang Andrea. Jadi, lelaki yang menuju ke hutan sewaktu dia melawat Andrea demam ialah .. abang Andrea, si penculik itu? Matanya melirik pada gaun putih yang diserahkan kepadanya tadi. Perkhabaran tentang si penculik itu ialah vampire semakin menakutkan hatinya. Mama! Nak balik. Hatinya merintih pilu.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now