Part 64 - Pencarian Ain

22.9K 1.3K 150
                                    

"MANA ISTERI AKU!!?" Jerkahan dari dalam pejabat Zuhairie membuatkan para pekerja melakukan kerja sambil menunduk rapat. Tidak berani mereka mengangkat wajah. Kecut perut masing-masing walaupun bukan mereka yang menjadi mangsa kemarahan lelaki itu. Suasana sunyi sekali lagi digamatkan dengan bunyi kaca pecah menghempas lantai. Tahulah mereka bahawa bos besar sedang mengamuk.

BUK !!

Wajah Yen iaitu salah seorang bodyguard yang diberi amanah untuk menjaga Ain Amani ditumbuk di rahang. Tertoleh kepala lelaki itu ke kiri. Yen sedaya upaya menahan sakit. Bukan perlahan tumbukan yang singgah di pipinya.

Dua orang lagi rakannya tunduk memandang lantai. Gerun melihat wajah menyinga bos besar mereka. Wajah masing-masing usah cakap la, pucat seperti mayat. Jantung berdetak laju menunggu hukuman seperti Yen sebentar tadi. Tumbukan itu baru sekecil-kecil hukuman. Mereka tahu kesilapan mereka terlalu besar hingga membawa kepada kehilangan isteri bos.

"AKU TANYA NI! KENAPA DIAM?! SUSAH SANGAT NAK JAWAB SOALAN AKU?" Zuhairie menempik lagi. Kemarahannya berada di tahap paling tinggi. Suaranya bergema di setiap pelusuk ruang pejabat itu. Urat-urat hijau jelas kelihatan di sekitar leher.

Dada berombak kencang. Kot yang berada di tubuh dilempar kasar entah ke mana. Dia tidak dapat berfikir dengan waras sekarang ini. Berita tentang kehilangan Ain oleh Andrea benar-benar membuatkan darah panasnya memdidih.

Tiga orang bodyguard di hadapannya dipandang tajam bak harimau yang mahu membaham mangsanya.

Almari kaca di sebelahnya ditumbuk kuat. Perabot mewah yang dibeli dari luar negara itu sudah pecah langsung tidak dipedulikan.

PRANGG!

Manusia yang berada dalam bilik itu hanya diam membisu. Terasa panas membahang meskipun suasana dalam bilik itu sejuk membeku. Andrea hanya memandang amukan abangnya. Dia tidak mampu menahan. Hanya Ain Amani sahaja yang boleh menghentikan semua ini.

Nick dan Ivan saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka juga terkejut besar dengan berita yang baru didengari tadi. Nampaknya Raymond Risley telah berjaya menculik Ain Amani. Lelaki tua itu sangat licik. Bertindak dalam diam dan bijak mengambil peluang depan mata.

Zuhairie mendengus kasar. Darah yang mengalir keluar dibiarkan menitik di atas lantai. Tatapan tajam pada wajah konco-konco di hadapannya masih belum dilepaskan. Budak mentah mana yang Nick hantar ni. Dasar budak sekolah !

"Aku suruh korang jaga dia, apa korang buat? Tak boleh harap langsung! Jangan sampai hembusan nafas korang terhenti di sini" tengkingan kali ini lebih kuat.

Pejabatnya sudah tidak kelihatan seperti pejabat. Habis semua barang dibaling. Kertas-kertas kerja berselerakan di atas lantai. Serpihan kaca yang menjadi mangsanya sebentar tadi bersepah di merata tempat.

Pistol dikeluarkan dari laci meja pejabat. Mereka bertiga sudah menelan liur masing-masing. Pistol dihalakan ke arah kepala Quan. Gigi diketap kuat menahan marah. Quan pula memejam mata rapat. Merenik peluh di menuruni dahinya.

"Abang.. sabar! Jangan buat masalah di sini. Tak pasal-pasal jadi kes polis pula" halang Andrea sambil bergerak mendekati abangnya itu dengan berhati-hati. Risau pula jika dia menjadi mangsa.

Zuhairie benar-benar sudah hilang kawalan. Siapa tak risau apabila isteri sendiri diculik oleh musuh yang paling dibenci. Apa yang akan berlaku pada Ain selepas ini? Jangan diseksa isterinya itu tanpa belas. Sungguh dia tak sanggup terima perkara itu.

Pistol yang dipegang Zuhairie, cepat-cepat Andrea ambil lalu dihulurkan kepada Nick. Belakang tubuh abngnya digosok lembut. Cuba menenangkan hati Zuhairie yang membara.

Dia VampireWhere stories live. Discover now