Part 56 - Rantai pusaka

29.7K 1.7K 109
                                    

Yeayyyy !!

Happy 10K vote !!

Huaaa author betul² terharu dengan readers semua. Korang memang awesome !

Thanks pada yang setia vote dan comment dari part 1 sampai nak habis ni. Huhuhu

Pada mulanya sis nak update triple terus, tapi disebabkan rasa malas yang menggunung tinggi macam Gunung Everest so hasrat itu dibatalkan.

Sorry gais

Muah ciked !

•••••

Hachuuu !!

Alahai comelnya dia bersin. Hidung yang dimasuki habuk digosok kuat hingga jadi merah. Sekali tengok dah macam hidung badut. Tak terkira sudah berapa kali dia bersin ketika berada dalam bilik suram ini.

Entah macam mana Ain Amani menjumpai ruangan bersebelahan bilik bawah tanah ini. Keadaan bilik yang dipenuhi habuk memberitahunya bahawa sudah lama ia ditinggalkan. Dia langsung tidak tahu menahu tentang kewujudan bilik ini. Mungkin Zuhairie sengaja menyembunyikan dari pengetahuannya.

Bilik ini bagaikan sebuah peti besi yang menyimpan seribu satu rahsia yang tidak dapat dirungkai dengan mudah. Lelaki yang dia kahwini ini amat misteri dan bukan calang-calang orang yang dapat memahami isi hati itu.

Hachuuu !!

Sekali lagi Ain terbersin akibat habuk yang berterbangan bebas dalam bilik kecil yang penuh debu itu. Banyaknya habuk! Memang tak pernah dibersihkan ke? Kakinya sudah dipenuhi dengan kesan hitam debu-debu di lantai.

Ain Amani memerhati sekeliling, gelap dan suram. Kamar itu dipenuhi dengan sawang dan sarang labah-labah berada di merata tempat. Bebola matanya terhenti pada sesuatu benda yang bersinar dalam kegelapan. Benda apa tu?

Ain terjengket-jengket menapak ke almari usang di hujung kamar sepi itu. Frame di situ juga dilitupi dengan debu dan habuk yang menebal. Matanya terpaku pada sebuah buku yang telah menarik perhatiannya. Buku itu seakan-akan bersinar walaupun dalam keadaan yang gelap. Perlahan-lahan jemarinya menarik buku itu keluar dari rak.

Uhuk! Banyaknya habuk. Pantas Ain menekup hidung. Sebelah tangan lagi menggawang ke udara.

Setelah habuk itu menghilang, kulit tebal di halaman utama dibuka. Tulisan pada buku itu diamati. Ayat pertama yang menjengah pandangannya dibaca.

'Be a good boy, my son Andry Zuhairie Risley'

- Ibu -

Ini mesti tulisan Puan Marina. Cantik! Gumam Ain dalam hati. Entah mengapa dia rasa buku ini menyimpan satu rahsia yang besar. Mana tahu kut² ada peta harta karun. Boleh aku jadi kaya. Hehehe merepek ajelah kau ni Ain !

Kemudian, jarinya menyelak helaian seterusnya dan --

Kting !

Ain tersentak. Suatu benda dari celahan helaian buku itu jatuh ke lantai marmar menghasilkan satu bunyi detingan yang agak kuat. Buku tadi diletakkan sebentar di atas meja berdekatan. Dia mahu sambung baca sekejap lagi.

Terkial-kial Ain cuba mengambil 'benda' itu semula. Dalam keadaan dia mengandung menyukarkan untuk membongkok. Walaupun begitu, dia tetap berusaha mencapai meski agak sukar.

Dia VampireWhere stories live. Discover now