Part 40 - Tangisan

35K 1.7K 35
                                    

"Give her space, but never forget to tell her that you will always be there for her. May Allah ease everything for you and family" kata-kata Faiha Jannah yang datang ke pengebumian Puan Marina bermain di fikiran Ain Amani. Arwah ibu mertuanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Hasanah selepas solat zohor tadi.

Majlis tahlil diadakan di rumah agam ini. Pasti Andrea sunyi jika tinggal di rumah besar ini. Kedua ibu bapa Ain Amani akan bermalam di situ untuk beberapa hari.

Ain Amani memasuki bilik tidur Andrea untuk melihat keadaan gadis itu. Seharian Andrea menangis hingga sembab mata. Sepanjang proses pengebumian, dia sentiasa berada di sisi Andrea. Memberi semangat dan dorongan untuk terus kuat dan tabah. Kasihan Ain melihat tetapi dia hanya mampu menenangkan rakannya itu. Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali ke dunia.

"Andrea dah tidur ma?" Ain melangkah mendekati katil di mana mamanya sedang menyelimut tubuh kecil Andrea yang nyenyak tidur. Mungkin penat setelah melepaskan segala kesedihan.

"Dah.. dia makin tenang sekarang" ujar Puan Aisyah memandang Andrea. Ubun-ubun Andrea yang dianggap seperti anaknya sendiri diusap perlahan. Sedih dia melihat gadis itu.

Walaupun baru sekejap mengenali Puan Marina, dia akui bahawa wanita itu seorang wanita yang hebat. Membesarkan dua anak tanpa suami di sisi selama berpuluh tahun.

"Zuhairie macam mana? Adik dah jenguk dia?" Soal Puan Aisyah kembali. Menantunya itu juga memerlukan kekuatan dari orang sekeliling. Tambah-tambah dari seorang isteri.

"Belum. Lepas saja balik dari kubur tadi adik langsung tak nampak dia. Dalam bilik pun tak ada. Tapi kereta dia elok aje parking dalam garaj" Ain membuka cerita. Dari tadi dia mencari susuk tubuh suaminya tetapi langsung tidak kelihatan. Apabila ditanya pada Aniq Wafri, abangnya itu tidak tahu menahu.

"Adik pergi la tengok dalam bilik sekali lagi. Mana tahu dia ada" suruh Puan Aisyah kepada anak gadisnya itu.

"Baik ma.." Ain Amani mengangguk perlahan sebelum keluar dari bilik itu. Timbul rasa risau dengan keadaan Zuhairie tatkala ini. Dia bimbang jika tekanan yang dihadapi akan membuatkan Zuhairie bertindak dari luar kotak pemikiran

•••••

Ain Amani melangkah masuk ke dalam bilik. Dia menghembuskan nafas lega apabila melihat lelaki itu berada di balkoni merenung kepekatan malam. Nasib tak hilang suami aku.

"Awak okay?" Soal Ain Amani apabila kakinya berhenti di belakang tubuh Zuhairie. Lelaki itu hanya menyepi sambil merenung redup ke arahnya.

Tiba-tiba tubuh Ain ditarik dan Zuhairie memeluk erat tubuh itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba tubuh Ain ditarik dan Zuhairie memeluk erat tubuh itu. Ain Amani terkedu dan dia hanya membiarkan sahaja. Dia cuba untuk menyalurkan kekuatan kepada lelaki itu. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum kepala Zuhairie jatuh di atas bahu Ain Amani.

"Awak tidur la dulu.. mesti penat kan?" Pujuk Ain lembut. Teragak-agak tangannya untuk mengusap belakang tubuh Zuhairie.

"Please stay like this." ujar Zuhairie sambil memejamkan mata. Tangannya memeluk tubuh Ain dari hadapan.

"Saya nampak kedukaan yang ada dalam mata awak. Dan semua tu terjawab bila saya pegang tangan awak. Lepaskan semua tangisan yang awak simpan dalam hati. I'm always be here for you" ujar Ain lembut.

Tiba-tiba dia rasakan bahunya basah. Badan Zuhairie yang sedikit menunduk mula terhinjut. Tangisan itu terhambur keluar. Ketika di kubur tadi Zuhairie langsung tidak mengalirkan air mata. Sangkanya lelaki itu sudah redha dengan pemergian Puan Marina dengan hati terbuka. Tetapi, sangkaannya meleset sama sekali.

"Aku rindu ibu... Sangat-sangat" ujar Zuhairie lirih. Suaranya kedengaran seperti menahan sedu. Wajahnya tidak dialihkan langsung dari bahu Ain.

Ternyata lelaki itu hanya menzahirkan kekuatan tetapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Air mata itu luruh juga apabila berada di hadapannya. Mungkin Zuhairie tidak mahu menunjukkan kelemahan di hadapan Andrea. Jika Zuhairie sendiri bersedih dan menunjukkan kesedihan, pasti Andrea akan menghadapi tekanan yang lebih dasyat.

Siapa tak sedih dengan kehilangan ibu bapa yang paling disayangi. Dia yang berjauhan hanya beberapa bulan sahaja sudah mula rindu apatah lagi Zuhairie yang kehilangan ibu tercinta buat selama-lamanya.

Zuhairie terus menerus menangis bagaikan tidak mahu berhenti. Ain hanya membiarkan Zuhairie menangis semahunya. Belakang tubuh lelaki itu dibelai perlahan-lahan.

•••••

Ain mengusap lembut rambut Zuhairie yang nyenyak tidur di atas lengannya. Puas Zuhairie menangis di bahunya tadi hingga lemah tubuh itu untuk melangkah.

"Saya akan sentiasa ada di sisi awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Saya akan sentiasa ada di sisi awak. Di saat awak susah dan senang. Sebab saya sayangkan awak, Andry Zuhairie" wajah suaminya Ain tatap dengan rasa cinta. Dia kasihan melihat wajah yang sembap dek air mata itu. Walaupun Zuhairie kelihatan garang, bengis dan dingin namun hatinya rapuh.

Dahi Zuhairie dikucup lembut. Jika sebelum ini hanya Zuhairie yang lakukan terhadapnya, mulai hari ini dia juga akan melakukan perkara yang sama kepada lelaki itu.

Jemarinya dari tadi digenggam erat oleh Zuhairie. Langsung tidak dilepaskan walau sekejap. Walaupun lelaki itu sedang nyenyak tidur, namun pegangan itu masih kekal berada dalam genggaman.

 Walaupun lelaki itu sedang nyenyak tidur, namun pegangan itu masih kekal berada dalam genggaman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now