Part 15 - Terbongkar

37.6K 1.9K 89
                                    

"Ain.. bangun. Aku datang ni" Kepala Ain yang sedang enak tidur diusap perlahan. Timbul rasa kasihan di dalam hatinya melihat Ain diperlakukan seperti itu. Diikat dan dibiarkan di dalam bilik kotor seperti ini. Pantas tangannya meleraikan ikatan yang membelit tubuh kecil itu. Pita pelekat yang menutupi bibir itu ditarik perlahan.

Terpisat pisat Ain Amani membuka matanya. Terasa sakit badan dan lehernya kerana tidur dalam keadaan duduk malam tadi. Matanya memandang wajah yang mengejutkannya tadi. Terbit senyuman kesyukuran di bibir.

"Andrea.. Rea! Aku takut..." Tubuh Andrea dipeluk kejap bagaikan tidak mahu melepaskan kawannya itu.

"Jangan takut, aku ada" Andrea membalas pelukan Ain. Belakang tubuh sahabatnya digosok perlahan untuk menenangkannya yang berada dalam ketakutan.

"Tak payah buat drama dekat sini. I asked you to come here to look after her" Lelaki itu muncul di muka pintu sambil memandang tajam ke arah kedua orang gadis itu.

"What are you doing at her? I told you not to hurt her" marah Andrea garang apabila melihat luka yang telah kering di lutut kawannya. Sudah diberi amaran mepada lelaki itu untuk tidak mencederakan Ain Amani.

"She's trying to run away from me. And luka tu, bukan abang yang buat" kata lelaki itu tidak bersalah. Muka tidak berperasaan ditayangkan.

"Abang?" Ain Amani semakin pelik. Melihat Andrea tiba- tiba muncul di tempat penculikannya. Dia ingatkan Andrea datang untuk menyelamatkan dirinya. Dua orang manusia di hadapannya dipandang silih berganti. Pelbagai spekulasi bermain di minda.

Ain Amani dari tadi hanya diam mendengar pertelingkahan dua orang di hadapannya mula bersuara. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Andrea terdiam. Tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Ain Amani.

"Rea.. kau berkomplot dengan dia untuk culik aku? Apa salah aku Rea" air matanya mula turun. Sangkanya Andrea ialah orang yang paling boleh dipercayai, namun dia salah membuat penilaian. Menjual kawan sendiri kepada orang lain. Sanggup tikam belakang demi kepentingan diri. Setahunya Andrea anak orang kaya. Tidak cukupkah harta itu kepadanya sampai sanggup menjual kawan sendiri.

"Ain.. dengar dulu aku jelaskan" Andrea mula merayu. Tangan Ain Amani ingin dicapai tapi pantas gadis itu berundur ke belakang. Cuba menjauhi daripada mendekati dirinya. Dia mahu menjelaskan semua perkara yang disimpan di sudut hatinya. Dia juga tidak mahu Ain berfikiran buruk tentangnya.

"Jelaskan apa, Rea. Aku kawan kau. Sanggup kau aniaya aku macam ni" kata- kata Ain tersekat sekat. Cuba menahan sebak yang semakin menguasai diri.

"Yes. Dia abang aku, Andry Zuhairie Risley. But please, let me explain about this" kata Andrea sambil merenung ke dalam anak mata Ain Amani. Pantas sahabatnya itu menggeleng laju sambil menekup telinga. Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi. Sudah terbukti bahawa Andrea terlibat dalam kes penculikan ini.

Zuhairie sudah berlalu keluar. Drama yang dia lihat tadi langsung tidak menjentik tangkai hatinya.

"Andrea please keluarkan aku dari sini" Ain separuh merayu. Cuba meraih simpati Andrea selepas melihat lelaki itu berlalu keluar. Dia tahu Andrea mempunyai hati yang lembut walaupun luarannya nampak kasar.

"Ain. Aku.." Andrea tergagap. Dia berada di tengah antara abang dan sahabatnya. Rasa bersalah semakin menggunung apabila melihat Ain semakin tidak terurus. Dengan wajah yang kotor dan luka yang tidak dicuci amat menyentuh hatinya.

"Please Rea.." pinta Ain sekali lagi. Dia meraih tangan Andrea yang menunduk serba salah.

"Sorry.. I really really can't" Andrea pantas bangun. Ingin keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu hatinya tersentuh dengan setiap rayuan Ain. Dia lakukan semua ini bersebab. Demi memulihkan abangnya dari sumpahan itu!

Dia VampireWhere stories live. Discover now