Part 5 - Mengertak

33.2K 2K 45
                                    

Ain Amani menongkat dagu sambil bersila di lantai dewan. Bosan mendengar pembentangan dari guru yang bertugas minggu lepas tentang kelakuan dan aktiviti pelajar sekolah itu.

Ain memandang sekeliling. Pelajar lain juga lebih kurang sepertinya. Ada yang sibuk menyiapkan kerja sekolah dan ada yang tidur. Ain mengerling Faa di sebelah yang sedang memotong kuku. Pagi- pagi ni baru gelabah nak potong. Maklumlah lepas perhimpunan pagi pasti ada spotcheck.

Selepas itu, pengacara majlis menjemput pula pengetua sekolah untuk memberi ucapan. Ain mengeluh perlahan. Berapa lama lagi da... Kata- kata bapa saudaranya itu langsung tidak memberi kesan kepadanya. Seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Minggu hadapan, sekolah kita akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola tampar peringkat daerah. Banyak sekolah akan datang untuk bertanding di gelanggang sekolah kita. Jadi, di sini saya minta para pelajar jaga tingkah laku dan tunjukkan contoh yang baik sepanjang pertandingan diadakan. Kerjasama dari guru juga untuk mengawal disiplin pelajar ketika membawa pelajar untuk menonton permainan ini amat digalakkan"

Ucapan pengetua tentang kejohanan bola tampar yang akan diadakan tiba- tiba sahaja meresap masuk ke rongga telinga. Kepalanya yang menunduk tadi segera diangkat. Dia cuba mendengar dengan teliti.

"Selain itu, para pelajar juga dibenarkan hadir pada sebelah petang untuk memberi sokongan kepada pasukan sekolah kita. Itu sahaja pesanan saya untuk minggu ini" ucapan pengetua berakhir dengan tepukan gemuruh dari para pelajar dan guru.

Faa angkat kening berkali kali ke arah Ain Amani sambil tersenyum gatal. Ain hanya menggeleng sambil tersengih. Kenal sangat dengan Faa. Mesti nak cuci mata melihat pemain dari sekolah lain. Biasanya begitulah setiap tahun. Pemain yang mewakili sekolah lain pasti dari kalangan muka helok dan sado. Bertambah merenyam la gadis di sekolah mereka ini dan salah seorangnya semestinya Faa..

•••••

Hari ini bermulanya sesi pembelajaran subjek Addmath dengan Andrea. Khusyuk Ain mendengar penjelasan tentang tajuk indeks. Mereka yang sedang belajar di meja batu berdekatan dengan gelanggang mengalihkan pandangan apabila sekumpulan pemain bola tampar melalui tempat itu. Dan ketua pasukan semestinya Fawwaz Amsyar.

Fawwaz yang berjalan di hadapan bersama Hakim tersenyum sinis ke arah mereka berdua. Ain hanya menjeling sambil buat muka meluat. Manakala Andrea masih terpaku melihat Fawwaz. Langsung tidak dialihkan pandangan melihat wajah kacak 'pengawas hot' itu.

Fawwaz yang memakai pakaian sukan berjalan megah di hadapan apabila perasan mata gadis itu tidak lepas dari menatap wajahnya. Pelajar perempuan yang lain sudah menjerit seperti orang gila. Maklumlah lelaki yang diminati lalu depan mata.

•••••

Andrea Az-Zahra Rislea. Nama yang diberikan oleh ibu dan ayahnya. Campuran Melayu dan Belanda. Bapanya meninggal dunia akibat satu peristiwa yang tidak dapat dia lupakan sampai bila- bila. Ketika itu dia yang berusia 7 tahun langsung tidak berdaya untuk melawan sang musuh. Andrea mengeluh perlahan. Peristiwa itu sering mengganggu lenanya setiap malam. Pelbagai cara dia lakukan untuk melupakan perkara itu, tetapi tidak berjaya.

Andrea mengemas beg sekolahnya. Hari ini dia ditugaskan untuk membersihkan kelas. Jika tidak, selalunya dia akan membersihkan kelas pada waktu rehat. Memandangkan dia perlu mengajar Ain tadi, terpaksalah dia lakukan sebelum pulang dari sekolah.

Ikutkan jadual tugas yang telah disediakan, dia sepatutnya ditugaskan bersama Akmal tetapi lelaki bercermin mata itu tidak hadir ke sekolah. Jadi, terpaksalah dia berseorangan di kelas itu. Keadaan menjadi sunyi kerana semua murid kelasnya sudah pulang. Jam tangan dikerling. Dah pukul 3.10 la! OMG..... Mesti Nick aka pemandu peribadi sedang menunggunya. Dia mengeluh perlahan.

Andrea memandang sekeliling bagi semastikan kerja yang dia lakukan sempurna. Dia tersenyum lega apabila melihat kelasnya bersih dan kemas. Setelah memastikan semua suis ditutup, dia terus melangkah ke pintu kelas. Ketika dia mahu keluar, ada seseorang telah masuk dan pintu kelas dikunci dari dalam.

"Well..well. Tengok siapa ada di sini" Fawwaz melangkah menghampiri Andrea. Perasaan takut dan cuak menyelebungi diri Andrea. Kakinya mengundur ke belakang.

"Kau nak apa? Tepi laaa, aku nak balik. Kau pehal hah?!'' Jerit Andrea bersama suara getar dan ingin menangis.

"Rilek la dulu.. Kalut- kalut ni nak pergi mana" Fawwaz memandang nakal wajah takut Andrea.

"Sekarang ni kawan baik kau tu tak ada. Apa kata kalau kita berseronok?" Tangannya mula ingin memegang rambut hitam Andrea.

"Jangan sentuh aku" tangan Fawwaz yang menyentuh rambutnya ditepis kasar. Andrea menolak tubuh Fawwaz untuk memboloskan diri. Tetapi, pantas tubuh Andrea disambar dan ditolak kuat ke dinding. Andrea terasa belakangnya sakit. Dia semakin gerun melihat wajah Fawwaz semakin menghampiri. Dia berdoa supaya dirinya tidak diapa-apakan.

"Boleh tahan cantik jugak kau ni eih.." bisik Fawwaz di telinga Andrea. Meremang bulu roma gadis itu mendengarnya. Andrea mengumpulkan seluruh tenaganya untuk menolak tubuh Fawwaz tetapi tidak berjaya. Tenaga lelaki itu lebih kuat daripadanya. Dia cuba meronta sekuat hati.

''Lepas la Fawwaz, kau nak apa? Duit? Aku boleh bagi laaa''. Kata Andrea berani. Sungguh dia takut saat ini. Tangannya menolak kuat dada Fawwaz daripada terkena dirinya yang kecil itu.

Pipi gebu Andrea diusap lembut. Hidung Fawwaz mula menyentuh kulit lehernya. Tangan Andrea yang cuba menolak tubuhnya dicengkam kuat ke dinding. Tubuhnya kini mengepung Andrea dengan kedua belah tangan. Tangan Andrea yang kecil tidak mampu melawan Fawwaz yang jauh lebih kuat daripadanya.

Andrea cuba menjerit tetapi dengan pantas Fawwaz menekup mulutnya. Andrea meronta kuat untuk melepaskan diri. Tanpa sedar, air matanya sudah mengalir laju. Takut dengan Fawwaz yang seperti singa lapar. Keadaan yang sama ketika peristiwa nyawa ayahnya diragut.

Fawwaz terpana melihat cecair jernih yang menuruni pipi gadis itu. Sungguh dia tidak berniat untuk membuatkan Andrea menangis. Dia hanya mahu mengertak Andrea tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Tangannya mula longgar dan tekupan pada mulut Andrea dilepaskan perlahan.

"Kali ni aku lepaskan kau, kau boleh pulang sekarang" kata Fawwaz perlahan. Wajahnya ditundukkan memandang lantai.

Sejurus sahaja cengkaman di tangannya dilepaskan, Andrea segera mencapai beg dan berlari keluar dari kelas itu sambil menangis. Dia langsung tidak menoleh. Langkahnya dipercepatkan menuju ke pintu pagar sekolah di mana Nick sedang menunggu. Air mata dipipi diseka perlahan dengan lengan baju takut disoal oleh pemandu peribadinya.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now