Part 37 - Kenduri kesyukuran

34.9K 1.8K 72
                                    

Ramai pulak yang review cerita ni..  Menyesal tak buat 20 orang review. Hahaa kk sis gurau.

So... Mempersembahkan 5 part Dia Vampire !

Enjoy !!

•••••

Andrea mencari kelibat Ain dan abangnya. Mungkin sedang layan tetamu yang datang. Kebanyakkan yang hadir ialah ahli keluarga terdekat Ain Amani.

Seronok sungguh ada keluarga prihatin seperti ini. Saling bekerjasama jika ada masalah yang dihadapi. Memberi semangat saat keluarga ini hilang punca. Sangat berbeza dengan keluarganya. Perbezaan yang amat ketara seperti langit dan bumi. Ais dan api. Aik ! Ada ke ais dan api? Ahh ! Lantak la.

Andrea tersenyum pahit. Keluarga yang dia ada semuanya pentingkan diri. Sikap tamak haloba hingga membawa kepada kematian bapa tersayang. Dia lebih rela tiada adik beradik daripada ada keluarga pecah belah seperti ini.

Mata Andrea berhenti memandang sekeliling. Pantas wajahnya disembunyikan. Lelaki itu ! Apa dia buat kat sini? Aduh ! Macam mana aku boleh lupa si Fawwaz Amsyar ialah sepupu kepada Ain Amani. Di mana dia harus bersembunyi?

Saat Andrea sedang panik mencari tempat persembunyian yang terbaik, dia terpandang Zuhairie dan Ain yang baru keluar dari rumah bersama Puan Marina, ibunya. Bagus ! Ada penyelamat juga akhirnya. Pantas kaki melangkah menuju ke arah ibunya.

"Ibu... Jom balik" ajak Andrea cemas. Sesekali dia menoleh ke belakang memastikan Fawwaz tiada di situ.

"Ala.. ibu nak luang masa dengan Ain lagi" kata Puan Marina sambil memegang erat tangan menantunya. Zuhairie di sebelah langsung tidak dipedulikan. Dia berasa lebih teruja apabila berada bersama-sama Ain Amani.

"Andrea nak balik dah ibu. Kerja untuk appoinment esok belum siap" Andrea terpaksa menipu bagi mengelak daripada bertembung dengan Fawwaz Amsyar. Sekali-sekala menipu tak apa kut. Tipu sunat orang kata...

"Itulah.. ibu pesan suruh ambil cuti hari ni, degil ! Tak nak dengar!" Puan Marina mula membebel perlahan. Ain di sebelah menyimpan senyum melihat wajah cemberut kawan baik merangkap adik iparnya.

"Ala ibu.. jangan bebel. Sakit telinga adik dengar" Andrea memuncungkan bibir. Dia memandang Ain Amani memohon simpati supaya memberhentikan bebelan Puan Marina.

"Assalamualaikum"

Suara garau dari belakang membuatkan tubuh Andrea kaku. Jantung berdegup kencang. Kalah orang lari maraton 10 pusingan.  Langsung tidak bergerak walau seinci. Dia mengepam bibir rapat. Peluh membasahi dahi. Andrea langsung tidak menoleh. Suara itu ! Oh tidakk !!

"Waalaikumussalam" jawab mereka yang berada di situ serentak. Fawwaz bersalaman dengan Zuhairie. Setahunya lelaki ini ialah suami Ain dan juga merupakan abang Andrea seperti yang dikhabarkan mummynya semalam. Hrmm boleh tahan kacak. Muka mix gitu. Tapi, tetap tak boleh lawan aku yang kacak semalaya ni. Ceyh !!

"Saya sepupu Ain. Dan kawan Andrea juga. Dulu kami satu sekolah" Fawwaz mula memperkenalkan diri. Dipandang wajah ibu kepada Andrea itu yang tersenyum ke arahnya. Maaf makcik, anak makcik akan jadi mangsa saya selepas ini. Anak mak cik terlalu jual mahal untuk saya dekati dia. Saya terpaksa gunakan cara kotor untuk dapatkannya.

"Oh.. kawan Andrea rupanya. Andrea tak pernah cerita dekat mak cik pasal kamu" Puan Marina beramah mesra. Lelaki muda itu kelihatan peramah orangnya. Adakah lelaki ini kekasih hati kepada Andrea? Atau mungkin mempunyai perasaan cinta terhadap anak daranya itu.

"Dia malu la tu. Kitorang kawan lama dah" cerita Amsyar. Ain dan Zuhairie hanya menjadi pendengar setia. Dari tadi tidak menyampuk. Ain angkat kening. Dah kenapa mamat ni berubah tiba-tiba. Dulu bukan main benci lagi terhadap Andrea. Tak sah kalau sehari tak cari gaduh. Sekarang ni mengaku kawan pulak? Pelik....pelik !

"Mak cik... Saya nak minta izin keluar dengan Andrea petang ni boleh?" Kata-kata dari mulut Fawwaz menbuatkan Andrea tersentak. Mata dijegil ke arah ibunya. Kepala digeleng perlahan sambil mengetap bibir. Jelas kerutan di dahinya. Merayu supaya ibunya tidak memberi keizinan kepada lelaki itu.

"Boleh aje.. apa salahnya. Jangan buat benda bukan-bukan sudah" Puan Marina yang tidak paham dengan isyarat Andrea terus memberi keizinan. Andrea melepaskan keluhan berat. Ibu !!!

"Adik.. bawa kereta baik-baik okay. Ibu sayang adik" tubuh anaknya dipeluk erat. Andrea mula pelik. Kenapa dengan ibu ni? Selalunya biasa aje. Sebelum pergi kerja tak ada la pulak sampai macam ni. Dengan hati yang berat Andrea mengangguk kecil. Menyesal pula nak balik awal tadi. Baik dia duduk situ sampai malam daripada berdua-duaan dengan lelaki ini.

•••••

"Naik kereta aku" ujar Fawwaz ketika mereka berada di tempat parking rumah Ain Amani. Nasib baik kawasan di sini luas. Dapat dijadikan tempat letak kereta jika ada sebarang majlis atau kenduri.

"Saya ada kereta sendiri. So saya naik kereta saya, awak naik kereta awak. Fullstop!" Kata Andrea dingin. Nak keluar sangat kan? So ikut cakap aku. Kau ingat kau siapa Fawwaz Amsyar. Kau tak layak untuk memberi arahan kepada aku. Dan kau bukan sesiapa untuk aku patuh arahan kau. Kata Andrea dalam hati.

Baru sahaja Fawwaz Amsyar mahu membuka mulut, pantas Andrea berlalu memasuki perut keretanya. Cabar kesabaran betul minah ni. Kau tunggu kejap lagi Andrea. Apa yang kau ada sekarang akan hilang sekelip mata.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now