Part 69 - Zuhairie?

21.8K 1.3K 54
                                    

MUSIC ON !!

•••••

Selesai membeli barang dapur, Ain mengajak Andrea untuk ke rumah lama mereka di atas bukit. Andrea berat hati tetapi mengikut juga kehendak sahabatnya itu. Dia tak mahu kekecewaan terlakar di riak wajah itu.

Tiba di jalan utama ke kaki bukit, jalan telah dihalang oleh beberapa batang kayu. Dan daun tumbuh meliar pada kayu tersebut. Jelas menunjukkan bahawa tiada siapa pernah lalui kawasan ini dalam masa terdekat.

"Kau tahu jalan lain tak?" Ain mengesat dahi yang berpeluh. Cuaca terik membuatkan tubuhnya lemah.

"Aku tak tahu. Hanya Zuhairie saja yang tahu selok belok hutan ni" wajah Ain bertukar riak hampa. Namun, itu tidak mematahkan semangatnya. Dia perlu sampai ke rumah itu sebelum tiba waktu malam.

"Kalau macam tu, terpaksa la aku alih benda ni" Ain bercekak pinggang. Silap hari bulan boleh sakit badannya kerana melakukan kerja berat.

Dia pandang ke arah kereta. Zaura ditinggalkan sekejap di dalam kereta. Andrea la ni ! Orang keluar, dia pun ikut keluar sekali.

"Betul ke apa kau buat ni Ain? Aku tak nak tengok muka kecewa kau bila Zuhairie tak dijumpai kat rumah tu nanti" Andrea cuba mencari kepastian pada wajah itu.

Dia pandang sekeliling. Jalan lama ini terlalu lengang, tiada satu pun kenderaan melalui kawasan ini. Kalau apa-apa terjadi, mahu minta bantuan pada siapa? Sudah la line atas bukit tu sekejap ada sekejap tak ada.

"Aku pasti dan aku yakin apa yang aku buat. Kau masuk dalam kereta sementara aku alihkan benda ni" tegas Ain bersuara. Dia mula mengalihkan kayu yang menghalang laluan. Peluh yang menitis dilap dengan hujung baju.

Andrea bergerak masuk ke dalam kereta. Dia mendukung Zaura dengan perasaan sebak. Sambil mata tak lepas memandang wajah penat Ain Amani.

'You are so lucky Zaura. Have a strong mother like her' --

•••••

Kereta Audi milik Andrea berhenti betul-betul di hadapan rumah banglo besar di tengah hutan itu. Matanya melirik sekilas ke arah kawasan rumah yang sunyi. Dada Ain berdebar kencang. Dia segera membuka pintu kereta.

"Kau tunggu dalam kereta jaga Zaura. Aku masuk sekejap je" pesan Ain ringkas sebelum menapak keluar. Andrea hanya mengangguk paham.

Ain pandang kawasan rumput luar rumah. Biasanya kalau rumah yang ditinggalkan, rumput sama tinggi macam manusia dah. Ini tidak, pendek dan kemas sahaja apabila dipandang. Seperti ada orang datang menebas setiap hari.

Kaki bergerak menuju ke pintu kayu yang terukir mewah. Di saat dia berdiri, terbayang memori indah bersama Zuhairie. Tempat ini di mana dia selalu menyalami tangan Zuhairie ketika lelaki itu mahu keluar ke pejabat.

Dia menarik nafas panjang. Cuba menenangnya hatinya yang tiba-tiba menggelabah .

Ain menyentuh dadanya yang sejak tadi berdebar-debar. Entah mengapa perasaan itu semakin kuat menghentam dada. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu di dalam rumah ini.

Kunci pendua yang ada bersamanya dimasukkan ke dalam lubang pintu. Tangan menolak daun pintu. Sempat dia memberi salam sebelum melangkah masuk.

Matanya memerhati setiap sudut rumah. Masih kemas dan teratur seperti biasa. Mungkin Ivan dan Nick datang untuk mengemas. Detik hatinya.

Tiada beza semasa dia pergi meninggalkan rumah ini dulu. Masih sama dan serupa. Lama dia berdiri di situ memerhati keadaan sekeliling.

Tiba-tiba, bunyi derap langkah menuruni tangga menjengah pendengaran Ain, sehinggalah ke anak tangga terakhir. Tanpa membuang masa, pantas dia menoleh ke belakang.

Mahu jatuh air matanya ketika itu. Lidah kelu tanpa sebarang bicara. Ain menekup mulut menahan tangisan yang akan pecah bila-bila masa. Bibirnya sudah menggigil dan jantung berombak kencang.

"Abang !!"

Manusia itu menoleh memandang Ain. Wajah yang dirindui setiap malam. Wajah yang hilang selama 3 bulan, kini berada tidak jauh di hadapannya. Nama yang sentiasa ada dalam doanya, supaya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Ayah kepada Aisha Zaura --

ANDRY ZUHAIRIE RISLEY !!

Sesaat kemudian, Ain sudah hilang dalam pelukan lelaki itu. Tubuh tegap itu dipeluknya erat. Kerinduan yang menggunung dalam hatinya, kini terubat jua. Tetapi, lelaki itu hanya diam terkaku. Dakapan erat Ain tidak dibalas.

Pelukan dileraikan. Dia mendongak memandang Zuhairie. Tiada perubahan pada wajah itu. Cuma, ada bulu-bulu halus tumbuh di sekitar wajah. Ain mata makin lebat menuruni pipi. Orang yang ditunggu selama ini, akhirnya berdiri di hadapan matanya.

"Who are you?"

Bagai direntap hati Ain apabila soalan itu diajukan. Senyuman yang tersungging di bibirnya, mati serta merta. Pandangan tajam lelaki itu cuba dilawan. Mereka berdua saling berpandangan. Cuba mencari kebenaran dalam kata-kata itu. Ain menggeleng laju.

Tak mungkin !

TAK MUNGKIN !!!

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now