Part 55 - Baca buku atas pokok

30.1K 1.7K 60
                                    

"Ya Allah sayang! Macam mana boleh ada atas tu?!" Marah Zuhairie sambil mendongakkan kepala memandang Ain Amani. Dia bercekak pinggang seperti ayah memarahi seorang anak kecil.

Hampir tercabut jantungnya melihat wanita itu dengan tenang membaca buku di atas dahan pokok. Dengan kandungan yang bertambah besar membuatkan hatinya tidak dapat bertenang. Sudahlah degil tak nak dengar cakap orang.

"Ya abang. Chillex la" balas Ain sambil tersengih. Buat epal yang berada di tangan kanan digigit lalu dikunyah hancur sebelum menelan. Sedap buah ni! Nyesal tak beli banyak semalam.

"Turun sekarang! Kalau jatuh karang macam mana!" marah Zuhairie lagi. Berkedut-kedut mukanya menahan geram. Siapa tengok Zuhairie marah confirm kecut. Tapi, bukan bagi Ain Amani.

"Sayang suka duduk atas ni la" Ain menarik muncung. Buku yang dia baca tadi ditutup kuat. Ni yang nak merajuk ni. Semuanya tak boleh. Nak masuk hutan tak boleh. Buat apa nak masuk hutan? Arhh lantak la. Nak masak tak boleh. Nak berdiri pun tak boleh !! Habis tu nak buat apa? Kalau asyik baring, berlemak badannya nanti.

"I said NOW!!" Kali ini suara Zuhairie dinaikkan tahap maksimum. Dari putih bersih terus merah mukanya. Jari telunjuk memberi arahan untuk Ain turun ke bawah.

"Yelah².... Kecoh aje abang ni" Ain menjeling tajam. Buku yang dia baca tadi dipegang erat. Dia pandang ke bawah.

Erkk... Tinggi la pulak. Macam mana nak turun ni.

"Abang!! Dukung" Ain memandang Zuhairie dengan manja. Terlakar riak serius pada wajah itu. Zuhairie tak pernah main-main dalam kata-katanya. Hanya Ain sahaja yang selalu mengambil remeh dengan amaran lelaki itu. Ha, sekarang rasakan angin taufan dalam diri Zuhairie.

"Ala... Jangan la marah. Sayang bosan la baca dalam rumah" Ain memujuk lembut apabila Zuhairie langsung tidak membalas. Risau jugak dia kalau ditinggalkan keseorangan di situ.

"Okay la... Janji tak buat dah" Ain mengaku kalah jua. Tangan naik mengangkat kata janji. Dia lihat Zuhairie mengeluh seketika sebelum bergerak ke arahnya. Tubuhnya dicempung sebelum diletakkan perlahan di atas tanah. Fuh! Selamat dah jejak kaki atas bumi.

Zuhairie cuba membuang rasa gusar dalam hati. Dipegang dadanya yang berdebar kencang itu.

•••••

Sejak kebelakangan ini, Ain banyak menghabiskan masa di bawah rimbunan pokok membaca buku yang dibeli tempoh hari.

Timbul juga rasa risau dalam diri Zuhairie melihat Ain terlalu bebas keluar dari rumah. Dia takut jika musuh itu ternampak Ain atau menyedari kehadiran Ain di situ.

Tetapi, perasaannya bercampur baur ketika ini. Dia tidak mahu Ain berasa terkongkong dengan hidup di dalam rumah tanpa menghirup udara segar di luar.

Biarlah sekali sekala Ain menghabiskan masa memandang panorama alam ciptaan Tuhan ini. Lagipun, ada Andrea yang selalu menemaninya di situ.

Zuhairie memerhatikan dua wanita kesayangannya itu dari dalam rumah. Seronok mereka berdua bergelak tawa. Dalam hati dia tersenyum senang. Semalam dia sudah sediakan satu tempat khas untuk Ain berehat di luar. Siap dengan buaian dan bantal lagi. Dia mahu pastikan isterinya berasa selesa.

Ain memandang Andrea yang sibuk menaip di telefon bimbitnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ain memandang Andrea yang sibuk menaip di telefon bimbitnya. Sekali sekala diketuknya telefon itu di dagu. Kalau rosak boleh beli lain. Orang kaya kan?

Ain menjenguk sedikit apa yang sedang ditaip oleh Andrea. Belum sempat dia mahu baca, pantas Andrea menjauh. Wajah Ain dijeling tajam.

"Mesej pakwe ehh" usik Ain meleret. Bukan main sekarang. Nak main phone pun lindung-lindung. Cahaya matahari terik menyilaukan mata Ain. Nasib baik Zuhairie memilih kawasan di bawah pokok yang teduh.

"Ish mana ada la" tepis Andrea. Dia tahu Ain cuba mengorek rahsia hatinya. Kenal sangat dengan Ain yang banyak akal itu. Lepas dah tahu, mesti akan dimaklumkan kepada Fawwaz. Huh! Ain berpihak pada siapa sebenarnya? Dia atau Fawwaz Amsyar?

"Mana la tahu tengah mesej dengan Fawwaz ke?" Duga Ain. Buku tentang kesihatan ibu mengadung dicapai dan dibacanya. Dijeling sekilas Andrea yang tiba-tiba terdiam.

Bingo ! Tekaan Ain memang tepat sekali. Dia sedang memikirkan syarat yang sukar untuk diberikan kepada Fawwaz. Biar lelaki itu tahu bagaimana susah untuk memiliki hati Andrea Az Zahra Rislea. Senang-senang sentuh aku dulu. Ingat aku apa? Patung barbie yang sesuka hati boleh cium bagai. Hehh !!

•••••

Ting!

Fawwaz Amsyar mencapai telefon bimbitnya apabila terdengar mesej masuk. Peti masuk dibuka.

Andrea!

Tapi, kenapa tak guna aplikasi Whatsapp sahaja? Lebih senang dan jimat. Susah-susah nak gunakan mesej. Pelik-pelik betul perempuan ni

Syarat yang perlu Fawwaz Amsyar lakukan untuk memiliki Andrea Az Zahra Rislea :

1. Buktikan pada saya, cara awak cintakan saya.

2. Buktikan pada saya, kesetiaan dalam diri awak.

3. Buktikan pada saya, awak boleh jadi pelindung seperti abang saya.

4. Buktikan pada saya, awak boleh jadi imam yang baik

5. Buktikan kepada saya, awak pentingkan saya dari kerja awak

6. Buktikan pada saya, awak sanggup berkorban demi saya

Fawwaz memetik jari hingga menghasilkan bunyi. Kacang! Macam kacang panjang! Syarat tak mencabar langsung. Dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Semuanya sudah berada dalam genggaman tangan. Tunggu masa sahaja untuk melaksanakannya.

Cara dia membuktikan cinta pada Andrea? Senang! Kalau dah dalam hati terukir nama gadis itu seorang. Cakap sahaja apa, dia pasti akan lakukan.

Macam mana kalau dia suruh kau pergi mati? Bisik hatinya jahat. Uish hati ni, celupar betul mulut. Memang minta kena cili ke apa. Dia kenal Andrea. Gadis itu tidaklah sekejam itu. Dan dia yakin..Andrea akan jadi isteri yang baik.

•••••




Last update sebelum masa busy saya

Sorry gaiss 😭😭

Lepas ni DIA VAMPIRE akan slow update

🌼🌼

And.... Satu lagi

Sis perasan ramai readers nama AIN

Aceceyhhhhhh !!!

Gatal erk korang. Apa apapun thanks support sis dari awal sampai akhir
*Terharu sobsob*

Jangan lupa vote dan comment muah 😘😘

Dia VampireWhere stories live. Discover now