Part 41 - Rasa bersalah

35.1K 1.8K 47
                                    

Fawwaz Amsyar meraup muka. Perkhabaran tentang kematian Puan Marina betul-betul menyentapkan hatinya. Berita itu dia ketahui dari mummy yang pergi membantu di majlis tahlil arwah Puan Marina. Entah mengapa dirinya dirasakan sebagai pesalah. Dengan apa yang dia buat pada Andrea tempoh hari, ditambah lagi dengan berita yang menyedihkan ini. Pasti sukar untuk gadis itu menerima ujian yang cukup mencabar ini.

Nama Ain Amani di Whatsapp segera dicari. Hanya dengan cara itu dia boleh memiliki nombor telefon milik Andrea. Sepupu yang banyak membantu berkenaan dengan Andrea.

Fawwaz betul-betul menyesal. Betapa bodohnya dia ketika itu kerana terlalu mengikut hawa nafsu. Ternyata dia tersilap langkah untuk memiliki sekeping hati Andrea.

•••••

"Andrea.. Kau kuat kan?"

Andrea tetap menyepi. Dia membuang pandang ke arah sungai. Tempat ini begitu tenang dengan bunyi kicauan burung dan desiran air sungai yang mengalir deras. Cuaca pagi ini agak mendung. Angin mengibas-ngibas dan menampar lembut kulit mukanya. Sejuk !

"Andrea yang aku kenal ialah seorang gadis yang sangat kuat dan tabah walau apapun ujian yang menimpa" suara Ain kedengaran lagi. Andrea menoleh memandang sahabatnya itu. Pandangan yang kosong yang sukar untuk ditafsirkan.

 Pandangan yang kosong yang sukar untuk ditafsirkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Andrea Az Zahra Rislea

"Andrea Az Zahra Rislea, si gadis kacukan yang aku kenal seorang yang ceria dan selalu tersenyum. Dia selalu buat aku ketawa di saat aku terluka. Tapi, sekarang.. Andrea yang aku kenal dah tak macam dulu. Dirinya hanya tinggal jasad saja di sini. Boleh kau tolong kembalikan Andrea yang dulu?" Kata Ain lagi. Tangan Andrea dicapai dan digenggam lembut.

Andrea menarik senyuman di bibir.
Kata-kata Ain yang berpuitis dan berpujangga membuatkan hatinya rasa lucu. Walaupun jelas kelihatan sudah hilang manis di balik senyuman itu. Sinarnya seperti terbang dibawa angin. Hilang di sebalik kedukaan yang dihadapi.

•••••

Andrea melangkah dengan tenang memasuki pejabat. Sudah beberapa hari dia melayani rasa sedih. Jika difikirkan balik, sampai bila dia mahu jadi begitu. Meratapi pemergian ibu tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Biarlah ibu pergi dengan tenang. Hanya doa anak-anak yang soleh akan membantu ibu di sana.

Andrea menolak pintu pejabatnya. Terkejut bukan kepalang apabila melihat susuk tubuh itu berada di atas sofa mini yang terdapat di sudut bilik. Pintu dibiarkan terbuka luas, risau jika perkara sama berulang lagi.

"Kau buat apa kat sini? Nak batalkan kerjasama antara syarikat kita? Dipersilakan... Kau boleh pergi jumpa abang aku di pejabat dia sekarang" ujar Andrea dengan penuh rasa benci. Mendatar sahaja suaranya seperti tiada perasaan.

"Tak ! Aku datang sebab nak.." Fawwaz segera bangun mendekati gadis itu. Tetapi laju sahaja Andrea menjauh. Jijik betul Andrea dengan dirinya.

"Nak apa?! Nak sakitkan hati aku lagi? Nak buat aku macam pelacur yang langsung tak ada maruah. Macam tu?" Tengking Andrea kuat. Di hatinya kini hanya ada rasa benci terhadap lelaki itu. Jika dulu, ada secebis kasih buat lelaki bernama Fawwaz Amsyar tetapi kini tidak lagi. Dengan apa yang lelaki itu buat, dia tak akan maafkan sampai bila-bila.

"Aku minta maaf Rea" ucap Fawwaz. Memandang redup ke arah Andrea yang memalingkan wajah ke arah lain. Gadis bertudung itu bukan lagi seperti yang dulu. Kata ganti nama yang selalu diguna juga bertukar lebih kasar.

"Ucapan maaf kau dah tak ada harga saat ni. Mulai hari ini, aku tak nak tengok lagi muka kau. Baik kau keluar dengan baik sebelum aku panggil guard untuk halau kau. Keluar !!" Andrea menjerkah kuat. Beberapa staf yang lalu lalang mula memandang ke arah mereka sambil berbisik.

"Andrea..." Fawwaz bertekad. Biarlah dia menjadi pengemis untuk hari ini. Mengemis kata maaf dari seorang gadis. Dia datang ke situ membawa satu kata janji yang akan mengubah kehidupannya 360 darjah.

"Aku jijik tengok muka kau di sini. Keluar !!" Tengking Andrea lebih kuat. Rasa benci semakin membuak-buak seiring dengan amarah dalam hati.

"Aku sayangkan kau, Andrea" ucap Fawwaz pernuh ikhlas. Matanya merenung redup wajah Andrea. Gadis itu terdiam. Mungkin terkesan dengan ucapan yang keluar dari mulut.

"Boleh pergi mampus dengan kau punya sayang" Suaranya bergema hingga ke sudut pejabat. Wajahnya merah menahan marah. Senangnya lelaki itu mengungkapkan rasa sayang.

"Adik.. apa yang bising-bising ni? Tahu kan ni pejabat. Malu staf dengar" Zuhairie muncul di muka pintu bersama kerutan di dahi. Baru sahaja dia mahu memarahi si adik kerana menimbulkan kekecohan, matanya menangkap susuk tubuh Fawwaz. Kalau tak silap, lelaki itu merupakan sepupu kepada isterinya, Ain Amani dan juga bisness partner syarikatnya.

"Abang aku dah ada di sini. Kau boleh batalkan kerjasama tu sekarang !" Andrea memandang sinis ke arah Fawwaz Amsyar.

"Apa adik cakap ni?" Soal Zuhairie dengan penuh tanda tanya. Dipandang wajah Fawwaz dan Andrea silih berganti.

"Saya nak kahwin dengan Andrea" kata Fawwaz yakin. Jelas kesungguhan terlakar di ruang matanya. Zuhairie hanya diam. Langsung tidak menjawab sama ada setuju atau tidak. Semua keputusan itu hanya berhak dijawab oleh Andrea.

"What ?!" Andrea tersentak. Dipandang wajah Fawwaz tidak percaya. Sah, lelaki ini memang salah makan ubat! Sepupu kau dah gila Ain Amani oiii...

•••••



Dia VampireWhere stories live. Discover now