Part 45 - Serang hendap

39.8K 1.9K 60
                                    

Fawwaz mengekori kereta Andrea dari belakang. Entah mengapa hatinya rasa tak sedap hati. Seperti ada perkara tidak diingini akan berlaku. Ditambah lagi dengan suasana malam yang gelap gelita.

Walaupun suasana di situ agak meriah dengan pengunjung yang ramai di tepi tasik, tapi hatinya tetap berasa gusar. Dia lihat Andrea turun dari kereta. Dia pasti Andrea tidak perasan akan kewujudannya di situ.

Fawwaz keluar dari perut kereta selepas meletakkan keretanya itu tidak jauh dari Audi milik Andrea. Dia lihat gadis itu duduk di bangku jauh dari orang ramai. Seperti mahu menenangkan fikiran. Mata gadis itu terpejam rapat. Fawwaz memerhati dari jauh. Dia tidak mahu Andrea terkejut dengan kehadirannya di situ.

Andrea membuka mata dan pantas menoleh ke belakang. Tiada apa pun di sana. Hanya liang liuk pokok menari-nari apabila ditiup angin malam. Entah mengapa dia rasakan seperti ada yang memerhati dirinya. Rasa takut dan seram menerpa ke dalam hati. Tambah-tambah pula dia seorang diri di situ. Terngiang-ngiang pesanan abangnya untuk tidak pulang lewat ke rumah. Risau jika musuh mereka menyerang hendap dari belakang. Andrea cepat-cepat berdiri dan melangkah dengan berhati-hati.

Hampir 10 minit Fawwaz memerhati Andrea tetapi tiada apa pun yang berlaku. Mungkin hanya mainan perasaannya sahaja. Dia lihat Andrea bangun kembali menuju ke kereta yang terletak di seberang jalan.

Tiba-tiba ada van hitam yang meluru laju ke arah Andrea. Gadis itu masih tidak menyedari perkara tersebut. Semakin dekat semakin laju van itu memecut. Dah tahu orang melintas perlahankanlah kenderaan tu.

Fawwaz berasa cemas. Di fikirannya hanya mahu Andrea selamat. Tanpa berfikir panjang dia pantas berlari ke arah Andrea. Tubuh kecil itu ditarik kuat hingga tubuh mereka bersatu. Van itu langsung tidak berhenti dan memecut terus laju pergi dari situ.

Orang gila ke yang bawak van tu? Atau dah tak tahan nak buang hajat? Okay husnuzon!

Fawwaz sempat membaca no plat kenderaan itu. No plat yang digunakan ialah dari negara luar. Orang ramai mula mengelilingi dia dan Andrea. Masing-masing bertanyakan keadaan Andrea yang diam dalam pelukannya. Dia tidak mahu Andrea berasa rimas dengan keadaan sekeliling.

"She's fine now. She is my wife" ujar Fawwaz. Dia terpaksa menipu supaya orang ramai tidak bertanya lebih lanjut. Orang ramai mula meninggalkan mereka berdua dan makukan aktiviti masing-masing.

"Are you okay Andrea?" Soal Fawwaz sambil memeluk erat tubuh yang mengeletar hebat itu. Dia tahu itu salah tapi dia tidak dapat buat apa-apa. Tambahan pula Andrea mencengkan kuat baju yang Fawwaz pakai. Jadi, memang tak boleh lepas. Pasti gadis itu mengalami trauma yang cukup dasyat.

"Sa-- saya takut" terketar-ketar bibir Andrea berkata. Air mata berderai jatuh. Wajah Andrea yabg disembam di dada bidang Fawwaz juga bertukar jadi pucat.

"Kau boleh drive sendiri? Kalau tak, aku hantar naik kereta aku" soal Fawwaz. Tangannya membelai lembut kepala Andrea. Salah satu cara untuk menenangkan gadis itu. Dia bukan mahu ambil kesempatan. Tetapi, dia TERPAKSA!!

Melihat tiada reaksi dari Andrea, Fawwaz terus bawa Andrea ke keretanya. Dia akan hantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat. Kereta gadis itu dia akan suruh pekerjanya hantar. Sepanjang perjalanan Andrea hanya diam membisu. Langsung tidak bersuara walau sepatah.

•••••

"Terima kasih selamatkan adik aku. Kalau tak ada kau, aku tak tahu apa yang akan jadi" ucap Zuhairie penuh ikhlas. Berita yang baru didengari amat mengejutkan. Dia memanjatkan rasa syukur kerana Allah hadirkan Fawwaz untuk menyelamatkan adiknya. 

Musuh yang sememangkan jahat mengalahkan syaitan ini sudah melampau. Dia sudah berani menyerang Andrea di tempat umum seperti itu. Apatah lagi Ain yang berseorangan di rumah. Semakin risau hatinya dengan keadaan sekarang.

"No problem. Aku cintakan Andrea dan aku tak nak jadi perkara buruk kat dia" Fawwaz meluahkan rasa yang terbuku di hati. Biarlah tiada rahsia antara dia dan Zuhairie. Lagipun, Zuhairie sudah menjadi suami kepada Ain merangkap sepupunya. Jadi, tak salah untuk mereka berkawan baik walaupun perbezaan umur mereka 2 tahun.

"Kalau boleh, aku nak kau jadi pelindung Andrea. Tapi, persetujuan Andrea perlu juga ambil kira. Aku tak boleh paksa dia untuk terima kau" ujar Zuhairie. Dia yakin Fawwaz Amsyar dapat menjaga adiknya dengan baik. Dia dapat lihat keikhlasan dalam mata lelaki itu.

"Tak apa. Aku sanggup tunggu untuk hati dia terbuka" kata-kata Fawwaz membuatkan Ain mahu tergelak. Sejak bila pandai berdrama ni? Dua lelaki itu memandangnya dengan wajah serius. Ingat lawak ke haaaa?! Dengan selamba Ain terus menukar riak wajah menjadi serius. Okey.... Serius Ain serius. Jangan gelak!

"Kau tak nak tidur sini? Lagipun dah lewat malam" Zuhairie mempelawa hormat. Tetamu yang hadir mesti dilayan dengan baik. Lagipun, lelaki ini ialah sepupu kepada isterinya.

"It's okay. Aku balik dulu" Fawwaz meminta diri untuk pulang. Andrea sudah lena tidur di atas setelah ditenangkan oleh Ain tadi.

"Drive carefully. Kirim salam pada paklong dan maklong" pesan Ain Amani ketika menghantar Fawwaz di muka pintu bersama Zuhairie.

"InsyaAllah" balas Fawwaz sebelum memasuki kereta. BMW miliknya bergerak perlahan menuju ke jalan raya. Rasa tenang hatinya melihat Andrea selamat sampai ke rumah.

•••••

Triple update malam ni 💗💗

Vote kena lebih 100 okayy gaisss

Muahhhh !!!

😘

Dia VampireWhere stories live. Discover now