Part 62 - Sweet

27K 1.5K 78
                                    

Arian berlari anak memeluk kaki Ain apabila melihat ibu buyung itu perlahan menuruni tangga. Sesaat kemudian, tubuh kecil Arian hilang dalam dakapan erat Ain Amani. Terdengar jeritan kecil Arian apabila Ain sengaja menggeletek tubuhnya.

Andry Zuhairie Risley di sebelah tersenyum senang. Rambut lurus Arian diusap perlahan. Comel dan handsome! Mungkin lebih mengikut iras wajah Abang Sharif iaitu suami kepada Kak Asya.

"Arian bila sampai? Acu tak dengar bunyi kereta pun" soal Ain ramah.

Arian ialah satu-satunya anak saudara yang dia ada. Aniq Wafri dan Kak Izzati masih belum dikurniakan cahaya mata. Belum rezeki kata mereka. Doa tak putus-putus supaya diberikan rezeki yang melimpah ruah kepada pasangan itu.

"Memang la tak dengar sebab Acu ada dalam bilik tadi" petah kanak-kanak berusia 6 tahun itu berkata-kata. Kemudian, pandangannya jatuh pada perut Ain yang membulat ke depan.

"Perut Acu dah besar la. Tak lama lagi Arian dapat adik la kan? Lelaki ke perempuan ni? Tak sabarnya nak dapat adik. Mama kedekut tak nak bagi adik kat Arian" bibir comel itu memuncung ke depan. Sudah banyak kali dia meminta pada mama untuk diberikan adik, tetapi masih belum dapat.

"Ha'ah. Lepas ni Arian kena jadi abang yang baik sebab Arian kena jaga dia. Arian nak adik lelaki ke perempuan?" Sengaja Ain menduga anak saudaranya itu.

Arian meletakkan jari di dagu. Seperti sedang berfikir mana satu pilihan hati. Bibirnya mengukir senyuman. Jawapan itu bermain di fikirannya.

"Mana-mana pon tak apa. Lelaki ke perempuan ke, Arian sayang macam adik Arian sendiri. Arian suka main dengan baby" Arian tersengih menampakkan giginya yang tersusun kemas.

Zuhairie yang sejak tadi mendengar perbualan Ain dan Arian, tersenyum nipis. Tubuh Arian diangkat dan didukungnya. Practise awal-awal supaya tak kekok dukung anak sendiri nanti. Nasib baik Arian ringan je.

"Baby ni mesti comel kan? Acu cantik dan Pacu handsome" matanya silih berganti memandang Zuhairie yang putih pucat dan Ain yang dilitupi selendang.

Ain ketawa kecil. Alahai kembang la tu kena puji. Matanya jatuh pada Zuhairie yang sedang membelai rambut Arian. Gaya seperti seorang bapa mithali.

Ain suka melihat Zuhairie dari sisi ini. Zuhairie yang penyayang dan romantik. Zuhairie yang dulu sudah lama tiada. Penculik, penjahat dan juga perogol. Kisah silam lama jangan diungkit. Andry Zuhairie Risley sudah lama berubah ke arah kebaikan. Diharapkan agar kebahagiaan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

•••••

Mata Ain Amani melorot pada Zuhairie yang sedang memetik beberapa jenis bunga yang ditanam oleh Puan Aisyah. Dia yang menyuruh Zuhairie petik bunga-bunga di situ. Nasib baik mamanya memahami perangai anak gadisnya yang seorang ini. Pantang nampak bunga mesti suruh orang petik.

Bakul rotan yang tergantung di lengan sasa lelaki itu membuatkan Ain mahu menghamburkan tawa. Badan nampak tough, tapi petik bunga macam mak nyah. Nasib baik la handsome, terpikat la jugak pada suaminya itu.

"Abang, meh sini" Ain menggamit Zuhairie yang asyik dengan bunga-bunganya. Pelbagai jenis warna bunga terdapat dalam bakul itu.

Bunga-bunga itu dia mahu jadikan crown seperti yang biasa dia lihat dalam photoshoot pengantin. Crown itu digayakan di atas kepala bagi menambahkan seri kewanitaan seseorang.

"Kejap sayang" Zuhairie menoleh sebentar memandang Ain sebelum kembali menatap bunga ros di hadapannya. Nak pilih mana satu ni? Semua cantik-cantik. Sayang pula nak petik. Ahh ambil ajelah. Terus gunting di tangan memotong dua kuntum bunga ros lalu diletakkan dalam bakul. Ok done !

Dia VampireWhere stories live. Discover now