Part 3 - Kawan baru

38.2K 2.1K 82
                                    

Kringggg.....!!

Deringan loceng yang panjang menandakan waktu rehat sudah tiba. Rakan sekelasnya yang lain berpusu- pusu keluar menuju ke kantin. Ain mengemas mejanya yang berselerak. Buku matematik tambahan disimpan kasar dalam laci. Subjek yang paling dia lemah. Keputusan peperiksaan kali ini bagi subjek itu amat mengecewakan. Dia gagal. Oh ! rasa bodohnya diri ini. Sempat lagi dia mengutuk diri sendiri.

Ain Amani bersiap sedia untuk pergi ke perpustakaan, mahu bertemu dengan budak misteri itu. Dengan cara itu sahaja dia dapat menenangkan hati walaupun tiada bicara yang keluar dari mulut itu. Pergerakannya terhenti apabila ada suara yang memanggil nama penuhnya.

Ain memandang ke hadapan. Kelihatan ketua pengawas atau nama sebenarnya Fawwaz Amsyar di muka pintu kelas sambil menayangkan muka selamba. Rakan kelas yang lain sudah memandangnya tajam. Tambah- tambah geng perempuan gedik atau lebih mesra di panggil 'Minah Toyol'. Manakan tidaknya, dahi dongga seluas alam. Ikutkan hati Ain, mahu saja dia melastik dahi licin itu. Biar ada benjol merah! Baru puas hati.

Bukannya dia tidak tahu yang Si Fawwaz ni ramai peminat. Dari pelajar form 1 sampai form 5, semua minat kepadanya. Tapi tidak bagi Ain Amani. Mamat longkang tu hanyalah pembawa bencana yang paling besar dalam hidupnya. Sedikit pon tidak kisah dengan gelaran 'pengawas hot' itu.

"Apa?" Balas Ain kasar. Mamat ni kalau tak kacau hidup aku memang tak sah !

"Pengetua nak jumpa kat pejabat. Sekarang!" Fawwaz Amsyar berkata garang. Maklumlah ketua pengawas. Dia merenung Ain tajam.

Ain tarik nafas perlahan. Liur ditelan payah. Gulp! Ni mesti kes aku gagal Addmath. Ohhh shit! Gerun pulak rasa dihati. Tangannya menggigil perlahan.

Ain melangkah keluar dari kelas. Tidak langsung mempedulikan mata yang memandang. Ketika dia melalui lelaki itu, ada mulut busuk yang berbisik. Siapa lagi kalau tak bukan mamat sewel ni. Sabar jelah duhai hati.

"Kalau dah bodoh tu masuk jelah kelas belakang. Tak payah nak ambik subjek susah" Ada ketawa mengejek di hujung suara itu diikuti oleh gelak jahat rakan-rakannya.

Ain mengabaikan kata- kata itu. Mentang- mentang dia pandai addmath, senang- senang jer nak perlekeh orang. Kau tunggu Fawwaz. Ada masa nanti aku balas balik. Tak hidung mancung kau tu hilang, kepala kau jadi mangsa, Ain mengomel dalam hati. Kakinya melangkah pantas menuju ke pejabat pentadbiran sekolah.

Ketika dia melalui kelas 5A, dia bertembung dengan budak misteri itu. Mata mereka berpandangan antara satu sama lain. Namun, tiada patah perkataan yang keluar dari mulut masing- masing.

•••••

Ain Amani melangkah masuk dengan ucapan salam. Berdegup kencang jantungnya ketika itu. Berdepan dengan pengetua garang. Mahunya tak takut. Dia menenangkan diri sendiri. Cuba berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.

"Ain... Apa ni?" Kata Tan Sri Rashdan keras aka pengetua sekolah itu. Pelajar yang menunduk di hadapannya direnung. Kertas peperiksaan mata pelajaran Addmath diletakkan atas mejanya.

"Apa..." Dalam diam Ain masih lagi mahu melawan. Matanya memandang pengetua tersebut.

"Ain dah jatuhkan gred sekolah tahu tak. Addmath ni, macam mana boleh fail? Kelas tambahan semua cikgu dah buat kenapa tak boleh dapat result yang baik. Pak Long tak nak pelajar yang menjatuhkan gred. Ain tahu kan sekolah kita ni sekolah yang berprestij" Tan Sri Rashdan mula membebel. Dia tidak boleh terima akan kegagalan ini. Dia mahu sekolah ini menjadi sekolah yang diiktiraf dan dibanggakan di Malaysia. Malah, banyak program yang diadakan dengan kerjasama sekolah - sekolah luar negara.

Dia VampireWhere stories live. Discover now