Part 67 - Tangisan

23.9K 1.3K 71
                                    

MUSIC ON !

•••••

Kawasan perkuburan itu sunyi sepi sekali. Suasana hiba menyelubunyi kawasan itu. Hanya kedengaran bacaan surah yang menjadi bekalan buat si mati.

Surah Yasin yang selesai dibaca, dicium lembut. Kemudian, diikuti pula surah-surah pendek dan al-Fatihah. Berdoa agar roh itu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Fawwaz memandang wajah Andrea sekilas. Jelas kesayuan dan kesedihan terlakar pada air mukanya. Siapa tak sedih dengan kehilangan orang tersayang. Ditambah pula dengan kematian yang tidak terduga ini.

"Jom kita balik.." ujar Fawwaz lembut.

Andrea hanya mengangguk. Kemudian, dia bangun dari tikar. Dipandang kubur itu dengan perasaan sayu. Angin sepoi mengibar-ngibar selendang hitam yang tersemat di atas kepala. Jubah yang tersarung di badan dibetulkan sebelum mereka bersama-sama berjalan keluar dari tanah perkuburan itu menuju ke kereta.

Fawwaz Amsyar merenung kawasan perkuburan itu buat kali terakhir. Insan istimewa itu pergi menghadap ilahi setelah tidak berjaya diselamatkan. Sungguh dia kesal dan ralat. Dia terlambat untuk menyelamatkan orang yang penting dalam hidup Andrea.

Sampai sahaja di kereta Audi, pintu dibuka mereka memboloskan diri ke dalam. Dia mengambil tempat di bahagian pemandu, manakala Andrea berada di sebelah.

"Dah selesai?" Soal seseorang dari tempat duduk belakang. Bayi yang berada dalam gendongan, tidur lena selepas diberi susu.

Andrea mengangguk perlahan sambil memandang wajah sahabatnya yang berada di bahagian belakang. Wajah itu jelas tidak bermaya. Pucat wajah itu kerana tidak cukup tidur. Menunjukkan bahawa keadaan gadis itu tidak terurus.

Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut. Mata tak lari dari melihat pusara kecil itu. Dia tidak dapat bersama dengan Andrea dan Fawwaz tadi kerana anak perempuannya merengek mahukan susu.

Di kala dia sedang diuji, Allah menghantarnya hadiah yang amat berharga bagi mengubat rindu terhadap Zuhairie. Ya... Dia mengandungkan sepasang kembar -- lelaki dan perempuan. Tanpa pengetahuan dia dan Zuhairie.

Ain tunduk memandang Aisha Zaura Rislea, si kakak kembar. Seorang lagi anak lelakinya tidak berjaya diselamatkan kerana mengalami komplikasi kesihatan akibat perbuatan Raymond. Meninggal dunia selepas beberapa minit menjengah dunia yang penuh kekejaman ini.

Ain mengusap pipi montel anaknya. Muka bayi perempuan itu saling tak tumpah seperti Zuhairie. Kening, hidung dan mulut, lebih mengikut genetik si bapa. Rambut nipis warna keperangan itu dielus lembut.

Fikirannya menerawang mengingati kembali peristiwa yang berlaku tiga bulan lepas. Sejak kebelakangan ini, termenung menjadi hobi utamanya. Kehilangan Andry Zuhairie Risley memberi impak yang sangat besar terhadap dirinya.

Ketika nyawa berada di penghujung, Allah menghantar seseorang untuk membantu. Fawwaz Amsyar tiba pada masanya. Dua das tembakan tepat mengena di bahagian kepala Raymond Risley -- menyebabkan dia mati di tempat kejadian. Manakala Randy masih bebas di luar sana.

Dan ketika itu juga sakit di bahagian perut menyerang. Air ketuban pecah di situ juga. Dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

Baru dia tahu, Fawwaz sudah lama menyiasat tentang van yang nyaris melanggar Andrea beberapa bulan lalu. Ini membawa kepada perjumpaan markas Raymond Risley di tengah hutan.

Namun malang sekali, selepas Ain selamat melahirkan anaknya. Dia dikejutkan dengan berita yang membuatkan hatinya hancur lebur. Zuhairie hilang tanpa dapat dijejaki !

Dia VampireWhere stories live. Discover now