Part 23 - Sarapan

41.7K 1.9K 15
                                    

Andry Zuhairie membuka pintu bilik perlahan-lahan. Bilik masih lagi cerah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12.15 malam. Aikk tak tidur lagi ke perempuan ni. Brifecase diletakkan di atas sofa. Tali leher ditanggalkan dengan sebelah tangan

Matanya memandang atas katil, tiada pula kelibat isterinya di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matanya memandang atas katil, tiada pula kelibat isterinya di situ. Mahu kata lari keluar, elok sahaja dia buka kunci bilik itu tadi. Mustahil Ain Amani berada di luar bilik.

Baru sahaja mahu memanggil nama itu, anak mata hazelnya terpaku pada susuk tubuh yang tidur bersama telekung di atas lantai berlapikkan kain sejadah.

Segera kaki melangkah mendekati isterinya. Ada katil nak tidur atas lantai. Zuhairie membebel dalam hati. Tubuh kecil Ain Amani diangkat dan diletakkan perlahan-lahan di atas katil. Sungguh nyenyak isterinya tidur hingga tidak perasan dirinya dicempung. Dengkuran halus Ain bagaikan menariknya untuk terus menatap wajah polos itu.

Lama dia menatap wajah Ain. Dia bagaikan baru tersedar dartli lamunan, pantas menjarakkan diri dan kemudian berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Zuhairie kembali semula ke katil selepas lengkap berpakaian t shirt dan seluar trek. Melihat Ain yang tidur dengan memakai telekung, dia berasa rimas. Lantas jari jemari bergerak ingin menanggalkan telekung itu.

Tiba- tiba, badan Ain bergerak kecil. Mungkin kerana ada sesuatu yang menganggu tidurnya. Kelopak mata itu terbuka perlahan-lahan.

"A.. awak nak buat apa? Jangan.. jangan sentuh saya" kata Ain sedikit terkejut. Manakan tidak, buka sahaja mata, wajah Zuhairie hanya sejengkal dari wajahnya. Selimut ditarik menutupi hingga ke bahu. Digenggam erat selimut itu supaya tidak tertanggal.

Andry Zuhairie menjeling tajam. Langsung tidak bersuara. Dia membaringkan tubuh di sisi Ain di atas katil. Tempat selalu dia tidur jika Ain Amani tidak sedarkan diri. Matanya dipejam rapat dan tangan kanan dijadikan sebagai alas kepala.

"Tidurlah. Aku tak makan kau pon" dingin Zuhairie bersuara apabila sedar Ain masih lagi duduk memeluk selimut sambil memandang ke arahnya dengan takut. Matanya masih lagi terpejam.

Ain membaringkan tubuh dengan perlahan- lahan. Dia sedaya upaya menjarakkan tubuh dengan Zuhairie. Dia berada di hujung katil. Sikit lagi mahu jatuh ke bawah.

Zuhairie membuka mata dan memandang ke arah isterinya. Dengan sekali tarikan, Ain sudah berada dalam dakapan. Tanpa menunggu lama, Ain terus meronta dan menjerit perlahan untuk dilepaskan. Trauma dengan suami sendiri.

"Diam dan tidur kalau kau tak nak aku gigit kau malam ni" ugut Zuhairie tegas. Dengar suara pun dah macam komander askar. Siapa je yang tak takut dengar. Tubuh Ain berhenti meronta apabila mendengar ugutan lelaki itu. Mata cuba dipejamkan dan akhirnya dia tertidur juga.

Di sudut hati, dia berasa selamat berada dalam dakapan Zuhairie. Entah la, walaupun lelaki itu sendiri yang menculiknya. Pelik tapi benar. Itulah yang dia rasakan sekarang.

•••••

Ain melipat telekung dengan kemas dan terus disidai di ampaian. Dia perasan suaminya tidak pernah melakukan ibadah wajib itu. Dia hanya menyedapkan hati, mungkin lelaki itu solat di tempat lain. Arah kiblat inipun nasib baik Nick yang bagitahu. Tunggu Zuhairie tunjuk? Emm memang tak la.

Dia tidak berani untuk menegur. Takut jika dipukul atau dibelasah. Namun, dia hanya berdoa supaya dilembutkan hati suaminya walaupun lelaki itu seorang penculik kepada dirinya.

"Turun bawah. Buat sarapan untuk aku!" Tegas suara dari arah belakangnya. Tidak perlu menoleh, dia sudah tahu gerangannya.

Ain masih kaku di tempat dia berdiri. Terkulat mendengar arahan si suami. Turun bawah? Selama ini dia selalu dikurung dalam bilik. Dia tidak tahu arah untuk ke ruangan lain. Sesat nanti tak ke naya. Dah la rumah besar macam istana.

"Pukul 8.30 makanan atas meja. Tak ada, kau siap!" Sambung Zuhairie lagi memberi amaran. Kemudian, dia terus keluar dari bilik. Mahu menjengah para pekerja di bawah. Terusik sedikit hatinya melihat Ain bersolat. Terasa terlalu kerdil diri ini. Malu di hadapan Allah dan juga isterinya.

•••••

"Benda apa kau masak ni ?!" Marah Zuhairie apabila melihat makanan yang terhidang di atas meja. Telur dadar dan roti kosong. Apa pun tak ada. Hilang seleranya hendak bersarapan.

"Ba.. bahan tak ada" jawab Ain ringkas. Matanya tidak berani menatap wajah menyinga suaminya. Rasa seperti menunggu masa untuk hukuman mati dijatuhkan. Ini yang membuatkan dia mahu lari sekali lain. Tunggu masa yang sesuai sahaja.

Andry Zuhairie Risley terdiam. Dia melihat sekeliling. Ruang dapur yang besar dan mewah, namun barangan kering langsung tak ada. Periuk pun ada satu iaitu yang digunakan Ain untuk menggoreng telur.

Zuhairie menarik kerusi. Dijamah juga telur dan roti itu kerana perut berkeroncang lapar. Ain hanya memerhati tingkah lelaki itu. Hatinya sedikit terusik. Terharu kerana Zuhairie menjamah masakannya walaupun jelas kerutan di dahi ketika menelan makanan itu.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now