Part 53 - Pergi pejabat

35.4K 1.6K 277
                                    

"Sayang teman bie pergi pejabat" pinta Zuhairie tiba-tiba. Dia merangkul pinggang Ain erat. Perut Ain nampak besar walaupun baru berusia 4 bulan. Mungkin kerana tubuh badan Ain yang kecil, lebih menampakkan perut yang besar. Isterinya itu sibuk menyimpul ikatan tali lehernya.

"Kenapa? Bie kan kena kerja. Nanti sayang ganggu bie pula" kata Ain. Dia membetulkan tali leher Zuhairie supaya nampak lebih kemas.

"I need you by my side. Please !" Zuhairie tayang muka comel. Aduh! Ni yang Ain lemah. Dah la handsome. Sengaja kan buat muka comel tu. Buat aku cair aje.

"Yelah.. tunggu 5 minit" Ain meminta izin sebelum bergerak ke almari untuk menukar baju. Zuhairie hanya memandang bersama senyuman manis di bibir.

•••••

Ain Amani bangun dari sofa panjang itu. Puas dia baring tapi tetap rasa bosan. Zuhairie pula sibuk menyiapkan kerja di meja yang penuh dengan fail itu. Pejabat besar itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Dia mahu buka televisyen tetapi risau jika menganggu kontrensasi suaminya untuk bekerja.

Dia bangun dari sofa. Berjalan perlahan menuju ke sudut bilik itu. Ada banyak frame gambar tergantung di situ. Apa yang menarik perhatiannya ialah satu frame yang agak besar seperti gambar keluarga.

Seorang ibu dan ayah serta dua orang anak remaja. Dan dia yakin itu ialah gambar keluarga Zuhairie. Gadis kecil bertocang dua itu semestinya Andrea dan remaja lelaki yang berdiri di sebelah Puan Marina pasti Zuhairie. Muka lelaki itu langsung tiada senyuman. Dia hanya mempamerkan riak serius dan dingin. Dari kecil sampai besar tetap seram.

Richard Risley

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Richard Risley

Dia menilik wajah bapa suaminya itu pula. Lelaki itu tidak pernah dia lihat. Ini kali pertama dia menatap wajah itu. Wajah asli orang England. Dengan rambut sedikit keperangan dan kulit putih melepak. Kacak! Mesti Zuhairie ikut genetik bapa dia. Andrea pon cantik jugak!

Mata Ain memandang gambar yang lain pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Ain memandang gambar yang lain pula. Ada gambar Zuhairie dan Andrea bersama ibu bapa tercinta ketika musim salji. Zuhairie nampak sangat gembira ketika itu. Senyuman manis yang menggambarkan peristiwa pahit itu belum berlaku. Tawa riang yang terlakar dalam gambar menunjukkan bahawa belum berlakunya sumpahan ke atas diri Zuhairie.

Dia VampireWhere stories live. Discover now