Part 18 - Malam pertama

55.3K 2K 42
                                    

Mata merenung kepekatan malam yang dikelilingi hutan itu. Bulan yang berwarna merah dipandang. Baru dia teringat, malam ini ialah hari terjadinya fenomena super blood blue moon.

Jauh dia mengelamun menyesali nasib diri. Bukan ini yang dipintanya. Dia tidak menyangka ini yang akan berlaku. Dan sekarang, dia terkurung di dalam sebuah ikatan perkahwinan. Dia tidak mengenali siapa lelaki yang dinikahinya. Dia hanya mengetahui lelaki itu ialah abang kepada Andrea, si gadis misteri.

Ain Amani turun dari kereta yang dipandu Andry Zuhairie Risley di sebelahnya. Baru dia tahu nama penuh si suami. Nama lebih kurang seperti Andrea. Dari tadi lelaki itu hanya diam selepas selamat diijab kabulkan. Dia sendiri tidak faham, kenapa perlu culik? Kenapa tidak dihantar rombongan meminang kepada mama dan papa? Kenapa buat dirinya seperti tunggul yang tiada perasaan? Bertambah benci, takut serta gerun kepada lelaki yang merangkap suami sahnya.

Baru sahaja Ain mahu melangkah, terasa satu cengkaman di lengannya. Lebam di lengan semalam pun masih belum hilang, ditambah lagi dengan pautan erat di tempat yang sama.

"Lepas la.. saya boleh jalan sendiri" kata Ain sambil cuba merungkaikan pautan pada lengannya. Muka dingin si suami dipandang.

Tanpa membalas kata- kata Ain, Zuhairie terus menarik tubuh kecil itu masuk menuju ke biliknya yang berada di tingkat paling atas.

Malam ini, hanya mereka berdua yang berada di rumah itu. Orang suruhannya diberi cuti dan Mak Yam juga diberi keizinan untuk pulang ke kampung. Dia tidak mahu sesiapa menganggunya malam ini.

Tubuh Ain ditolak kasar masuk ke dalam biliknya yang serba mewah. Pintu bilik dikunci rapat. Tidak mahu Ain Amani lari dari situ.

Pantas Ain mengorak langkah menjauhi Zuhairie yang nampak lebih tenaga dari biasa. Bibir lelaki itu kemerahan dan wajah keputihan suaminya jelas menakutkan.

Mata lelaki itu mencerlung tajam memandang wajah Ain yang ketakutan. Dia rasakan seperti berhadapan dengan seorang perogol bersiri.

Tubuh kecilnya dicempung menuju ke katil. Puas dia meronta namun tidak berjaya. Ain menjerit kecil apabila Zuhairie melempar tubuhnya di atas katil. Ain berundur ke kepala katil apabila Zuhairie menghampiri.

Sebelah tangan lelaki itu membuka butang baju satu persatu dan dilemparkan baju ke atas lantai. Lelaki itu merangkak ke atas katil mendekatinya.

Dia terjerit kecil apabila Zuhairie menarik kakinya sehingga dia terbaring di katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia terjerit kecil apabila Zuhairie menarik kakinya sehingga dia terbaring di katil. Tubuhnya ditindih oleh lelaki vampire merangkap suaminya.

Tudung yang dipakai direntap kasar oleh jemari lelaki itu. Baju yang dipakainya juga dikoyak dengan kuat. Bibir Zuhairie bermain di lehernya. Tangannya yang memukul dada bidang Zuhairie ditelentangkan di atas katil. Dia tidak berdaya hendak melawan.

"Tolong jangan.. jangan buat saya macam ni" Ain merayu namun nafsu lebih menguasai diri suaminya. Teringat kata kata Andrea petang tadi. Maknanya, malam ini Zuhairie memerlukan darahnya? Perasaan takut semakin menguasai diri.

Zuhairie menerkam Ain yang berhadapan dengannya. Ain cuba melepaskan dirinya tapi cengkaman Zuhairie amat kuat. Bagaikan singa lapar dia menerpa Ain.

Ain Amani mula menangis melihat Zuhairie yang sudah hilang pertimbangan. Wajah Zuhairie saat ini amat menakutkan. Rontaan Ain pada Zuhairie sedangkan lelaki itu terus mencumbui Ain dengan buas dan rakus. Ain menangis teresak-esak. Jijik benar rasa hatinya.

Tiba tiba terasa satu kesakitan yang menyucuk di leher. Ain menangis semahu-mahunya. Bibirnya meminta rayuan untuk dilepaskan tetapi tidak pernah dipeduli oleh Zuhairie. Zuhairie bagaikan dirasuk setan langsung tidak punya belas kasihan.

•••••




Dia VampireWhere stories live. Discover now