Part 72 - Siapakah ?!

25.3K 1.3K 99
                                    

Andry Zuhairie Risley memandang sayu kubur yang berada di hadapannya. Ditahan juga air mata dari menitis.

Nama yang terukir di batu nisan itu menjadi bukti bahawa ibunya telah pergi menghadap ilahi. Buat selamanya ! Tarikh yang terukir membuatkan dia tergamam seketika.

Sebelum melawat kubur arwah Puan Marina, Ain ada membawanya menziarahi satu kubur kecil. Kata gadis itu, kubur kecil itu merupakan kubur anak mereka. Perasaannya jadi campur baur. Ada sedikit perasaan sebak bertamu di hati.

Kenapa dia tak ingat semua ini? Apa sebenarnya yang telah terjadi?

Apa yang dikatakan Andrea benar belaka. Namun, masih banyak persoalan bermain di minda.

Terutamanya tentang Ain Amani dan bayi kecil itu.

Matahari senja yang akan melabuhkan tirainya sebentar saja lagi memaksanya untuk beransur pulang ke rumah. Ikutkan hati, dia mahu berlama di situ hingga ke malam. Kerana waktu-waktu sebegitu merupakan masa sesuai untuk dia berkeliaran.

•••••

"Bapak aku yang bunuh mak kau. Dalam hutan. Ketika tu mak kau dalam perjalanan balik ke rumah" cerita Randy satu persatu. Semua kisah yang tersimpan selama ini terungkai juga.

"Kematian dibalas kematian. Bapak aku dah mati. Mungkin kau tak ingat, tapi itulah perkara sebenar yang berlaku" sambungnya lagi. Kaki disilangkan di atas sofa. Manakala tangan didepangkan, menunjukkan reaksi tidak bersalah.

Andrea menggenggam penumbuk. Membuak-buak rasa marahnya setelah mengetahui semua itu. Namun, disabarkan saja hati.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku sebelum ni? Kau cakap ibu aku hilang, adik aku lari ! Apa semua ni?!" Zuhairie mencerlung tajam memandang sepupunya itu. Orang yang dia percaya selama ini, sanggup menipunya.

Wajah Zuhairie semakin merah melihat Randy hanya tersenyum sinis. Gigi diketap kuat. Ikutkan hati, mahu saja dia layangkan penumbuk di wajah kacak itu.

"Silap aku. Aku mengaku aku jahat, aku dengki dengan kau. Aku cemburu dengan kau" balas Randy tanpa perasaan. Jiwanya kosong. Hatinya mati.

Pandangannya jatuh pada Zaura yang sedang tidur di ribaan Ain Amani.

"Bayi tu anak kau, Aisha Zaura Rislea. Bukti, nama keturunan keluarga kau. Sepatutnya kembar, tapi seorang saja yang selamat. Bapak aku yang bunuh bayi tu masa dalam kandungan. Aku saksi kejadian. Tapi, aku tak halang"

Tiba-tiba Randy bangun dari sofa. Berkira-kira mahu meninggalkan tempat itu.

Suasana di ruang tamu rumah mewah itu sunyi sepi. Hanya sedengaran bunyi langkah Randy menuju ke tangga.

Di pertengahan jalan, langkahnya terhenti seketika. Tanpa menoleh belakang, dia sempat mengatakan sesuatu.

"Oh ya.. sebelum tu, perempuan tu memang isteri kau"

Randy terus berlalu menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Seperti biasa dia hanya beriak kosong.

•••••


Daun pintu bilik itu ditutup rapat. Kemudian, dia mengunci pintu itu dari dalam. Langkah diatur satu persatu menuju ke katil. Sebiji seperti gaya seorang perogol bersiri. Samar cahaya lampu tidur membolehkan dia menilik tubuh wanita itu.

'Seksi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Seksi ...'

Bisiknya dalam hati.

Wanita itu menggenakan gaun tidur warna krim paras lutut, membuatkan gelora nafsunya berkocak hebat. Ditambah pula, gaun tanpa lengan itu bertali halus menampakkan bahagian dada gebu itu.

Mata beralih pada Zaura yang sedang tidur lena di katil bayi. Tidak jauh dari katil bersaiz king itu.

Dia tersenyum sinis. Pandangannya jatuh semula pada Ain Amani yang sedang lena. Perlahan-lahan tubuh dibawa mendekati wanita itu. Haruman tubuh itu membuatkan dia mahu bertindak lebih ganas.

Dia tidak naik ke atas katil sebaliknya, mengusap lembut betis gebu yang terdedah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia tidak naik ke atas katil sebaliknya, mengusap lembut betis gebu yang terdedah itu.

Tangannya mula naik ke atas..

Atas ..

Meraba setiap inci kulit mulus itu

Ain menggerakkan badannya apabila terasa ada sesuatu sedang bermain di dalam kain. Seakan-akan mengganggu lenanya yang nyenyak tadi.

Perlahan-lahan mata dibuka ..

Terbutang matanya melihat susuk tubuh seorang lelaki di dalam bilik itu. Hilang terus rasa mengantuknya sebentar tadi. Dia tidak dapat mengecam wajah itu kerana cahaya lampu membelakangi tubuh lelaki itu.

"Arhhhh !!!" Ain menjerit kuat. Tetapi, tangan lelaki itu pantas menekup mulutnya. Dia meronta kuat untuk melepaskan diri.

'Siapa lelaki ini? Suaranya seakan-akan seperti. Ran ---'

Tiba-tiba, tubuh Ain dihempap oleh lelaki itu.

"Cantik tubuh badan kau" puji lelaki itu. Tekupan di mulut masih belum dilepaskan.

Jarinya mengusap lembut pipi Ain Amani. Mata tajam tak lepas memandang pandangan takut gadis itu.

Hidungnya bermain di leher jinjang milik Ain Amani. Dihidu dalam-dalam haruman itu.

"Wangi... I like it"

Ain memejamkan mata. Sesak rasa dadanya ketika ini. Air mata mula bertakung di tubir mata. Menunggu masa empangan pecah sahaja.

'Mana Zuhairie ?! Selamatkan aku Ya Allah !'

Doa Ain Amani dalam hati. Pelbagai perkara bermain di minda. Wajah Zuhairie bermain di pandangan mata. Teringat kata-kata Randy ketika dia dijadikan tahanan beberapa bulan lalu.

Tak lain tak bukan lelaki itu ! Dasar perangai syaitan ! Tak sangka dia akan dirogol di dalam bilik sendiri.

Kali terakhir dia lihat Zuhairie ialah ketika di ruang tamu rumah tadi, semasa perbincangan. Lepas itu, lesap entah ke mana.

Menyesal dia mengenakan pakaian ini. Pasa asalnya, dia mahu bersiap untuk Zuhairie, alih-alih perkara lain yang berlaku.

Lelaki itu mula menjamah lehernya rakus. Rasa sakit digigit membuatkan air mata Ain jatuh membasahi bantal.

Mahu saja dia melawan, tetapi apa sangatlah kudratnya sebagai wanita.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now