Part 35 - Pertemuan keluarga

38.9K 1.9K 53
                                    

"Ain.. bangun"

Suara Zuhairie kedengaran di telinga Ain Amani. Tidurnya terganggu. Kacau betul la mamat ni. Berkerut dahi Ain menahan silau matahari yang memancar masuk ke dalam mata.

"Kita kat mana ni?" Soal Ain. Mata yang masih mengantuk digosok perlahan. Tadi, selepas Zuhairie mengatakan dia mahu menjual Ain, terus gadis itu merajuk. Tak nak bercakap walau sepatah hingga tidak sedar bila dia tertidur. Wajah juga dipaling membelakangi suaminya.

Ain membuang pandang ke luar. Dia berada di kawasan perumahan mewah. Macam kenal la rumah ni. Tapi, rumah siapa erk? Otaknya lambat berfungsi kerana baru sahaja bangun dari tidur. Seketika kemudian, sepasang suami isteri keluar dari rumah itu membuatkan Ain membeliakkan biji mata. Dia terus keluar dari kereta. Ya Allah !

"Ma... Mama !! Papa !!" Ain berlari ke arah Tuan Azhari dan Puan Aisyah. Tubuh mama dan papanya dipeluk erat. Melepaskan semua rasa rindu yang semakin menebal setiap hari. Rasa sebak yang menguasai diri ditahan. Namun dia gagal. Air mata turun juga membasahi pipi.

"Anak mama!!" Puan Aisyah menjerit teruja. Beberapa saat kemudian, Ain Amani sudah tenggelam dalam pelukannya. Tubuh itu dipeluk erat. Berkali-kali dia mencium dahi Ain Amani. Rasa tidak percaya melihat anaknya itu di hadapan mata setelah berbulan-bulan hilang tanpa ada sebarang berita.

"Adik sihat, sayang?" Kata Puan Aisyah menahan tangis dalam hati. Anak perempuannya sudah kembali ke pangkuan mereka.

"Adik sihat.... Mama dengan papa sihat?" Ain memandang mama dan papanya silih berganti. Insan yang paling di rindui sejak tinggal bersama Zuhairie.

"Kami semua di sini sihat" giliran Tuan Azhari pula berkata. Kepala anak perempuannya itu diusap perlahan. Dihadiahkan kucupan hangat di dahi Ain Amani.

"Adik rindu mama. Rindu sangat-sangat" luah Ain Amani tanpa segan silu. Cecair panas Puan Aisyah mula mengalir keluar dari mata. Dari tadi dia cuba menahan sebak di dada. Namun gagal.

"Papa, mama, abang dan kakak rindukan adik. Setiap malam kami doa agar adik selamat. Jauh dari perkara yang tak diingini supaya kami boleh jumpa adik dalam dunia ni. Sekarang, doa kami semua sudah dimakbulkan. Adik selamat pulang ke pangkuan kami semula" Tuan Azhari menjawab bagi pihak isterinya apabila melihat wanita itu tidak mampu berkata-kata.

"Papa mama... Adik minta maaf. Adik tak berniat nak buat mama dengan papa risau. Adik kena ..." Kata-kata Ain Amani dipotong laju oleh Tuan Azhari. Yang lepas biarlah lepas. Yang penting Ain Amani selamat kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.

"Dah la sayang. Mama dengan papa dah tahu semuanya. Zuhairie dah mengaku dan ceritakan segalanya kepada kami" kata Tuan Azhari. Dia cuba menenangkan isterinya yang sudah basah dengan air mata.

Ain Amani menoleh memandang Zuhairie yang berada di sisi. Air mata yang sejak tadi tumpah, semakin lebat menuruni pipi. Dia tidak perasan sejak bila Zuhairie berada di sebelah. Melihat Zuhairie yang tersenyum kecil, membuatkan dia tenang.

"Mari masuk .. mama rindu nak peluk adik macam selalu" kata Puan Aisyah. Tangan Ain ditarik untuk masuk ke dalam rumah. Terlupa sekejap tentang Zuhairie kerana terlalu teruja bertemu dengan Ain Amani.

Bersyukur dia melihat keadaan Ain sekarang. Langsung tiada kesan cedera atau kesan pukul. Dalam hatinya, dia berasa yakin dengan kehadiran Andry Zuhairie Risley dalam keluarga mereka. Walaupun perkahwinan itu tidak dimaklumkan kepada mereka.

Melihat lelaki itu berpaling untuk ke kereta, pantas Ain memaut erat lengan Zuhairie. Entah mengapa di sudut hati, dia merasakan Zuhairie akan pergi meninggalkannya.

"Awak nak ke mana?" Soal Ain naif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak nak ke mana?" Soal Ain naif. Pegangan erat itu membuatkan langkah Zuhairie terhenti.

"Ambil barang dalam kereta" Jawab Zuhairie ringkas. Ain menghembuskan nafas lega dan mengangguk perlahan. Sekurang-kurangnya Zuhairie tidak pergi meninggalkan dirinya. Lengan Zuhairie dilepaskan perlahan dan lelaki itu terus melangkah ke kereta. Beg pakaian milik Ain dan beg galasnya dibawa masuk ke dalam rumah.

•••••

Aniq Wafri mendekati susuk tubuh yang bersandar di bangku luar rumah. Dia memandang Zuhairie yang sedang merenung kepekatan malam. Hanya jasad sahaja yang berada di situ tetapi fikiran entah pergi ke mana. Lelaki itu seperti berada di dunianya sendiri.

"Terima kasih sebab jaga adik aku" ujar Aniq tiba-tiba. Dia berdiri di sebelah Zuhairie. Tangan memeluk tubuh dan dia turut memandang jauh ke hadapan.

Zuhairie kelihatan tersentak. Mungkin tidak menyangka ada orang di situ. Dan orang itu ialah abang ipar sendiri.

"Aku pun ada adik perempuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku pun ada adik perempuan. And aku faham perasaan seorang abang kalau maruah adik yang dia sayang dipijak-pijak oleh manusia bergelar lelaki" ujar Zuhairie tenang. Aniq Wafri mengangguk perlahan sebelum melabuhkan punggung di sebelah Zuhairie atas bangku.

"Aku yakin kau boleh jaga adik aku walaupun aku tak tahu latar belakang kehidupan kau. Mungkin adik aku lebih kenal kau" ikhlas Aniq berkata. Lelaki di sebelahnya sudah bergelar suami kepada Ain Amani. Dan itu bermakna lelaki itu bertanggungjawab ke atas adiknya.

"Aku minta maaf sebab culik adik kau. Aku suka dia dari dulu lagi. Sejak pertama kali dia melangkah ke rumah aku sebagai kawan kepada Andrea"

Zuhairie mengimbas kembali saat dia memandang Ain Amani pertama kali. Hatinya terpaut pada gadis itu. Namun, dengan keadaan dirinya ketika itu membuatkan dia tidak yakin untuk meluahkan rasa di hati.

Selama bertahun- tahun dia tidak menatap wajah itu dan memendam rasa sehinggalah mereka bersua kembali semasa Ain Amani memberhentikan kereta di kaki bukit. Tambahan pula, Andrea bertemu semula dengan Ain Amani dan peristiwa itu membawa kepada kes penculikan Ain Amani.

"Aku pun minta maaf. Tak sengaja tumbuk kau hari tu" Aniq Wafri tersenggih. Perasaan marah yang menguasai diri membuatkan dia tidak dapat mengawal diri.

"Tak sengaja ?! Sampai lebam bibir aku kau buat. Lagi kata tak sengaja" Zuhairie menjeling tajam. Hanya seminit sahaja mereka boleh beramah mesra. Itulah lelaki !

"Elleh. Sikit jer pun. Mengada lebih. Lagipun mesti adik aku yang tolong ubatkan, kan...?" Aniq Wafri mengusik nakal.

Zuhairie tersenyum sendiri dan memalingkan wajah ke arah lain. Suasana menjadi sepi semula. Masing-masing tiada topik untuk dibualkan.

"Satu aje aku mintak dari kau. Tolong lindungi dan sayangi dia macam mana kau nak orang lain sayang dan lindungi adik kau, Andrea" ujar Aniq Wafri tegas. Suasana menjadi serius semula.

"InsyaAllah. Selagi nyawa aku masih ada, aku akan jaga dia macam nyawa aku sendiri" Zuhairie mengangkat kata janji. Bukan sekadar janji di mulut, tetapi turut bersumpah dalam hati.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now