Part 9 - Geng gedik

31K 1.8K 59
                                    

Andrea yang berkemas untuk pulang terkejut apabila Shaa iaitu ketua geng 'Minah Toyol' menolak bahunya.

"Woi Andrea.." kata Shaa kasar.

Andrea tidak mengendahkan mereka. Dia cepat- cepat mmemasukkan buku ke dalam beg. Geng 'Minah Toyol' hanya memerhati tingkah Andrea. Selesai sahaja urusannya, dia terus melangkah ke pintu kelas untuk pulang. Tetapi, malang kerana pintu kelas dihalang oleh tiga orang rakan Shaa iaitu Olivia, Elina dan Fariha yang sedang tersenyum mengejek memandang Andrea.

"Kau ingat aku tunggul kayu kat sini?" Kata Shaa lagi. Tangannya memeluk tubuh di hadapan Andrea.

"Bagus la kalau sedar diri tu tunggul kayu. Datang menyemak masuk kelas aku kenapa?" Balas Andrea. Geng Minah toyol satu kelas dengan Ain Amani.

"Kau memang cari nahas kan? Aku dah bagi amaran kat kau kan supaya jangan dekat dengan Fawwaz Amsyar. Kenapa kau degil? Kau kena ingat yang si Fawwaz tu aku punya. Dan kau si budak taring, jangan berani nak rampas dia dari aku" Shaa memberi amaran. Jari telunjuknya dihalakan di hadapan wajah Andrea.

"Ada kau nampak aku dekat dengan dia? Tak, kan? Dia yang datang serah diri kat aku. Bukan nak bangga la, tapi orang cantik macam aku ni selalu menjadi rebutan terutama si pengawas hot tu" Andrea ketawa sinis. Apa salahnya puji diri sendiri, kan? Seronok pulak bergaduh dengan minah senget ni.

"Mulut kau boleh tahan bisa eih" geram pula hatinya melihat sikap bersahaja Andrea. Pada mula dia mahu menyakitkan hati gadis itu, tetapi terbalik pula. Hatinya pula yang sakit saat ini.

"And kau.. Apa bezanya? Mulut lebih bisa dari ular" tangan Andrea memintal hujung rambutnya.

"Kurang ajar.. " Shaa ingin menampar mulut celupar Andrea tetapi pantas ditangkap oleh tangan comel itu.

"Nak tampar aku? Kau ingat drama? Kononnya aku kena buli then hero datang selamatkan?" Kening Andrea diangkat sebelah. Pengaruh drama betul minah gedik ni.

"But no! This is Andrea Az Zahra Rislea. Kau ingat senang- senang aku nak biarkan kau buli aku. Kau ingat aku tak tahu yang kau selalu buli dan peras ugut budak junior sekolah ni. Kau bernasib baik sebab junior tu tak lapor kat pengetua. Kalau tak, maybe kau tak ambil SPM kat sekolah ni" giliran Andrea pula memecahkan tembelang gadis gedik itu.

Shaa terus membungkam mendengar kata- kata Andrea. Mungkin tidak menyangka bahawa ada orang mengetahui rahsia perbuatannya selama ini.

"Tepi ! Aku nak keluar. Tak payah nak jadi penjaga pintu pulak kat sini. Perkhidmatan anda tidak diperlukan, terima kasih" tubuh Olivia dan Fariha yang menghalang pintu ditolak ke tepi.

"Arghhh tak guna!" Jerit Shaa geram. Dia terus menerpa ke arah Andrea. Rambut gadis itu ditarik. Andrea meronta kuat. Cuba meleraikan cengkaman kuat pada rambutnya.

"Woi.. Korang buat apa?" Suara garau dari arah belakang membuatkan Shaa terkedu. Cengkaman pada rambut Andrea dileraikan perlahan. Jelas riak ketakutan pada wajahnya. Liurnya ditelan kesat.

Andrea turut sama menoleh. Melihat Fawwaz yang muncul bersama Hakim, tiba- tiba idea jahat muncul di kepalanya. Confirm gunung berapi aku meletup sekejap lagi.

Shaa yang masih berada di sebelahnya ditolak kuat. Hampir terjatuh minah toyol itu dibuatnya. Andrea berlari anak mendekati Fawwaz.

Dia VampireWhere stories live. Discover now