Part 84 - Pening

31.8K 1.7K 131
                                    

Faiha Jannah menoleh ke belakang. Entah mengapa dia rasa seperti diperhatikan. Dia merenung lama halaman rumah yang dipenuhi ramai tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan Andrea dan Fawwaz. Hati pula berasa lain macam. Jantung berdegup tak tentu arah.

Zaura dalam dukungan hanya diam sambil menggigit jari. Mulut kecil itu bercakap seorang diri. Membebel dalam bahasa yang tidak diketahui. Kadang kala dia tertawa sambil memerhatikan satu arah yang dipenuhi ramai tetamu.

Faa masih menunggu kehadiran Ain di luar rumah. Sebentar tadi, Ain Amani masuk ke rumah sebentar untuk mengambil botol susu Zaura. Ini baru kali pertama dia bertemu dengan bayi comel itu. Wajah seiras Zuhairie yang putih melepak. Hidung mancung dan mata bulat. Memang sempurna kurniaan Tuhan.

"Taaa.." kata Zaura sambil tersengih sendiri. Tangannya digawang ke hadapan. Seperti mahu pergi kepada seseorang.

Faa memandang ke hadapan. Mencari dengan siapa Zaura berkomunikasi. Namun, tiada siapa pun yang memandang ke arah mereka. Masing-masing sibuk menikmati juadah yang tersedia.

Aduh Zaura ni ! Sudah la dia rasa seperti diperhatikan. Zaura ni boleh pulak buat hal. Tak kan Zaura boleh bercakap dengan 'benda' tu. Menyeramkan la pulak.

Memang dia sudah maklum akan asal usul keluarga Andrea Az Zahra Rislea. Tentang darah vampire si Andry Zuhairie Risley. Mustahil Zaura juga memiliki darah vampire? Dan mempunyai kelebihan yang tak semua manusia miliki.

"Zaura tengok apa? Cari papa ke? Papa ada dalam rumah la" Faa cuba menarik perhatian Zaura. Tudung yang senget akibat ditarik oleh bayi itu dia betulkan.

"Ta-ta-ta-taa" Zaura memandang Faa sebentar sebelum menunjukkan jari kecilnya ke arah pokok-pokok yang di halaman rumah.

Faa memerhati kawasan tersebut. Kawasan pokok-pokok tersebut dilindungi oleh tetamu yang berbual sesama mereka. Mungkin mereka yang mengacah Zaura sebentar tadi. Faa cuba menyedapkan hati.

Terkejut si Faa apabila bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Lihat saja belakang, Ain sedang tersengih sambil memegang botol susu. Kus semangat ! Nasib baik tak terlepas Zaura dalam dukungan.

"Benda apa yang kau renung sampai tak perasan aku datang. Mesti curi-curi pandang lelaki kat sana tu kan?" Ain menduga sahabatnya diselangi usikan manja.

Dia turut memandang ke arah sekumpulan lelaki muda yang menjadi tatapan Faa sebentar tadi. Amboi minah ni, sempat lagi ya cuci mata. Senyuman terbit di bibir apabila dia terpandang 'seseorang' yang amat dia kenali di sebalik pokok, terlindung dengan sekumpulan lelaki berbaju melayu.

"Mana ada la" Faa menjeling tajam Ain Amani. Pandai-pandai je tuduh orang. Sikit pun dia tak pandang sekumpulan lelaki itu. Pandangannya hanya tertumpu pada apa yang ditunjukkan oleh Zaura.

Bayi kecil itu diserahkan semula kepada Ain Amani. Sempat dia mengucup pipi Zaura yang tembam. Sejak tadi dia tahan diri daripada gigit pipi gebu itu.

"Aku nak pergi jumpa Andrea kejap. Kau tak payah ikut. Sekejap lagi sibuk kacau aku peluk Andrea" gurau Faa diiringi jegilan mata Ain Amani. Terlepas tertawa kecil dari mulut Faa.

Faa melangkah pergi meninggalkan sahabatnya itu. Kaki dihayun laju menuju ke tempat pelamin.

Seseorang datang menghampiri Ain Amani. Sempat dia berbual sebentar dengan gadis itu sebelum mengambil Zaura. Bayi itu memang rapat dengannya. Namun, sejak kebelakangan ini mereka semakin jarang bertemu. Kerja menimbun membuatkan dia banyak menghabiskan masa di pejabat pada waktu malam.

Dia VampireWhere stories live. Discover now