Part 68 - Jalan Lama

21.9K 1.2K 11
                                    

I'm not sure if I'm still alive and be with you when you listen to this but I want you to know that I'm always love you no matter what happens  

Pita suara Zuhairie yang dirakam menggunakan alat kecil, didengar buat sekalian kalinya. Entah bila Zuhairie merakam. Dia sendiri pun tak tahu. Dia menjumpai pita itu ketika mengemas laci di sisi katil.

Pita itu diulangnya setiap hari. Menjadi pengubat rindu terhadap suaminya. Setiap detik... Setiap saat... Suara itu yang menjadi igauannya.

Dia teringat tentang kejadian malam semalam. Zaura berada di bawah, bermain bersama Aniq Wafri.

Seperti ada sesuatu keajaiban yang bakal berlaku. Rantai ini -- seperti ada kuasa tersendiri.

Rantai yang tersemat di leher, Ain genggam erat. Mata memandang jauh ke hadapan. Fikiran menerawang entah ke mana.

Dia mesti lakukan sesuatu. Dia pasti, Zuhairie masih hidup. Lelaki itu akan tetap bersama dengannya hingga akhir hayat. Walau apa cara sekalipun, dia mesti menemui Zuhairie. Hanya ajal yang dapat memisahkan mereka. Itu janjinya.

Tanpa Ain Amani sedari, ada satu cahaya bersinar di celahan jari runcingnya. Cahaya putih itu tidak pernah terhasil sebelum ini. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh lakukan.

Yaa...

Orang itu ialah -- Ain Amani !

•••••

"Ain dah sembuh ke?" Soal Faa prihatin. Terbayang wajah comel Ain di ruang mata. Baru kini dia berkesempatan berjumpa dengan Andrea, sekaligus menceritakan apa yang telah berlaku. Sungguh cekal dan tabah wanita bernama Ain Amani. Diuji dengan dugaan yang sungguh berat.

Banyak perkara yang dia terlepas mengenai Ain Amani. Sungguh tidak disangka, Ain yang nakal sudah mempunyai anak. Dia ini sampai ke tua masih single.

Faa baru pulang dari Sarawak, iaitu sekolah pertama tempat dia mengajar. Ini pun, dia kembali setelah permohonan pertukaran sekolah diluluskan oleh jabatan. Ini bermaksud dia akan menetap di sini bersama keluarga tercinta.

"Sembuh tu memang la sembuh. Tapi, dalam hati dia kita tak tahu" jawab Andrea tenang. Banyak perubahan pada wajah Faa setelah beberapa bulan tidak ketemu. Gadis itu mengangguk tanda setuju.

"Dekat kawasan kaki bukit, ada orang buat rumah lagi tak?" Soal Faa tiba-tiba.

"Maksud kau?" Andrea mengerutkan dahi. Rumah? Minah ni nak beli tanah kat situ ke?

"Masa aku lalu kat jalan kaki bukit tu, aku ada nampak satu kelibat lelaki. Berjalan perlahan di tepi jalan. Nyaris aku ingat dia hantu, nasib tak terlanggar aje -- Sebab di badan lelaki tu ada tato. Rambut pula warna putih. Maybe orang luar negara yang sesat sampai tengah hutan. Aku tak berani nak tumpangkan, buatnya orang jahat tak naya aku. Sudah la kereta aku sorang yang lalu kawasan tu" cerita Faa panjang lebar. Siap dengan mimik muka lagi. Bersungguh-sungguh dia bercerita kejadian yang berlaku beberapa minggu lalu.

"Eh jap²... Kawasan mana yang kau maksudkan ni?" Andrea rasa tak sedap hati. Kenapa macam seram je cerita si Faa ni.

"Jalan Damai Lama" jawapan Faa membuatkan Andrea telan liur payah.

Gulp !

"Kenapa muka kau cuak habis ni?" Soal Faa. Pelik melihat perubahan pada wajah sahabatnya. Ada yang tak kena ke?

"Kau tak tahu ke? Jalan tu tempat di mana berlaku kemalangan ngeri seorang lelaki. Mayat tak dijumpai tetapi darah di merata tempat. Ntah² orang yang kau jumpa tu -- " kata-kata Andrea berjeda sebentar. Mata membulat memandang Faa.

"Wehhhh !! Jangan la. Dah la housemate aku balik kampung hari ni" mahu menangis dia ketika itu. Hantu-hantu seram bermain di kepala.

Orang kata, biasanya kalau kemalangan ngeri ni roh tak tenteram. Macam mana kalau hantu tu ikut dia balik. Oh tidak !!!

Lain kali tengok juga berita, ini tak asyik layan drama korea memanjang. Mananya tak tahu perkembangan semasa.

•••••

"Aniq Wafri !!" Laung Puan Aisyah dari dapur. Cemas sekali wajahnya ketika itu.

"Yaa mamaku sayang" sahut Wafri dari muka dapur. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Apa yang gelabah sangat tu? Ada apa-apa yang berlaku ke?

"Tolong pergi beli barang dapur" Puan Aisyah tersengih. Sengaja mahu menyakat anak lelakinya itu.

Ketika mahu memasak, baru dia teringat semua barang basah sudah habis digunakan. Begitu juga barangan kering. Dia fikir mahu masak sup ayam iaitu makanan kegemaran Ain Amani.

"Kalau macam tu biar adik yang pergi. Lagipun, dah lama tak bawa Zaura jalan-jalan ambil udara luar. Kesian dia asyik terperap aje dalam rumah" sampuk Ain dari arah belakang. Senyuman manis terukir di bibir pucatnya.

Sebenarnya, dia ada agenda lain yang dia mahu lakukan.

"Kita pergi sekali la senang" Soal Aniq risau. Dengan keadaan Ain yang baru lepas dari kemurungan, memerlukan dia untuk berhati-hati.

"Eh tak payah la. Kesian pula kat Kak Izzati kalau abang tinggalkan dia"

Rosak rancangannya kalau si abang ikut. Tak boleh jadi ni, dia perlu pastikan hanya Andrea sahaja yang tahu.

Tambahan pula, kakak iparnya itu sedang mengandung anak pertama setelah disahkan oleh doktor baru-baru ini. Akhirnya, doa buat pasangan itu termakbul juga.

"Habis tu, adik nak pergi dengan siapa?" Giliran Puan Aisyah pula menyoal siasat. Tak pernah-pernah Ain mahu keluar dari rumah. Sejak tragedi kejam itu berlaku.

"Andrea kan ada.. dia tolong temankan" Ain cuba menceriakan wajah. Tidak mahu mama dan abangnya mengesyaki sesuatu.

Kini, tiada lagi bodyguard yang mengiring. Nick dan Ivan juga diberi kebebasan untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Hanya sekali sekala sahaja mereka datang menjenguk Zaura.

Semuanya sudah selamat sekarang. Dia sudah bebas bergerak ke sana ke mari tanpa ancaman musuh. Tapi, semua itu tiada guna kerana tiada si suami di sisi.

"Are you sure?" Aniq Wafri memandang wajah adiknya. Cuba mencari kepastian pada wajah itu.

"Yes, I am. Adik naik dulu eh, siapkan Zaura kejap" Ain cepat-cepat meminta diri. Tidak mahu soalan dari dua orang tersayang itu berlanjutan. Takut dia terlepas cakap pula nanti. Cepat-cepat dia mendaki tangga menuju ke bilik.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now