Part 86 - Kembalikan

30.8K 1.7K 60
                                    

Andry Zuhairie Risley menuruni tangga menuju ke rumah tamu bawah. Pemegang tangga dipegang kuat untuk menahan tubuhnya yang terhuyung hayang. Sebelah tangan memegang kepala yang berdenyut kuat sejak tadi.

Mata dilarikan ke segenap ruang. Dia mencari kelibat wanita dan anak kesayangannya. Namun, tiada sesiapapun di situ.

"Ain !" Panggilnya perlahan. Dia melangkah longlai sambil berpaut lengan pada dinding.

Sunyi. Panggilannya tidak disahut.

"Zaura !" Nama bayi kecil itu pula dilaung. Biasanya Zaura akan menyahut jika terdengar namanya dipanggil.

Tepat tekaanya. Sahutan suara kecil Zaura dari arah dapur, memasuki rongga telinga.


"Baaaa..." suara Zaura dari dapur membawa Zuhairie untuk terus melangkah.

"Zaura di mana, sayang" katanya perlahan. Sakit tadi masih memukul-mukul kepalanya. Ditambah pula dengan keadaan rumah yang seakan-akan ligat berputar.

Sampai saja di ruang dapur, Zuhairie lihat Aisha Zaura Rislea bermain seorang diri di atas karpet tebal. Tersengih bayi itu melihat si bapa muncul di depan mata.

Zappp !!

Tiba-tiba terasa satu kesakitan yang teramat di bahagian dalam kepalanya. Nafasnya tersekat-sekat. Mata juga terasa berpinar-pinar. Peluh sudah membasahi dahi. Satu detik bayangan secara tiba-tiba melintasi fikirannya dengan laju. Bagaikan pancaran kilat di langit.

"Arghhh !!" Zuhairie mengerang kesakitan. Terbongkok tubuhnya di hujung ruang dapur itu.

Cepat-cepat Zuhairie memejamkan mata rapat. Kejadian itu seperti cekera padat yang terlayar di ruang mata yang kelam. Apa yang dia nampak ialah seorang gadis yang datang ke rumahnya, bertemu dengan Andrea dan --

Gadis itu ! Ain Amani.

Satu demi satu tayangan bermain di fikiran. Namun, saat di mana satu kejadian terlayang di ruang minda tubuhnya jadi kaku. Pergerakan Zuhairie terhenti. Cuba menghayati perkara itu.

Meremang bulu roma di segenap lapisan kulit. Perkara yang bermain di minda membuatkan lidahnya kelu.

Memori itu menunjukkan dirinya sendiri menggigit leher Ain Amani. Meratah setiap inci tubuh itu dengan rakus tanpa belas kasihan. Namun, di saat tayangan itu hampir tamat, tiba tiba ianya hilang. Hilang dari kotak fikiran Zuhairie.

Sejurus itu, kesakitan yang teramat sangat mengasak fikiran dan minda Zuhairie. Kesakitan ini seakan bertambah 3 kali ganda dari tadi.

"Kembalikan ingatan aku !"

Kepalanya dihempuk kuat pada dinding. Berkali kali sehingga kedengaran seperti orang mengetuk paku pada dinding. Darah yang menitis dia tidak pedulikan. Dia hanya mahu tayangan tadi dihabiskan. Dia mahu lihat mengakhiran kejadian itu.

Lelaki ini betul-betul hilang kawalan !

"Baaa.. baba" panggilan dari Zaura berjaya menghentikan tindakan Zuhairie.

Lantas Zuhairie membuka mata apabila terdengar suara Zaura memanggil. Dia menoleh memandang Zaura yang tersebik mahu menangis. Mesti Zaura fikir yang dia memarahi anak gadisnya itu. Maafkan papa, sayang.

Dia VampireWhere stories live. Discover now