Part 46 - Pindah semula

34.2K 1.7K 76
                                    

Zuhairie memandang Ain Amani dengan pandangan pelik. Isterinya itu begitu khusyuk menghadap laptop hingga tidak perasan dirinya yang memasuki bilik mereka. Geram pula rasa hati apabila Ain tidak mengendahkan kehadirannya di situ.

Zuhairie mengecilkan matanya untuk melihat apa yang ditonton oleh Ain Amani. 'Cara mempertahankan diri dari diserang musuh. Hrmm menarik'

Zuhairie bergerak ke sofa yang berada di sudut bilik. Dia tidak mahu mengganggu isterinya itu. Biarlah apa yang mahu dia lakukan.

Air teh panas yang dibawa bersama tadi dihirup perlahan. Ditambah lagi dengan suasana sejuk hujan di luar. Amat menyegarkan!

Haiyark!

"Hey.. what are you doing?" Terkejut beruk Zuhairie apabila Ain tiba-tiba mengkarate dirinya dari belakang. Entah dari mana datangnya gadis itu.  Nasib baik tak tersedak. Tak pasal-pasal mati tercekik dia di situ.

"Saya nak practise untuk pertahankan diri. Nanti saya boleh jaga diri saya dari diserang musuh" kata Ain jujur. Wajah polosnya terlakar di raut muka.

Kata-kata Andrea tempoh hari bermain di fikiran. Bagaimana rupa musuh Zuhairie itu ehh? Adakah hantu atau manusia? Mungkin sejenis vampire seperti lelaki itu juga. Erm.. tak pula Andrea bagitahu. Kalau tak senang sikit dia mahu mengecam kehadiran musuh itu.

"Mana kau belajar?" Soal Zuhairie lagi. Tangannya menggosok belakang badan yang menjadi mangsa karate Ain tadi. Tengok tangan je kecik, tapi kalau dah sampai kat badan orang oleh tahan sakit !

"Youtube" balas gadis itu sepatah. Ain tersengih seperti kerang busuk. Zuhairie hanya menggeleng kepala dengan sikap kanak-kanak isterinya itu. Nak marah pun, Ain Amani bukan budak- budak lagi. Nak bebel? Ermm tak payah! Sebab macam tak ada guna ditambah dengan sikap degil isterinya itu.

"Cara kau ni salah. Esok kita practise sama-sama" ujar Zuhairie sambil menghadiahkan jelingan tajam buat gadis itu. Lebihan air teh dihirup hingga licin. Mug kosong diletak semula atas meja.

"Baik bos" jawab Ain ceria. Terukir senyuman sumbing di bibir comelnya. Rambut yang terjuntai di dahi diselak ke belakang. Rambut ni minta kena potong aje. Semak! Eh² marahkan rambut tu pula... Dah gila gamaknya.

Yes!! Selepas ini tak payah la Zuhairie risau akan keselamatan dirinya lagi. Dia pasti dapat melindungi diri sendiri dengan ilmu yang bakal diajar oleh Zuhairie. Dia tahu, walaupun tak sekebal lelaki itu, asalkan dia dapat juga pertahan keselamatan diri dari diserang musuh.

Dia lihat Zuhairie bangun dan bergerak perlahan menuju ke katil. Baru Ain sedar jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Patut la rasa mengantuk semacam aje tadi. Ain bermonolog sendirian dalam hati.

Timbul idea gila di fikirannya. Otak ni memang betul-betul cari pasal. Tapi, sekali sekala apa salahnya. Lama tak cari gaduh dengan lelaki itu.

Haiyarkkk!!

"Adoii !" Zuhairie terjerit kecil apabila sekali lagi tangan kecil Ain melekat di belakang badannya. Silap hari bulan boleh lebam tubuhnya.

"Kau ni memang nak kena kan?" Zuhairie melihat Ain yang tersenyum manja sebelum cuba untuk lari dari situ. Ohh nak lari eh? Jangan harap!

Tanpa menunggu lama, Zuhairie terus membuka langkah panjang mengejar isteribya di dalam bilik yang luas itu. Habis semua perabot seperti katil dan sofa dipanjat oleh gadis itu. Zuhairie juga tak mahu kalah.

"Saya minta maaf. Janji tak buat lagi" kata Ain dalam nafas tercungap-cungap. Jantungnyanya mengepam darah laju. Semput pula rasanya kerana lama tidak bersenam.

Sofa panjang berada di antara Ain dan Zuhairie. Dia berada di belakang manakala lelaki itu di hadapan sofa. Penat weh lari keliling bilik ini. Kalah maraton ketika tadika dulu.

Zuhairie tersenyum sinis. Penat? Alolo cian dia. Tangan sasanya berpeluk tubuh. Dia hanya memandang Ain yang melepaskan lelah. Berpeluh-peluh dahi gadis itu.

"No way! Kau mulakan dulu. So, kau jugak yang kena akhiri" balas Zuhairie jahat. Ain terlopong luas. Suaminya ini tak penat ke? Tahu la langkah panjang pun. Rileks la dulu.

Ain Amani bersedia membuka langkah. Pintu bilik dipandang dengan ekor mata. Salah satu cara untuk dia melepaskan diri. Keluar dari bilik ini dan terus ke bilik Andrea. Biarlah malam ini dia tidur dengan Andrea. Nak main sangat kan? Let's start it!

Tanpa berlengah lagi, Ain terus berlari sekuat hati ke arah pintu bilik. Dia tidak berani untuk menoleh. Mana tahu, Zuhairie berada di belakangnya. Boleh mati terkejut dibuatnya.

Belum sempat tangan mencapai tombol pintu, terasa pinggangnya diraih laju. Berpusing tubuhnya dengan tindakan lelaki itu.

"Gotcha!" Ujar Zuhairie. Tubuh Ain terus dicempung menuju ke katil. Rontaan gadis itu tidak dihiraukan. Pautan di pinggang isterinya dieratkan. Risau pula jika gadis itu jatuh atas lantai.

Tubuh mereka yang terlalu hampir hingga Ain boleh menghidu haruman yang dipakai oleh Zuhairie. Kelu lidah lidahnya apabila Zuhairie meletakkan perlahan-lahan tubuhnya di atas katil. Sempat dihadiahkan ciuman di dahi oleh lelaki itu. Luaran je nampak garang dan dingin. Dalam hati ada bunga di taman juga erk. Sweet gitu. Ehekksss !

•••••

"Tuan... Saya rasa kita kena pindah ke rumah lama sekarang. Diorang dah dapat kesan kita di sini. Saya risau kesamatan orang dalam rumah ini terancam" kata Nick dalam keadaan cemas. Bilik bawah tanah yang kebal dengan sebarang bunyi itu hanya ada mereka berdua.

Dia lihat Zuhairie meramas kasar rambut tebalnya. Dia tahu perkara ini sangat sukar untuk dilalui oleh Andry Zuhairie Risley. Saat yang paling sukar sepanjang kehidupan lelaki itu. Musuh mereka telah berjaya menjejaki bumi Malaysia ini. Lelaki yang penuh dengan hasad dengki tidak pernah puas melihat tuannya menderita.


"Keadaan semakin genting sekarang ini, tuan. Ditambah lagi jika mereka dapat tahu Puan Ain ada di sini" sambung Nick lagi apabila tidak mendapat sebarang balasan dari Zuhairie.

Zuhairie terpaku seketika apabila mendengar nama isterinya disebut. Dia tidak akan biarkan gadis itu disakiti. Biarpun nyawanya dijadikan galang ganti. Yang penting Ain Amani selamat.

"Kemas barang-barang semua. Malam ni kita pindah. Bawa yang penting saja" ujar Zuhairie tegas. Wajahnya bertukar tegang sehingga timbul urat hijau di sekitar leher.

Dia terus bangun dari kerusi dan melangkah keluar untuk naik ke bilik. Dia mahu menemui Ain Amani. Hanya gadis itu sahaja yang boleh menenangkan hatinya yang gundah gulana ketika ini.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now