Part 21 - Trauma

43K 1.9K 13
                                    

Ain Amani memeluk lutut erat. Matanya memandang sekeliling bilik mewah itu. Serba hitam dan gelap. Dia menyentuh perlahan pangkal leher apabila terasa pedih dan sakit di bahagian itu. Masih terasa ketajaman gigi taring itu saat menyentuh kulit. Dia tersentak apabila ada manusia yang melangkah masuk ke dalam bilik.

"Mari makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mari makan. Dari semalam you tak makan" ajak Elicia lembut sambil tersenyum. Ain yang berada di kepala katil dipandang.

Ain masih lagi diam. Dia merapati Elicia perlahan- lahan. Perut yang berbunyi dari tadi membuatkan dia menelan liur apatah lagi apabila terhidu bau bubur ayam dalam mangkuk. Semakin kuat lah bunyi yang terhasil.

"Saya boleh makan sendiri" Ain menghulurkan tangan untuk mencapai mangkuk itu. Segan rasanya apabila dilayan baik oleh wanita itu

"Bagi I suapkan. You masih lemah dan perlukan rehat" lembut Elicia berkata.

Lelaki yang berada di belakang Doktor Elicia, Ain pandang. Wajah yang penuh dingin dan garang itu sedang memeluk tubuh melihat ke arah lain.

Baru beberapa suap masuk ke dalam mulut, telefon Elicia berdering kuat. Pantas Elicia menyerahkan mangkuk itu kepada Zuhairie. Jelas raut terpinga- pinga pada wajah itu.

"Suap dia kejap. I nak jawab call" kata Elicia memahami apa yang bermain di kepala Zuhairie. Lantas dia keluar dari bilik itu untuk menjawab panggilan.

Zuhairie mengeluh perlahan. Dia mengambil tempat di atas kerusi yang Elicia duduk tadi.

"Sa...saya boleh makan sendiri" tergagap Ain bersuara. Takut dengan wajah dingin yang sedang tunduk mengaul perlahan bubur ayam yang masih panas itu.

Melihat jelingan tajam lelaki itu, pantas Ain berundur perlahan ke belakang. Sungguh dia takut dengan lelaki ini meskipun sudah bergelar suami kepadanya.

"Sorry guys. I kena pergi hospital sekarang" Elicia muncul di muka pintu bersama beg jenama Gucci di tangan. Tadi, dia mendapat panggilan dari pihak hospital untuk ke sana dengan segera. Terpaksa dia meninggalkan Ain Amani bersama Zuhairie Risley walaupun tahap kepercayaannya senipis kulit bawang.

"Ain, jaga diri okey. Kena banyak rehat dan jangan buat kerja berat" pesan Elicia kepada Ain Amani. Laju sahaja gadis kecil itu mengangguk.

"Andry Zuhairie... Take care of your wife properly. Jangan buat perkara yang bukan- bukan" giliran Zuhairie pula menjadi mangsa. Zuhairie yang membelakanginya menjulingkan mata ke atas.

"Yes.. I know" jawab Zuhairie malas tanpa memandang doktor muda itu.

Setelah berpuas hati mendengar jawapan Zuhairie, Elicia terus meninggalkan pasangan itu dan menuju ke keretanya yang terletak di hadapan rumah.

Suasana sunyi menyelubunyi mereka berdua. Hanya bunyi sudu dan mangkuk kaca berlaga antara satu sama lain.

Ain menarik selimut membaluti tubuh hingga ke bahu apabila sedar Zuhairie tidak berkelip memandang dadanya yang terdedah. Baru dia perasan, dia hanya mengenakan singlet yang seksi dan luas di bahagian dada. Tiba- tiba darah merah menyerbu ke muka apabila sedar yang Zuhairie memakaikannya pakaian. Pasti lelaki itu telah lihat segalanya yang dia pelihara selama ini.

"Tak payah tutup. Aku dah tengok lebih dari tu" kata Zuhairie selamba. Dia mengangkat muka memandang wajah isterinya yang merona merah. Menahan malu mungkin. Sudu disuakan ke bibir Ain. Lambat-lambat Ain menghampiri dan menyambut suapan lelaki itu.

•••••

Aniq Wafri menuruni tangga satu persatu. Rasa sunyi pula rumah tanpa suara Ain Amani yang sebijik macam tarzan. Menjerit memanjang. Cakap pasal Ain Amani, mana adiknya yang seorang itu? Lama tak tengok muka comel adiknya walaupun sudah berusia 25 tahun. Terasa rindu pula.

"Ma... Adik pergi mana? Kenapa lama semacam pergi rumah kawan dia tu? Kata dua tiga hari ja. Ni dah lebih seminggu" tegur Aniq apabila melihat wajah resah Puan Aisyah di ruang tamu. Telefon bimbit mamanya berada dalam genggaman.

"Mama dah cuba call dia. Tapi, tak dapat" kata Puan Aisyah lirih. Matanya menjenguk-jenguk ke luar rumah. Mana tahu Ain Amani pulang hari ini.

"Maybe dia ada dekat butik kut. Cuba telefon pejabat butik dia" Aniq memberi cadangan. Wajah risau mamanya dipandang.

"Mama dah call semua tempat. Tak dapat juga" kata Puan Aisyah lagi. Risau jika berlaku perkara buruk kepada anak daranya itu.

"Mama dah call Andrea?" Teringat dia akan gadis kacukan bermata hazel itu. Mungkin adiknya ada bersama Andrea.

"Dah.. dia kata Ain dah bertolak balik semalam. Tapi, kenapa belum sampai rumah lagi?" beritahu Puan Aisyah sebak. Aniq Wafri terdiam. Tiada idea untuk menjawab pertanyaan mamanya.

"Mama risau... Mana adik pergi ni" sambung Puan Aisyah lagi. Mahu sahaja dia buat laporan polis ketika ini. Tetapi, belum cukup 24 jam dia sedar akan kehilangan Ain Amani.

•••••

🌸🌸

Huhuhuuu

Mama Ain nak buat laporan ke?

Takkan Zuhairie kena tangkap nanti?

OMG!!!

Habis tu, siapa nak jadi hero Ain?

😱😱😱😱

Dia VampireWhere stories live. Discover now