Part 12 - Kemunculan 'dia'

33.9K 2K 113
                                    

"Mama... Kawan adik datang" kata Ain dari muka pintu. Dia menjemput Andrea masuk ke dalam rumah. Seketika kemudian, muncul Puan Aisyah dari dapur.

"Duduk la dulu. Kejap eih mak cik buat air" ujar Puan Aisyah sambil tersenyum.

"Eh tak payah. Tadi baru jer minum dengan Ain kat kedai" tolak Andrea lembut setelah melabuhkan duduk di atas sofa di ruang tamu. Ain pula mengambil tempat di sebelahnya. Puan Aisyah mengangguk perlahan.

"Nama apa ? Mak cik lupa. Lama tak jumpa. Adra? Ara?" Teka Puan Aisyah. Gadis kacukan di hadapannya memenuhi ruang matanya. Andrea dilihatnya seperti gadis luar negara yang memakai tudung. Ditambah lagi dengan pipi Andrea yang kemerahan.

Ain sudah ketawa besar. Kelakar apabila mamanya main teka nama Andrea. Tu la, letak la nama susah lagi. Kan payah orang nak sebut.

"Andrea mak cik. Andrea Az Zahra Rislea" Andrea membetulkan kesalahan namanya. Adra pun boleh la. Janji ada nama untuk dipanggil sudah.

"Sedapnya nama. Pandai mak kamu letak. Sesuai dengan muka yang cantik ni" puji Puan Aisyah ikhlas. Dia menjeling tajam anak dara bongsunya yang masih dengan sisa tawa. Seakan memberi amaran untuk menjaga tatasusila di hadapan tetamu.

"Tak ada la. Biasa aje ni" Andrea merendah diri. Terasa bahang wajahnya kerana dipuji.

Pelbagai soalan ditujukan kepadanya oleh Puan Aisyah. Dia mahu mengenali gadis manis itu dengan lebih dalam lagi.

•••••

Tiada langsung cahaya mentari yang dibenarkan menerobos masuk melalui tingkap bilik itu. Langsir tebal berwarna hitam menutupi segenap ruang bilik itu. Dari perabot hingga ke cadar katil. Semuanya hitam!

"I want that girl " pinta seorang lelaki yang duduk di sisi katil. Dia memandang tajam ke hadapan. Wajahnya pucat lesi, tiada langsung senyuman di bibirnya. Hanya riak serius yang terlukis di raut wajah.

"Which one? " soal Andrea malas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Which one? " soal Andrea malas. Semua permintaan lelaki itu perlu dia turuti tanpa bantahan. Lelaki yang menjadi pelindung kepada keluarganya. Satu- satunya wali yang dia ada.

"Your friend " suara garau itu menjawab. Tangannya menolak rambut hitam pekat ke belakang.

"Huh? " Andrea tidak memahami maksud lelaki itu.

"Ain Amani" ringkas dia menyebut nama itu. Kali ini, renungan tajam menikam ke dalam anak mata gadis itu.

"No! She's my bestfriend. And she had nothing to do with our problems " membulat mata Andrea apabila nama rakan baiknya disebut. Dia tidak akan membiarkan Ain mengetahui masalah yang melanda keluarga mereka.

"I don't care " tenang dia menjawab.

"Why her? Many girls out there. You can choose one of them " Andrea membantah sekeras kerasnya. Ain banyak menolongnya dan dia tidak mahu gadis itu turut menghadapi kesusahan.

"I can smell her sweet blood. Only her can save me from that curse " lelaki itu tersenyum sinis. Terbayang wajah lembut Ain Amani di ruang matanya.

"But..." percakapan Andrea dipotong laju.

"Bring her to me, as soon as possible. Before that moon come out " arah lelaki itu garang.

Dia terus meninggalkan Andrea yang sedang terkulat seorang diri di dalam bilik. Dia melangkah ke dapur. Untuk menemui orang yang paling dia sayang dalam dunia ini.

Andrea melepaskan keluhan berat. Dia berada di tengah antara dua perkara. Sama ada korbankan masa depan Ain ataupun selamatkan abang kandungnya dari sumpahan itu.

•••••

Ain Amani memuncungkan bibirnya. Butik yang baru dibuka masih tiada pekerja. Banyak yang datang untuk sesi temuduga tetapi seorang pon tidak menepati cita rasanya. Dia mahukan pekerja yang tahu segalanya tentang fesyen, menjahit dan melukis design. Tidak mempunyai pembantu membuatkan kerjanya semakin menimbun.

Cahaya matahari berpusu- pusu masuk menyinari hiasan dalaman kedainya. Ain masih ralit melukis design gaun pada sehelai kertas A4. Tangkas jari jemarinya menari- nari bersama pen hitam. Tiba- tiba dia rasa seperti dirinya diperhatikan. Lantas dia menoleh. Apa yang dia lihat ialah sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Mulut dan hidung lelaki itu ditutupi dengan mask hitam membuatkan Ain tidak dapat mengecam wajahnya.

Mata itu seakan terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata itu seakan terkejut. Pandangan mereka bertembung sebelum lelaki itu cepat- cepat melangkah meninggalkan butiknya.

Ain segera bangun dan bergegas keluar mengejar susuk tubuh itu. Lelaki itu memasuki satu lorong yang berdekatan dengan butiknya. Ain meluaskan langkahnya. Tidak mahu lelaki itu hilang dari pandangan. Masuk sahaja lorong itu. Lelaki misteri hilang dari pandangan matanya.

Pelik! Itu yang dia rasakan kerana lorong itu ialah jalan mati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pelik! Itu yang dia rasakan kerana lorong itu ialah jalan mati. Tiada laluan lain di situ. Tetapi, bagaimana lelaki itu boleh hilang dengan cepat. Tak kan salah tengok kut. Dia sangat pasti dan yakin dengan apa yang dia lihat tadi. Lelaki itu betul- betul membelok dan memasuki lorong ini.

Ain mula rasa tak sedap hati. Semenjak dia berkunjung ke rumah Andrea minggu lalu, ada sahaja yang tidak kena. Dia dapat rasakan seperti ada seseorang sedang mengekorinya. Kadang- kadang jika dia keluar bersama Faa atau Andrea, dia rasakan seperti diperhati.

Dia berjalan semula menuju ke butik. Banyak perkara yang mengganggu fikirannya. Lama kelamaan boleh jadi gila disebabkan tekanan perasaan yang melampau.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now