Part 6 - Bola tampar

31.5K 1.7K 48
                                    

Sudah seminggu berlalu peristiwa yang berlaku di kelas itu. Sejak itu juga Andrea sedaya upaya menjauhkan diri dari Fawwaz. Tetapi malang sekali kerana mereka merupakan rakan sekelas dan kedudukan meja mereka berhadapan membuatkan mereka sering bertemu. Dia juga bernasib baik kerana sekarang dia jarang bersua muka dengan Fawwaz kerana lelaki itu sering menjalankan latihan bola tampar yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kejadian itu, Andrea tidak ceritakan kepada sesiapa pun termasuk Ain. Dia tidak mahu rakannya itu risau dan menimbulkan kekecohan. Dia paham sangat dengan perangai Ain yang gila- gila itu.

Lamunannya terus menghilang apabila Ain melangkah merapatinya bersama Faa. Beberapa hari yang lalu, Ain datang memperkenalkan Faa kepadanya. Dan kini mereka bertiga merupakan rakan baik. Ain dan Faa duduk berhadapan dengan Andrea.

"Andrea.. Kau mix ke?" Soal Faa sambil tersengih. Kedua tangannya menongkat dagu memandang Andrea.

"Yup. Arwah bapa aku dari England dan mak aku orang sini" jawab Andrea tenang. Kulitnya yang putih menjadi kemerahan kerana cuaca terik yang membahang hari itu.

"Patut la cantik" puji Faa ikhlas. Matanya tidak lepas memandang mata biru Andrea. Ain juga mengangguk mengiakan kata Faa.

"Kau puji aku ni ada apa- apa ke?" Andrea menjeling. Dia mengelap peluh di dahi menggunakan sapu tangan. Sesekali dia mengibas rambut ke belakang.

"Aku puji ikhlas la" bentak Faa. Bibirnya dicebikkan.

"Yelah thanks" ucap Andrea sambil tersengih malu.

"Cantik- cantik kau, takder pulak lelaki mengurat eih" sambung Faa lagi. Dia membuat muka tak percaya.

"Sebab aku misteri kut" bahunya diangkat selamba. Dulu ada la juga lelaki yang cuba mengayat, tetapi sekarang sudah tiada. Dia sendiri pon tak tahu kenapa. Cepat-cepat dia mengusir kenangan yang tersimpan rapi di mindanya.

"Ke sebab kena warning awal- awal dengan ketua pengawas kita" usik Ain sambil membuat muka toya. Dari tadi dia hanya mendengar perbualan rakannya itu. Langsung tidak mencelah atau menyampuk. Mana taknya, dia asyik buat latihan addmath. Peperiksaan percubaan yang akan berlangsung 3 minggu lagi membuatkan dia kecut perut.

"Tak ada kena mengena eih dengan dia" jawab Andrea geram. Meluat dia mendengar nama lelaki itu.

•••••

Fawwaz Amsyar duduk memeluk lutut di lantai gelanggang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fawwaz Amsyar duduk memeluk lutut di lantai gelanggang. Matanya terpaku pada pasukan yang sedang berlatih. Tetapi, fikirannya sudah terbang mengingati kejadian semalam. Rasa bersalah menyelebungi diri sendiri.

"Weh.. lepas latihan semalam kau pergi mana? Puas kitorang cari" tegur Hakim sambil melabuhkan duduk di sisi Fawwaz. Dia tayang muka serius.

"Errr.. aku pergi.. aa pergi tandas. Ha tandas" jawab Fawwaz sedikit tergagap. Dia menjadi tidak keruan. Risau jika rahsia semalam terbongkar.

Dia VampireWhere stories live. Discover now