Part 30 - Menggoda

47.5K 2K 56
                                    

Zuhairie meletakkan briefcase di atas meja. Dia lihat sekeliling. Bayang Ain Amani tiada dalam bilik mereka. Jam yang menunjukkan angka 9 malam dikerling sekilas. Mana perginya minah ni?

Bunyi pintu bilik air dikuak membuatkan dia menoleh ke belakang. Kelihatan Ain berjalan dengan penuh gaya menggoda. Namun, apa yang membuatkan nalurinya berkocak ialah pakaian yang dipakai Ain. Gaun seksi paras peha bertali halus dan jarang sehingga menampakkan pakaian dalam. Rambut panjang itu dilepas bebas. Zuhairie nampak terkejut melihat reaksi yang tiba-tiba tetapi pantas dikawal riak wajahnya. Tanpa berlengah, tubuhnya ditolak jatuh di atas sofa oleh tangan kecil itu. Kemudian, Ain duduk di atas paha menghadap tubuhnya.

Ain mula memaut leher Zuhairie dan mendekatkan tubuhnya. Dengan lenggok penuh menggoda, gadis itu melonggarkan ikatan tali leher. Butang baju kemeja yang Zuhairie pakai dibuka satu persatu hingga selesai. Dadanya dirapat ke dada bidang milik Zuhairie. Lelaki itu hanya memandang tajam seperti tiada apa yang berlaku. Pelik ! Takkan tak ada nafsu kot suaminya ini?

"Are you trying to seduce me?" wajah Ain ditatap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Are you trying to seduce me?" wajah Ain ditatap. Melihat dada Ain yang kelihatan ranum dan putih itu membuatkan Zuhairie menelan liur dan cuba mengusir rasa yang berkocak dalam dada.

"Boleh awak hantar saya balik?" soal Ain seperti berbisik. Suaranya dilunakkan sedikit. Sebelah tangannya memaut leher Zuhairie manakala sebelah lagi bermain dengan kening tebal suaminya. Sekali sekala jemari runcing itu bermain di bibir Zuhairie. Mata mereka saling bertatapan. Ain menjadi tidak keruan apabila Zuhairie masih merenungnya lama.

Jarak mereka terlalu dekat membuatkan jantung Ain berdegup laju. Dibuang jauh-jauh rasa malu dan segan demi menggoda Zuhairie. Dia lihat Zuhairie masih tenang dan langsung tidak tergoda. Dia salah step ke? Rasanya semua yang dia cari di internet semalam, telah dia lakukan.

"Kita kalau nak buat sesuatu kena ikhlas. Bukan buat sebab nak balik rumah je" jawab Zuhairie tenang. Kedua belah tangannya didepangkan di kepala sofa sambil memandang wajah Ain yang menunduk.

"Erm.. tak apalah. Saya tukar baju balik" Ain bangun dari paha Zuhairie. Dia berkira-kira mahu melangkah ke tandas semula.

Puas dia berfikir cara memujuk Zuhairie untuk menghantarnya pulang. Tapi, semuanya sia-sia. Mesti seluruh ahli keluarganya sedang risau. Dia tidak mahu mamanya sakit lagi. Dia sangat sayang akan keluarganya.

Tiba-tiba terasa pinggangnya diraih dari belakang. Tidak semena-mena tubuh mereka berlanggar menyebabkan gadis itu terjerit kecil.

"Don't you think you can get away from me. Kau dah buat aku bernafsu, senang-senang jer kau nak lari" bisik Zuhairie keras di telinganya. Turun naik nafas Zuhairie jelas kedengaran di tepi telinga Ain dan saat ini dia sudah rasa lemah lutut. Tekaknya terasa kesat untuk berkata-kata. Dia panik yang amat sangat apatah lagi melihat mata Zuhairie merenung ke arah bibirnya.

Lelaki itu mengelus-elus rambut Ain sebelum tangannya jatuh memeluk pinggang gadis itu. Zuhairie menarik tubuh Ain supaya lebih hampir kepadanya. Ain terkaku melihat wajah Zuhairie yang hanya beberapa inci terpisah dari wajahnya.

Sejurus itu, tubuh Ain dicempung dan dibawa ke katil. Dibaringkan perlahan-lahan dan dia mula menindih apabila melihat gadis itu diam dan tidak menolak. Ain memejamkan mata apabila Zuhairie sudah meneroka ke lehernya.

Gaun seksi yang dipakai mula ditanggalkan oleh jemari kasar itu. Bibirnya dijamah lembut dan lama kelamaan menjadi semakin rakus. Jemari Zuhairie bermain di sekitar tengkuknya. Ain hanya diam dan membiarkan Zuhairie menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

•••••


"Thank you stayed up for one whole night with me" kata Zuhairie sambil mengusap pipi Ain Amani yang masih tidur. Bibirnya mengucup perlahan dahi isterinya. Dielus lembut wajah itu dengan penuh kasih.

"And sorry about this" kesan gigi taring yang masih kemerah-merahan disentuh dengan jari. Semalam dia tidak dapat mengawal dirinya. Nasib baik satu tempat sahaja dia gigit. Dilihatnya banyak kesan love bite di sekitar leher dan dada. Boleh tahan jugak aku ni.

Matanya memandang redup wajah Ain yang masih tidur. Ditarik tubuh kecil itu dalam pelukan. Tangan melingkari pinggang itu erat. Bibir merah itu dikucup lama. Tubuh Ain bergerak kecil tetapi mata masih lagi terkatup. Mungkin kerana tidurnya diganggu oleh bibir nakal Zuhairie.

Zuhairie tersenyum kecil melihat wajah mulus Ain yang terlelap itu. Wajahnya tenang dan bersahaja namun mampu mengetarkan jiwa lelakinya. Zuhairie pelik sendiri, wajah Ain Amani tidaklah cantik seperti gadis-gadis yang dikenalinya tapi kenapa setiap kali dia menutup mata, wajah itu yang berlegar dimindanya? Dia tidak tahu, tapi itulah kali pertama dia merasa perasaan seperti itu.

Zuhairie mengeluh kecil. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut pipi kiri Ain. Maafkan aku, Ain. Lalu pipi itu dikucup mesra.

"Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup aku" bisik Zuhairie di telinga isterinya. Walaupun dia tahu Ain tidak sedar kerana masih tidur. Dia tidak mahu Ain mengetahui rahsia hatinya. Biarlah dia seorang yang menyimpan rasa hati kerana selepas ini dia akan kembalikan Ain kepada keluarga gadis itu.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now