Part 36 - Rancangan gagal

37K 1.9K 131
                                    

"Awak borak apa dengan abang saya tadi?" Soal Ain Amani ketika Zuhairie memasuki bilik tidurnya. Dari tadi dia memerhati dua lelaki itu dari balkoni atas. Ternyata mereka tidak perasan akan kewujudannya di situ.

"Tak ada apa" jawab Zuhairie ringkas.

"Ala... Bagitahu la" Ain merengek manja. Diekori langkah Zuhairie yang bergerak ke sofa hadapan televisyen.

"Cara pasang tayar kat kereta pun nak tahu?" Zuhairie angkat kening sambil memandang Ain di sebelah. Ain kelihatan cantik apabila melepaskan rambut panjangnya itu. Bergetar tulang rusuk aku. Dia melabuhkan duduk diikuti isterinya.

"Tipu..." Ain memasamkan wajah dan menarik muncung itik.

"Tipu sudah.." balas Zuhairie selamba. Remote yang berada di atas meja dicapai. Siaran drama melayu langsung tidak menarik minatnya. Punat ditekan beberapa kali untuk mengalihkan siaran. Perbuatannya terhenti apabila drama luar negara, Twilight bermain di kaca televisyen.

"Awak.. lusa papa dengan mama nak buat kenduri kesyukuran kecil-kecilan. Awak jemput la ibu dan Andrea datang" kata Ain ketika Zuhairie khusyuk menonton televisyen. Cerita ni pon layan ke mamat ni?

"Okay. Esok pagi aku pergi ambil diorang kat rumah" Zuhairie tidak mengalihkan pandangan. Leka menonton televisyen walaupun sudah beberapa kali dia khatam cerita ni. Entah mengapa dia rasakan kisah antara Edward dan Bella dalam filem Twilight ini seperti kisah dalam kehidupannya. Mungkin lebih kurang tapi tak sama.

"Nak ikut !" kata Ain teruja. Bersinar-sinar matanya memandang Zuhairie. Jemari disulamkan antara satu sama lain dan diletakkan di dagu. Wajah comel ditayangkan di hadapan Zuhairie. Kakinya ditarik untuk bersila atas sofa.

"Tak payah la. Semak aje kau" Zuhairie menjeling isterinya. Kepala Ain yang mengganggu tontonannya ditolak ke tepi. Tak terlalu kuat dan tak juga perlahan.

"Sampai hati" bibirnya dicebikkan. Dia bersandar pada sofa dan memeluk tubuh. Mata dihalakan ke arah lain. Nak merajuk !

"Tidur la. Dari tadi tak reti diam. Macam burung murai" isterinya di sebelah dikerling sekilas. Amboi mulut ! Macam mintak cium aje.

"Murai ni la yang jadi isteri awak jugak" Ain mencapai bantal sofa dan membaling tepat mengena wajah suaminya. Tanpa membuang masa, dia terus lari ke arah katil dan dihempaskan tubuh di situ apabila Zuhairie membeliakkan biji mata serta mengacah untuk mendekati dirinya. Selimut ditarik menyelubunyi hingga ke kepala. Seram weh !!

Zuhairie menggeleng perlahan dengan perangai keanak-anakkan Ain Amani. Terbit senyuman di hujung bibir. Macam budak-budak. Manja dan nakal ! Dia meneruskan menonton televisyen hingga larut malam.

•••••

Andrea masuk ke dalam restoran yang dijanjikan oleh Fawwaz Amsyar. Melihat sahaja lelaki itu di meja, dia pantas menghampiri. Suit pejabat wanita di tubuhnya dibetulkan sedikit supaya nampak lebih kemas dan bergaya. Beg tangan miliknya digenggam erat.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Andrea dingin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Andrea dingin. Mata dilarikan ke arah lain.

"Whooa... Rileks la. Cuba duduk dulu" ujar Fawwaz Amsyar tenang. Dia yang memakai kemeja biru cair tampak begitu kacak di mata Andrea. Andrea mengerling sekilas sebelum menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ.

"Aku sebenarnya nak minta maaf. Aku tahu aku banyak buat salah pada kau. And pasal dalam kelas dulu tu. I'm really sorry. Aku tak dapat kawal diri aku" ucap Fawwaz bersungguh-sungguh. Seperti ada sinar keikhlasan dalam setiap kata-kata itu. Perkataan maaf senang untuk diungkap dan dimaafkan tetapi amat perit untuk melupakan apa yang telah terjadi.

Peristiwa di kelas beberapa tahun dulu bermain di minda Andrea. Satu persatu perbuatan Fawwaz terhadapnya terlayar di ruang mata. Kerana peristiwa itulah dia membenci lelaki kecuali abangnya. Kerana peristiwa itu jugalah dia trauma untuk bersua dengan Fawwaz Amsyar.

"Please maafkan aku" ucapan maaf sekali lagi meluncur keluar apabila melihat tiada reaksi daripada Andrea. Gadis itu diam sambil merenungnya.

"Tengok la dulu" Andrea terus bangun dari kerusi. Dia tidak boleh lama di situ. Ucapan maaf itu boleh mencairkan hatinya. Langkah diatur untuk pergi dari situ. Jeritan Fawwaz dari belakang membuatkan langkahnya terhenti. Nasib baik tidak ramai pelanggan yang berada di restoran itu. Kalau tak buat malu aje.

"Andrea... Please ! Aku tak tenang selagi kau tak maafkan aku" Fawwaz juga turut bangun. Aku takkan lepaskan kau kali ni Andrea Az Zahra Rislea !

"Saya maafkan. So, saya balik dulu" Andrea menoleh memandang Fawwaz di meja. Perkataan maaf yang keluar hanya terzahir di mulut dan bukan di hati.

"Tunggu dulu.. Teman aku minum hari ni" kata Fawwaz.

"Sorry... Tak sempat. Saya ada hal. Saya pergi dulu. Bye !" Andrea terus melangkah pergi meninggalkan restoran mewah itu. Dia nampak keikhlasan di mata lelaki itu. Tetapi, hati menolak mentah-mentah. Lelaki hanya pandai menabur janji manis. Dia tidak akan sesekali tergoda dan tertarik dengan kata-kata Fawwaz Amsyar. Tak akan! Di luaran mungkin nampak manis tetapi jika ditelan pasti akan terasa seperti belati tajam menikam hati.

Fawwaz ketap bibir. Rancangannya kali ini tidak berjaya. Tak apa Andrea. Kau tunggu masa untuk aku rosakkan kau untuk kali kedua. Fawwaz Amsyar tersenyum jahat. Hatinya mula dikuasai oleh nafsu syaitan. Tapi, di satu sudut hati ada sesuatu yang menghalang. Seperti berat untuk melakukan perkara itu.

•••••

Semalaman Ain menghabiskan masa bersama keluarganya. Dia tidak menyangka bahawa dirinya tular di laman-laman sosial. Dan yang paling dia tidak sangka ialah banyak spekulasi dibuat terhadapnya. Ada yang mengatakan dia lari mengikut kekasih. Senang sahaja manusia menuduh tanpa sebarang bukti. Sungguh dia kesal dengan sikap segelintir manusia yang memberi pendapat tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga mangsa.

Hari ini mama dan papa ada mengadakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan sempena kepulangan Ain Amani. Pagi tadi Zuhairie pergi menjemput Puan Marina di rumah manakala Andrea akan datang sendiri pada tengah hari.

Punca kehilangan dirinya dirahsiakan oleh mama dan papa. Hanya keluarga terdekat sahaja yang mengetahui perkara itu.

•••••




Untuk part seterusnya.. sis nak buat challenge

✓ Buat review kenapa korang suka baca cerita ni ❤

✓ Kalau 5 orang review, sis akan update 5 part terus 💪

✓ Boleh cerita di komen atau personal mesej

Thanks kepada yang support cerita ni

Terima kasih juga pada yang vote dan komen

Yang benar,
Author ✍

Dia VampireWhere stories live. Discover now