Part 42 - Berhenti kerja

34.1K 2.4K 43
                                    

Andrea memegang erat rantai emas peninggalan arwah Puan Marina. Petang tadi Encik Adam datang bertemu dengannya untuk memberikan rantai ini.

Walaupun hanya seutas rantai yang mungkin dipandang rendah oleh orang lain, tetapi bukan dirinya. Rantai ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi baginya. Satu-satunya barang kepunyaan arwah Puan Marina yang masih ada.

"Andrea... Buat apa malam-malam kat luar ni?" Soal Zuhairie sambil menghampiri adik kesayanganya. Satu-satunya ahli keluarga yang dia ada di dunia ini.

"Saja... Ambil angin" Andrea menarik senyum sumbing. Dikerling sekilas wajah Zuhairie yang berdiri di sebelahnya. Sesekali dia membetulkan rambut yang ditiup angin malam.

"Rea dah fikir tentang permintaan Fawwaz?" Soalan yang meluncur keluar dari mulut abangnya membuatkan Andrea tersentak. Ingatkan dah lupa. Tajam betul ingatan abang aku ni.

Andrea diam. Langsung tidak membalas. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Rasa benci terhadap lelaki itu masih bertapak di hati. Perbuatan Fawwaz itu memang tak dapat dimaafkan.

"Abang tak tahu apa yang terjadi antara Rea dengan dia. Tapi, fikirlah masa depan Rea. Mungkin dia tak sempurna sekarang. Siapa tahu, dia akan jadi yang terbaik untuk Rea suatu hari nanti" Zuhairie memulakan nasihat. Sebagai abang, memang tanggungjawabnya memberikan kata-kata demi masa depan adik tersayang.

"Abang tak selamanya di dunia ini untuk jaga Rea. Allah akan tarik nyawa abang bila-bila masa sahaja. Musuh kita juga semakin menunjukkan diri dengan kematian ibu. Jadi, abang tak nak tengok Rea terkapai-kapai seorang diri tanpa sesiapa di sisi. Rea juga perlukan lelaki sebagai pelindung walau sekuat mana pun Rea" Zuhairie terus berkata-kata walaupun tiada balasan dari mulut Andrea.

"Buka hati Rea untuk dia walaupun kesalahan yang dia buat seluas lautan. Allah maha pengampun dan maha penyayang. Kesalahan dia boleh diampuni dengan taubat. Bimbing dia dekati Allah sepertimana Ain bimbing abang sekarang" Zuhairie memandang Andrea yang melentokkan kepala di bahunya sambil tersenyum. Dibelai perlahan rambut panjang adiknya.

Tanggungjawab yang dia galas sekarang lebih besar berbanding dahulu. Musuh mereka semakin menghampiri. Bila-bila masa sahaja manusia kejam itu akan muncul. Mengambil manusia sekelilingnya tanpa belas kasihan.

Ibunya sudah menjadi mangsa. Orang seterusnya semestinya Andrea atau Ain. Jadi, dia mesti berhati-hati dan mengawal keadaan dengan teliti. Bodyguard yang dia ada sekarang tidak cukup untuk melawan sang musuh. Biarlah dia dijadikan korban yang penting orang yang dia sayang selamat.

•••••

Ain Amani melangkah masuk ke dalam butik yang telah ditinggalkan sekian lama. Nasib baik ada pekerjanya yang datang untuk menjalankan perniagaan seperti biasa. Cuma pelanggan yang datang hanya sedikit sahaja memandangkan butik ini baru dibuka. Tempahan baju juga kurang memberangsangkan.

Fikirannya menerawangkan kembali pergaduhan yang terjadi semalam antara Zuhairie dan dirinya. Kerana sikap degilnya itu, Zuhairie tidak mahu bercakap walau sepatah pun dengannya pagi tadi. Semasa tidur juga Zuhairie membelakanginya.

"Aku nak kau berhenti kerja" tegas Zuhairie memberikan arahan. Tajam matanya menikam pandangan Ain Amani.

"Hah? Kenapa pulak?" Soal Ain terkejut. Butik itu telah dia bangunkan dengan hasil titik peluh sendiri. Impiannya sejak kecil itu telah dia capai teyapi kini senang sahaja Zuhairie runtuhkan. Bukan mudah untuk dia capai apa yang dia ada sekarang.

"Tutup butik tu" sekali lagi suara dingin itu bergema. Tenang dan bersahaja tetapi amat padat arahan yang disampaikan.

"Awak ingat senang ke saya nak tubuhkan kedai tu? Belajar sampai luar negara and then senang-senang jer awak nak suruh saya sia-siakan semua yang ada!" Ain hilang sabar. Kali pertama dia meninggikan suara kepada Zuhairie.

"Aku suruh tutup, tutup jelah. Susah sangat nak dengar kenapa?!" Zuhairie menengking kuat. Merah padam mukanya menahan marah. Tak sangka gadis selemah Ain Amani berani menaikkan suara di hadapannya. Perasaan kecewa bertamu di hati dengan kedegilan isterinya.

"Kalau perkara lain, mungkin saya akan dengar cakap awak. Tapi, bukan pasal butik saya" ucap Ain perlahan. Rasa sebak cuba ditahan. Kuat Ain ! Jangan tunjuk kelemahan kau di hadapan dia!

Ain terus melangkah keluar dari bilik itu. Hatinya sedikit tersinggung dengan sikap Zuhairie yang menengkingnya tadi.

Dia tahu Zuhairie marah dengan kedegilannya. Tetapi, ini soal kerjaya dan masa depannya dan Zuhairie tidak ada hak untuk menghalang impiannya itu.

Malam itu, Ain Amani tidur dalam keadaan serba salah. Zuhairie langsung tidak mempedulikan dirinya. Selalunya, setiap malam lelaki itu akan memeluknya erat tetapi sebaliknya yang berlaku malam tadi. Mungkin kesalahan yang dia buat amat besar bagi Zuhairie.

Ain mengeluh perlahan. Rasa berdosa kerana melawan cakap suaminya semalam. Tetapi, untuk apa Zuhairie menghalangnya untuk bekerja? Apa yang dia dapat? Malah, Ain boleh bantu dia dari segi kewangan.

Ain Amani sudah fikir masak-masak akan keputusan yang bakal dia buat. Butik ini akan dia tutup demi kepuasan Zuhairie. Waktu tengah hari sekejap lagi, dia akan ke pejabat suaminya untuk meminta maaf. Dia tidak akan berasa tenang selagi permohonan maaf tidak diungkapkan dari mulutnya.

Biarlah kali ini dia menurunkan ego. Biarlah dia mengalah. Sikap keras kepala harus dia buang jauh-jauh demi menjana kehidupan rumah tangga yang bahagia.

•••••

Challenge kali ni pulak ...

•Sis nak korang vote 5 part yang lepas bermula part 37 hingga 41

•Kelima-lime part tu kena lebih dari 100 vote

•Tak kisah la macam mana pun korang nak buat.

✓ Korang nak ajak  kawan2 vote kerr

✓ Atau korang nak buat akaun lain dan vote untuk kali kedua

•Kalau berjaya, sis akan update triple part lepas ni

Cabaran bermula sekarang !!!

Dia VampireWhere stories live. Discover now