Part 43 - Pujuk

35K 1.8K 16
                                    

Ain Amani memasuki pejabat suaminya. Ini kali pertama dia datang ke sini. Alamat tempat ini dia dapat dari Andrea. Mahu tanya Zuhairie? Sampai kesudah lelaki itu tidak akan bagitahu.


Kenapa kosong jer? Mana pergi semua orang? Hanya ada beberapa orang pekerja yang sibuk melakukan kerja masing-masing. Mungkin tidak perasan akan kewujudannya di situ. Atau mungkin juga tidak mengenali siapa dirinya.

Ain berjalan perlahan sambil mata memerhati keadaan sekeliling. Pejabat pun sama seram macam rumah. Betul-betul vampire suami aku ni.

"Ain ! Kau buat apa kat sini?" Suara dari belakang memeranjatkan Ain Amani yang teruja memerhati sekeliling. Oh.. adik ipar rupanya. Tubuh Andrea dipeluk erat.

"Aku cari abang kau. Dia ada?" Soal Ain kepada kawan baiknya itu selepas meleraikan pelukan. Senyuman manis terlakar di bibir.

"Ohhh cari suami rupanya. Dia tengah meeting. Pukul 3 baru habis. Kau dari mana?" Andrea memandang pelik Ain Amani. Kenapa sampai cari di pejabat? Macam la dekat rumah tak boleh jumpa.

"Aku dari butik la" jawab Ain tenang.

"Bukan ke abang aku suruh kau tutup butik tu? Kenapa pergi sana lagi?" Andrea menggeleng perlahan. Degil betul la Ain ni. Dari kecil sampai besar. Perangai tak berubah. Asyik nak ikut kepala sendiri aje. Kesian jugak pada abang. Berbuih mulut bebelkan si Ain ni.

"Kenapa dia suruh tutup? Kau tahu kan semua tu hasil usaha aku sendiri. Aku rasa terkilan sebab dia suruh aku runtuhkan segala yang aku bina" Ain memasamkan wajah. Hanya dengan Andrea sahaja dia berani meluahkan apa yang terpendam dalam dasar hatinya.

Semua yabg berlaku ini sangat tidak adil baginya. Kebaikan hanya berpihak pada Zuhairie. Sudah la dipaksa kahwin dengan lelaki itu. Sekarang semua arahan kena ikut cakap dia. Langsung tak boleh bantah.

Bukan dia menyalahkan takdir apa yang berlaku semua ini. Perasaannya seringkali meronta-ronta apabila impiannya dimusnahkan semudah itu. Ya! Dia tahu dia pentingkan diri sendiri, degil dan melawan cakap suami.

"Ain... Abang aku dia tak akan suruh orang buat benda yang sia-sia. Apatah lagi impian orang dia sayang. Dia bagi arahan macam tu bersebab" pujuk Andrea lembut.

Ain mencebikkan bibir. Sayang ke? Macam tak aje. Bahasa yang digunakan juga kasar dan langsung tak mesra. Nampak macam aku sorang yang terhegeh-hegehkan dia. Entah-entah dia langsung tak pandang. Mungkin dia anggap aku sebagai peneman tidur dan juga teman di ranjang. Nakkan aku bila dia mahu dan tolak aku jauh-jauh bila dia tak nak.

"Sebab apa? Tak ada sebab la dia nak musnahkan impian isteri sendiri" kata Ain tak puas hati.

"Kita bincang dalam bilik aku. Jom!" Andrea menarik tangan Ain memasuki biliknya. Bimbang jika staf lain mendengar perbualan mereka berdua.

Punggung dilabuhkan di atas sofa empuk diikuti Ain Amani. Pintu sudah ditutup rapat.

"Musuh keluarga kitorang dah dapat jejaki kami di sini. Kematian ibu aku ialah angkara diorang. Tapi, polis tak dapat cari bukti. Bantuan polis memang tak dapat tolong apa-apa. Dia kuat. Dia nak abang aku musnah secara perlahan-lahan" cerita A drea bersungguh-sungguh. Keselamatan keluarganya sangat bahaya sekarang ini.

"Apa kau cakap ni?" Berkerut dahi Ain Amani memandang Andrea.

"Abang aku tak bagitahu kau?" Soalan Ain dibalas dengan soalan oleh Andrea. Takkan perkara penting begini abangnya tidak beritahu Ain Amani. Mungkin Zuhairie tidak mahu Ain terlalu takut atau tidak mahu Ain terlalu risau. Sayang sungguh abangnya itu kepada Ain.

Ain geleng perlahan. Semua perkara yang keluar dari mulut Andrea tidak pernah Zuhairie cerita. Kenapa tak nak bagitahu sendiri? Atau dia masih anggap aku macam orang luar.

"Kau dengar cakap aku. Dia akan datang bila-bila masa sahaja. Mangsa seterusnya adalah aku ataupun kau. Sebab itu dia tak nak kau keluar dari rumah dan bekerja. Dia bimbang keselamatan kau" ujar Andrea

"Dia lindungi kau sebab dia nak kau selamat. Dia sayang kau Ain. Cuma kasih sayang tu dia tak tunjukkan secara keseluruhan. Tapi, dia tunjukkan dalam perbuatan dia" Andrea terus bercerita. Dipandang sahaja anak mata Ain yang kelihatan tersentak. Andrea tersenyum. Dia tahu sikap Zuhairie tu bagaimana.

Kerana masa silam keluarga mereka, abangnya itu menjadi kuat. Sentiasa menjadi pelindung kepada orang yang dia sayang. Mungkin Ain masih belum nampak semua itu, tapi dia tahu Zuhairie amat menyayangi Ain Amani.

"Kau pulak macam mana?" Soal Ain pula. Dia cuba mengubah topik berkenaan dengan hati dan perasaan.

"Aku di sini bersama abang aku. So dia tak risau sangat bila aku ada dengan dia" balas Andrea

Tiba-tiba pintu bilik Andrea dibuka dari luar.

"Rea.. Fail tu --" wajah Zuhairie kelihatan terkejut dengan tetamu yang muncul dalam bilik adiknya. Orang yang dia rindui setiap malam.

"Ehem ! Fail tu tolong siapkan hari ni" Zuhairie berdehem seketika. Dia hanya mengabaikan pandangan Ain Amani. Suaranya sengaja ditegaskan. Kemudian, dia terus berlalu pergi tanpa mempedulikan panggilan Ain yang memanggilnya.

"Awak !" Ain segera mengejar Zuhairie. Dia perlu meminta maaf kepada suaminya. Ternyata telahannya selama ini amat bertentangan dengan perasaan sebenar Zuhairie terhadapnya. Rasa bersalah semakin menjalar dalan hati.

"Awak tunggu la" jerit Ain lagi sambil meluaskan langkahnya. Lajunya suami aku ni. Kaki panjang kalah galah wo..

Ain segera memeluk erat tubuh Zuhairie dari belakang. Kepala disandarkan di belakang tubuh itu. Mata-mata yang memandang dia tidak pedulikan. Langkah Zuhairie terhenti. Tubuhnya kaku tidak bergerak. Statik di tempat dia berdiri.

"Saya minta maaf" ucap Ain ikhlas. Pelukan masih belum dileraikan.

"Tolong jaga perangai. Di sini pejabat bukan rumah" tangan Ain Amani yang melingkari tubuhnya dilerai kasar. Kaki laju diatur menuju ke biliknya. Tangannya memegang dada yang berdebar kencang. Sungguh dia tidak berniat untuk melakukan perkara itu tadi. Kerana ego dia sanggup melakukannya. Rasa cinta dalam hati tidak pernah padam buat gadis bernama Ain Amani.

Ain memandang sahaja belakang tubuh suaminya. Hatinya sedikit terkesan dengan perbuatan Zuhairie tadi. Benci betul Zuhairie dengan dirinya. Dia tahu semua ini berpunca dari sikap degilnya. Tiba-tiba terasa usapan lembut di bahunya. Pantas dia menoleh.

"Merajuk dia tu sekejap jer. Balik rumah nanti kau pujuk la dia. Dah jangan sedih-sedih" pujuk Andrea lembut. Kasihan melihat wajah sugul Ain Amani. Kenapa la abang aku ni dingin sangat? Dah sayang tu cakap ajelah sayang. Ni susah-susah nak merajuk bagai, dah kenapa?!

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now