Part 75 - Langkah pertama

26.5K 1.5K 69
                                    

Fawwaz Amsyar melangkah dengan penuh gaya menuju ke pejabat Andry Zuhairie Risley. Tangan dibuka butang kot yang dipakai. Panggilan seorang wanita yang mungkin PA kepada lelaki itu tidak dihiraukan.

Ada dia kisah? Yang penting dia mahu selesaikan perkara ini secepat mungkin. Tak kisah la si Zuhairie tu bakal abang ipar dia sekalipun, dia langsung tak ambil peduli.

Pintu pejabat Zuhairie dia rempuh kasar. Dia pandang wajah bersahaja Zuhairie dengan pandangan tajam.

"Maaf tuan. Saya tak sempat halang" PA Zuhairie yang baru sampai tercungap-cungap mencari nafas. Punya la laju si Fawwaz tu berjalan sampai dia tak sempat nak kejar.

Zuhairie hanya mengangguk dia mengarahkan wanita itu keluar. Mata beralih pula pada lelaki di hadapannya itu. Macam pernah tengok.... Oh ya! Lelaki yang sentiasa bersama dengan Andrea, adiknya.

"Apa kau nak?" Soal Zuhairie. Straight to the point. Dia tak suka nak guna bahasa kiasan. Tambah-tambah dengan orang seperti Si Fawwaz ini.

"Aku bagi amaran pada kau. Jangan pernah sakitkan hati Ain lagi. Dia memang isteri kau. Apasal kau nak simpan lagi si Randy jahat tu ha?!" Kata Fawwaz tak puas hati. Nasib la ni pejabat Andry Zuhairie Risley. Kalau tak, dah lama lekat penumbuk di wajah kacak lelaki itu.

"Tu je kau nak cakap? Ada apa-apa lagi?" Zuhairie masih lagi tenang. Badan disandarkan ke kerusi lagak seorang bos. Dia memandang muka merah Fawwaz yang berdiri di hadapannya. Dia langsung tidak pelawa untuk lelaki itu duduk.

Fawwaz menjulingkan mata ke atas. Mamat ni dah lama hidup ke? Nyesal pulak cari gaduh dengan mamat ni. Baik aku jumpa Andrea. Lagi bagus ! Sejuk mata memandang gadis bertudung itu.

"Lantak kau la. Orang cakap tak nak dengar. Jangan satu hari nanti kau menyesal sudah" Fawwaz mendongkol geram. Sejurus itu dia terus keluar dari pejabat mewah Zuhairie.

Zuhairie menghantar pemergian Fawwaz dengan pandangan mata. Nasib baik dia sempat sembunyikan sesuatu yang berada dalam genggaman tangannya. Lama dia merenung benda itu. Sesuatu yang bersinar itu dipandang lama.

Betul ke apa yang aku buat ni?

•••••

Ain yang sedang melipat baju kecil Zaura terkejut mendengar rempuhan kuat pintu bilik. Angkat saja muka, nampak wajah bengang Zuhairie sedang menghampirinya.

"Kau memang sengaja kan?" Tengking Andry Zuhairie kasar.

Balik dari pejabat terus hangin satu badan. Entah kat mana yang tak kena. Tengok wajah Ain Amani lagi membara perasaan marahnya.

"Apa maksud abang?" Ain mengerutkan dahi. Apa pulak salahnya kali ni? Rasanya dia tak ada buat apa pon hari ni. Cuma menghabiskan masa bersama Zaura di bilik.

Mungkin ada perkara yang tak kena berlaku di pejabat. Sampai hangin satu badan suaminya itu

"Puas? Seronok dapat cerita semua benda kat orang lain? Suka la mengadu apa aku buat pada kau? Cari jantan lain untuk backup kau. Apa kau dapat?!" Soal Zuhairie garang. Wajah pucat itu bertukar menjadi merah.

Ain mengerutkan dahi. Untuk seketika baru dia tersedar. Oh tentang perkara itu ! Fawwaz ada bagitahu tadi. Lelaki itu pun satu hal. Pergi cari gaduh tu dah kenapa. Dah tahu si Zuhairie hilang ingatan, tapi still nak cari pasal. Bukan dia ingat pun siapa kau Fawwaz oi.

Dia VampireWhere stories live. Discover now