Part 26 - Demam

42.4K 1.9K 45
                                    

Zuhairie memberhentikan kereta apabila melihat Ain duduk di bahu jalan ditemani Ivan. Dia lihat betis isterinya itu berlumuran darah walaupun sudah dibalut dengan sehelai kain putih.

Ain menunduk memandang tanah. Tidak mahu bertentang mata dengan suami yang pasti akan memarahi dirinya. Ya, dia tahu dia degil. Dia tahu tempat isteri di sisi suami. Tapi, perasaan rindu pada keluarga yang semakin mencengkam membuatkan dia bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia rindu akan keluarganya. Ditambah lagi dengan berita mamanya sedang demam sekarang. Air mata yang sudah kering dirasa mahu menitis lagi. Sungguh dia tidak kuat untuk berjauhan dengan mama dan papa meskipun suami 'ekspress' sentiasa ada.

Tiba-tiba terasa dirinya dicempung masuk ke dalam kereta. Ain melihat wajah Zuhairie yang masam mencuka. Mungkin dalam hati sedang membara. Kemudian, tubuhnya diletakkan dengan berhati-hati di tempat duduk hadapan. Pintu ditutup kasar oleh Zuhairie. Terangkat bahu Ain Amani dibuatnya.

"Ivan.. Sekejap lagi bagi diorang makan. Petang tadi aku lupa bagi" dengan dingin Zuhairie berkata. Ivan mengangguk faham. Patut la agresif semacam serigala tu. Lupa bagi makan rupanya.

Zuhairie masuk ke tempat pemandu dan kereta meluncur laju ke rumahnya. Suasana hening dalam kereta membuatkan Ain serba salah. Ditambah lagi melihat muka ketat suaminya.

"Siapa benarkan kau keluar dari rumah tu?" Suara Zuhairie memecahkan kesunyian yang dari tadi membelengu mereka berdua. Matanya difokuskan menghadap jalan. Langsung tidak menoleh memandang isterinya.

"Kan aku dah cakap. Jangan keluar dari rumah tu. Tengok apa dah jadi sekarang. Tak habis-habis menyusahkan aku la kau ni" marah Zuhairie lagi. Dia ingin melampiaskan semua rasa sakit di hati. Berkali-kali dia bagi amaran tapi langsung tak nak dengar.

Ain tunduk memandang kaki. Perjalanan ke rumah yang dekat dirasakan seperti berjam lamanya apabila berada dalam kereta bersama Zuhairie.

Kereta diparkir di hadapan rumah. Zuhairie keluar dari kereta dan menuju ke arah Ain. Tubuh isterinya itu dicempung menuju ke bilik. First aid kit dicapai dalam almari. Dia duduk bersila di atas lantai manakala Ain di atas sofa.

Selepas itu, balutan yang penuh dengan darah dibuka. Nasib baik gigitan itu tidak terlalu dalam. Dia mula mencuci luka itu dengan kepakaran yang dia ada. Nasib baik dah dia dah biasa cuci luka sendiri. Kalau tak, kena panggil Elicia la malam-malam ni. Membebel pulak minah tu kalau dapat tahu.

Ain mengerang kecil apabila cecair itu terkena lukanya. Pedih usah dikata lah. Rasa seperti mahu sepak Zuhairie yang duduk atas lantai di hadapannya.

"Tahan sikit. Berani buat berani tanggung" kata Zuhairie sambil menjeling tajam Ain Amani. Terkulat-kulat gadis itu memandangnya.

Beberapa minit kemudian, luka di betisnya selesai dicuci. Zuhairie mengemas kembali peralatan yang digunakan. Dia ingin bangun tetapi dihalang oleh tangan kecil Ain Amani.

"Awak marahkan saya?" Soal Ain lembut.

"Tadi je. Sekarang tak dah. Kau ni degil sangat" kata Zuhairie

"Saya janji saya tak keluar rumah dah tanpa izin awak. Saya akan dengar cakap awak. Saya akan jadi isteri yang baik untuk awak" bersungguh-sungguh Ain berjanji. Air mata mula turun dengan lebat. Rasa sebak mencengkam dirinya. Sejak dia mengenali lelaki ini, murah sahaja air matanya jatuh. Mana Ain yang dulunya berani? Konon boleh menempis semua musuh yang datang. Yang tinggal kini hanyalah Ain Amani yang lemah dan tidak bermaya.

"Dah tak payah nangis" pujuk Zuhairie walaupun suaranya agak dingin. Hatinya sedikit terusik. Mungkin berasa bersalah kerana memarahi gadis itu tadi. Ingin sahaja tangannya mengelap air mata itu, tetapi ego menghalang.

"Saya just rindu dekat family saya. Awak boleh hantarkan saya balik?" pinta Ain Amani. Dia merenung ke dalam anak mata Zuhairie. Berharap sangat agar lelaki itu memberi peluang untuk bertemu dengan keluarganya.

"Not now " ringkas sahaja Zuhairie memberi jawapan. Dia bangun dari duduk dan berlalu ke bilik air. Ingin membersihkan diri dan menenangkan jiwa. Permintaan Ain sangat berat untuk dia tunaikan. Maafkan aku Ain, satu hari nanti aku akan lepaskan kau. Kepada family kau tanpa aku di sisi.

•••••

Zuhairie mendekati isterinya yang tidur di katil. Jam menunjukkan angka 11.30 malam. Diusap perlahan ubun-ubun itu. Gaun tanpa lengan yang dibeli oleh Andrea tersarung elok di tubuh isterinya. Pandai adiknya pilih saiz baju untuk Ain.

Sepanjang hari ini, dia meminta Andrea jagakan isterinya. Urusan di pejabat terlalu banyak sehingga dia tidak boleh mengambil cuti. Nasib baik ada adiknya yang sudi datang dari jauh walaupun terpaksa membatalkan outstation.

Jatuh kasihan dia melihat Ain. Seksa apabila isterinya itu hendak mandi semalam. Luka yang berbalut itu tidak boleh terkena air. Ditawarkan dirinya untuk membantu, namun awal-awal lagi kena reject. Malu katanya. Tapi, apa Zuhairie kisah. Dia masuk juga ke dalam bilik air bersama Ain.

Saat tangan menyentuh dahi, terasa panas membahang kulit Ain Amani. Dia mula cemas. Leher gadis itu disentuh juga. Tubuh itu ternyata amat panas. Ain masih terbaring atas katil tidak sedarkan diri.

"Eh, abang dah balik? Sorry tadi Rea kat dapur ambil air untuk Ain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Eh, abang dah balik? Sorry tadi Rea kat dapur ambil air untuk Ain. Dia demam panas" kata Andrea yang muncul di muka pintu bersama air suam di tangan. Cool fever dan ubat demam yang dibeli oleh Nick di klinik tadi juga dibawa bersama. Dia ingatkan demam Ain hanyalah demam biasa. Tapi, apabila tiba malam suhu badan Ain Amani mendadak naik.

"Kenapa tak call Elicia suruh datang check?" Soal Zuhairie. Dia memandang Andrea yang meletakkan gelas air di meja sisi. Kemudian, pandangannya jatuh pula pada Ain yang terbaring lemah.

"Elicia busy kat hospital. Banyak pesakit perlukan khidmat dia. Dia kata hari ni kena buat 3 pembedahan. Takkan Rea nak ganggu" beritahu Andrea jujur. Plastik cool fever dibuka dan dilekapkan di dahi Ain Amani. Diharapkan dengan cara ini dapat menurunkan suhu badan Ain yang panas. Ubat demam dibiarkan di atas meja apabila melihat Ain yang nyenyak tidur. Tak sampai hati untuk mengejutkan kawannya itu.

"Mama....." Suara Ain yang lemah meracau-racau memanggil mamanya. Mata Zuhairie terpaku pada isterinya.

"Dia rindukan keluarga dia. Dia bagitahu tadi, teringin sangat nak peluk mama dan papa dia. Bagi peluang sekali untuk balik dan jenguk keluarga dia pun tak apa. Sekali sahaja" kata Andrea. Dia memandang Zuhairie dengan penuh berharap.

Zuhairie diam. Otaknya memproses apa yang dikatakan Andrea. Dia mempertimbangkan permintaan itu. Fikirannya serabut sekarang. Dia memerlukan pendapat ibunya. Puan Marina lebih berpengalaman. Dia tidak boleh bertindak sesuka hati.

•••••







Dia VampireWhere stories live. Discover now