Part 19 - Gigitan

58.5K 2K 118
                                    

Andry Zuhairie Risley bangun dari katil. Seluar panjang dan baju kemeja yang bertebaran di atas lantai dicapai dan dipakainya. Baju dibiarkan tidak terbutang. Dia memerhati Ain Amani yang sedang lena berselimut tebal menutupi setiap inci tubuh tanpa seurat benang itu. Jari jemari mengelap sisa darah yang terdapat di sekitar bibirnya. Dia tersenyum sinis. Manis jugak darah perempuan ni.

Malam tadi menjadi saksi bahawa sumpahan yang mendampinginya selama lebih 18 tahun sudah hilang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam tadi menjadi saksi bahawa sumpahan yang mendampinginya selama lebih 18 tahun sudah hilang. Kini dia sembuh sepenuhnya. Namun, satu sahaja yang dia risau. Sang musuh tidak akan berdiam diri jika mendapat tahu dia sembuh. Pasti dia akan dicari hingga ke lubang cacing. Atau mungkin Ain Amani menjadi mangsa kekejaman seterusnya.

Zuhairie kemudiannya melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri . Selesai mandi, tubuhnya dibawa ke balkoni bilik. Tubuh yang basah setelah disiram air, terasa segar. Tuala kecil diramas-ramas di atas kepala, mengelap air yang masih membasahi rambutnya. Punggung didaratkan di sebuah kerusi. Mata memandang ke dada langit.

Rokok yang menyala di tangan, diletakkan di bibir, lantas disedut senafas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rokok yang menyala di tangan, diletakkan di bibir, lantas disedut senafas. Wajah dipaling ke arah sekujur tubuh yang masih berselimut tebal di atas katil. Walaupun wajah gadis itu kurang jelas dimatanya ketika itu, tetapi dia akui, gadis yang tidur bersamanya semalam memang cantik. Dan dia begitu pasti, gadis itu masih suci. Dan juga semalam adalah pengalaman pertamanya bersama gadis itu.

"Woi bangun" kata Zuhairie kasar kepada Ain yang masih dibuai mimpi. Diam tidak terkutik. Seakan akan keras tidak bernyawa. Melihat Ain yang masih kaku, Zuhairie pantas menghampiri.

"Kau pekak ke hah? Aku cakap bangun, bangun la!" Marah Zuhairie lantang. Tubuh yang masih tidur itu ditolak kasar. Namun, masih tiada pergerakan. Ain masih terbaring seperti tidak bernyawa di atas katil. Zuhairie menjadi panik.

"Ain..." Selimut yang menutupi tubuh isterinya ditarik pantas. Jelas kelihatan tubuh kecil itu bertukar menjadi pucat. Seakan akan tidak berdarah. Seperti semua darah Ain memasuki badannya. Matanya terpaku pada leher isterinya yang membengkak. Jelas warna kebiruan dan kemerahan di sekitar leher. Urat kehijauan juga timbul di tempat itu.

 Urat kehijauan juga timbul di tempat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ain! Bangun!" Kepala Ain dipangku. Tiba tiba dia menjadi cemas. Dia tidak mahu apa apa terjadi kepada Ain Amani. Pantas nombor telefon seseorang dicari dan didail.

"Elicia, please come here. Secepat mungkin" selepas berkata, gagang telefon terus diletak. Dia memandang wajah pucat Ain. Rambut yang menutupi wajah isterinya diusap ke belakang.

"Ain... Please bangun" pipi Ain ditampar perlahan dengan harapan Ain bangun dari perbaringan. Mata isterinya tertutup rapat dipandang. Bukan ini yang dia mahu. Tolong jangan tinggalkan aku.

•••••

"You almost kill her. She lost a lot of blood" tenang Elicia berkata selepas selesai memasukkan satu pek darah ke dalam badan Ain. Gadis yang masih lena setelah disuntik ubat tidur itu dipandang. Terbit rasa kasihan kepada Ain Amani kerana menjadi mangsa .

"What can I do? I can't control myself" dingin Zuhairie bersuara. Dia berpeluk tubuh dan bersandar pada palang balkoni. Elicia merupakan doktor merangkap kawan baiknya ketika di England. Kawan yang banyak membantunya. Elicia juga sudah sedia maklum akan sumpahan yang berlaku pada dirinya. Semua rahsianya berada di tangan gadis itu.

"Try to control yourself if you still have a humanity. Just remember, she is your wife now. Not your victim yang you boleh buat suka hati!" dada Elicia berombak kencang. Geram rasa hatinya apabila Andry Zuhairie bertindak melulu tanpa memikirkan kesannya. Dia kenal sangat dengan Zuhairie. Sudah 5 tahun menjadi sahabat tipulah kalau kata dia tidak mengenal luaran dan dalaman lelaki itu.

Elicia mengeluh lemah. Nasib baik pihak hospital membenarkannya untuk mengambil satu pek darah dari bekalan di hospital. Kalau tak, tidak tahu lah dari mana dia mahu mendapatkan darah yang mencukupi untuk Ain.

"Don't disturb her until she wake up. She needs rest" Elicia bernada rendah. Dia perlu kembali semula ke hospital petang nanti. Banyak pesakit yang memerlukan khidmatnya. Buat masa sekarang, dia perlu merawat Ain terlebih dahulu hingga sembuh. Dia tidak yakin untuk meninggalkan Ain bersama Zuhairie. Risau jika keadaan menjadi lebih teruk.

•••••

Zuhairie mendekati Ain yang bersinglet tali halus warna putih itu. Dia yang memakaikan gadis itu pakaian sebelum Elicia datang. Dia juga yang memandikan Ain meskipun gadis itu tidak sedar. Mahu mengamuk Elicia kalau melihat leher Ain berlumuran darah sebelum mandi. Baik dia cegah sebelum kena marah.

Sebentar tadi, hampir cair tahi telinga mendengar Elicia membebel macam nenek kebayan. Pot pet aje kerja dia. Siap diberi gelaran suami tak pandai jaga isteri.

Mata Zuhairie terpaku pada balutan leher Ain. Kata Elicia gigitan yang dia buat agak dalam dan mungkin akan meninggalkan parut.

Tiba- tiba tubuh Ain bergerak perlahan sebelum membuka mata luas. Mata Ain terpaku pada wajahnya yang juga merenung tajam ke arah gadis itu.

"Pergi! Jangan dekat dengan aku. Pergi!" Ain mengamuk seperti ternampak kelibat hantu. Dia memeluk lutut dan tubuh kecilnya menggigil ketakutan. Wajah Zuhairie yang terlayar di ruang mata membuatkan dia takut dan trauma terhadap lelaki itu. Bayangan Zuhairie yang memperkosanya malam tadi seakan- akan muncul kembali. Habis semua bantal dibalingnya.

"Zuhairie.. what do you do to her?" Elicia muncul di muka pintu apabila mendengar suara Ain menjerit. Dia menghampiri Ain yang sudah hilang kawalan. Dia cuba menenangkan gadis itu.

"I'm not doing anything" kata Zuhairie garang. Dia mendengus kuat. Tak pasal pasal kena tuduh. Cis!

"Sekarang dia tengah trauma dengan you. Buat masa sekarang jangan hampiri dia. Bagi I yang jaga untuk sementara waktu" jelas Elicia kepada Zuhairie yang sudah memasamkan muka. Ain dalam dakapannya semakin tenang. Dibaringkan gadis itu di katil semula.

Dia mahu turun ke bawah untuk menyediakan bubur memandangkan semua pekerja dalam rumah ini diberi cuti. Mahu harapkan Zuhairie? Memang tak la. Sampai tahun depan pon belum tentu Ain makan.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now