Part 44 - Mandi bersama

44.7K 1.9K 38
                                    

Ain memasuki bilik tidur mereka. Mereka masih menetap di rumah agam milik Puan Marina di tengah bandar. Bulan depan, mereka akan berpindah semula ke rumah di tengah hutan itu bersama Andrea. Semua itu ialah perancangan Zuhairie. Dia sebagai isteri hanya mengikut sahaja. Tidak berani untuk membantah.

Bunyi pancutan air dari bilik air menerpa masuk ke dalam telinga Ain Amani. Sejak bila Zuhairie balik pun dia tak tahu. Vampire ke hantu halimunan Zuhairie ni? Ataupun dua-dua dia ada. Pergh seram siak !

Tiba-tiba idea jahat muncul di benak fikirannya. Nak merajuk sangat kan? Meh kita tengok dia nak merajuk lagi atau tak. Kakinya perlahan-lahan melangkah mendekati suis lampu bilik air. Bibirnya terukir senyuman jahat. Rasain looo!! Jari jemarinya terus menekan suis lampu bilik air. Terdengar jeritan kecil dari dalam bilik air. Pasti lelaki itu terkejut dengan kegelapan yang menjelma secara tiba-tiba.

"Hey ! On balik suis lampu!" Jerit Zuhairie dari dalam bilik air. Pasti sukar untuk mandi dalam keadaan gelap gelita.

Ain ketawa kuat sambil menekan perut. Senak perutnya kerana banyak ketawa. Penakut juga rupanya suami aku ni. Ain berhenti ketawa. Kenapa diam semacam je? Ada perkara buruk yang terjadi ke?

Telinganya ditekapkan pada pintu tandas. Diam. Langsung tiada bunyi air mahupun sebarang suara dari dalam bilik air.

Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam membuatkan tubuh Ain hampir tersungkur ke depan. Tetapi, pantas disambar oleh susuk tubuh di hadapannya. Nasib baik ada tangan yang menarik pinggangnya. Kalau tak mesti dia sudah mencium lantai. Eh kejap! Tangan? Ain terus mengangkat wajah. Mampus aku !

Pandangan tajam persis mata helang menikam pandangan Ain Amani. Walaupun beriak serius, ketampanan lelaki itu masih terserlah. Jantung Ain seperti mahu melompat keluar. Pegangan erat di pinggangnya masih belum dilepaskan. Zuhairie yang basah kuyup hanya bertuala di paras pinggang. Jelas kelihatan tubuh sasa Zuhairie masih basah dengan air mandian. Tubuh Ain ditolak rapat ke dinding bilik air. Tangannya memerangkap Ain di dinding.

"Do you understand my struggle just now?" Kata Zuhairie dingin. Wajahnya sengaja didekatkan pada wajah Ain Amani. Hidung mereka saling bersentuhan. Mata tidak lepas memandang ke arah isterinya.

"I... I got it. I won't do it again" Ain sudah tergagap-gagap. Dia langsung tidak terfikir bahawa Zuhairie akan keluar dari bilik air itu. Dia fikir Zuhairie tidak akan dapat mencari tuala kerana keadaan gelap dalam bilik air. Sekarang ini pun gelap walaupun dilimpahi cahaya lampu dari bilik tidur.

"Too late to regret. You're the one who started it" ujar Zuhairie lagi. Dia simpan senyum melihat wajah pucat isterinya. Nak main sangat kan? Let's start it.

"I thought I'd try to scare you" peluh mula membasahi di dahi. Ditambah lagi dengan air rambut basah Zuhairie yang menitik ke wajahnya apabila laki itu tunduk. Kalau dia bergerak walau sedikit, pasti bibirnya akan bersentuhan dengan bibir Zuhairie. Bukan dia tak suka tapi malu !!

"Scare me? You made it too dark and now I can't wash myself. Could you help?" Suara Zuhairie amat menggoda di telinga Ain Amani. Dirinya seperti berada di awan-awangan. Panahan mata Zuhairie sudah berjaya memanah cinta yang mula bertapak dalam hati.

"Wha-- what do you mean?" Sengaja Ain bertanya walaupun dia tahu apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu. Tengok dekat macam ni, handsome pulak laki aku. Nak aje dia cium bibir itu. Wahai hati, sabarlah kau supaya tak nampak kau tergedik-gedik nakkan dia.

"Let's shower together with me" sejurus itu, tubuh Ain terus dicempung menuju ke bath tub. Sempat kakinya menolak daun pintu. Lampu tidak dibuka untuk menaikkan suasana romantik dalam bilik air itu. Lagipun ada lilin di sekeliling bathtub untuk menerangi bilik itu.

Dia VampireWhere stories live. Discover now