Part 5

3.8K 364 0
                                    

"kenapa kena bawa dia?" soal Shin sambil menjeling ke arah Ken yang sedang mengacau beberapa orang gadis di bandar itu. theo tersenyum.

"Lanun Alkida bukan sebarangan lanun, budak. kau jangan ingat hanya kita bertiga mampu bebaskan penduduk kampung kau. aku mungkin kuat, tapi kalian.." Theo memandang Shin dan Sofea sebelum menyambung.

"I don't really think you two can survive." shin mengetap gigi.

"ciss!" Sofea menepuk perlahan bahu abangnya supaya bertenang. Shin hanya merengus sebelum memandang ke tempat lain.

"jadi, Abang Ken tu hebat?" soal Sofea.

"Mungkin fighter paling hebat yang aku pernah jumpa dulu. tapi masih belum cukup. kita masih perlukan bantuan." jelas Theo membuatkan Sofea dan Shin berpandangan.

"Itu ke sebabnya kita ke sini?" soal Shin dan Theo hanya mengangguk. mereka berhenti di hadapan sebuah bukit di hujung bandar Syamuna. di lereng bukit itu terbinanya sebuah tangga yang berbaris tinggi menuju ke puncak bukit. dan di puncak bukit itu terbinanya sebuah kuil yang besar berwarna merah saga. 

"Kalian boleh tunggu di sini." arah Theo. Shin, Sofea dan Ken hanya akur. perlahan-lahan Theo memanjat tangga yang tinggi menggunung itu. selangkah demi selangkah akhirnya sampai juga dia di hadapan kuil. kuil itu tertutup rapat. di kedua-dua sisi kuil terbinanya 2 buah patung berukiran naga. Belum sempat pintu diketuk sebatang anak panah meluncur laju ke arahnya. Pantas Theo mengelak. Dia memandang ke arah gerangan yang telah melepaskan anak panah itu sebelum tersengih.

"Xavier.." Ujarnya. Seorang lelaki berkerudung litup hanya menampakkan 2 butir matanya sedang berdiri di atas pokok berhampiran sambil memegang sebatang busur. Dia berpakaian serba hitam.

"Apa kau nak Theo?" Soal lelaki itu.

"Aku datang untuk berunding dengan kau." Xavier melompat turun sebelum mendekati Theo.

"Rundingan? Tak payah kau nak buang masa kau berunding dengan aku. Lebih baik kau pergi dari sini." Ujar Xavier dingin.

"Oh tolonglah.. Jangan cakap kau juga masih marahkan aku." Xavier mencengkam leher baju Theo.

"Kalau bukan sebab kau, Mel pasti masih hidup sekarang! Semuanya salah kau Theo! Salah kau!"

"Kenapa kau dan Ken masih nak salahkan aku? Salah ke aku boleh sembuhkan diri? I've never ask for this shit!"

"Xavier!" Suara seorang gadis memanggilnya membuatkan Xavier melepaskan cengkaman. Namun, dia masih memandang tajam ke arah Theo.

"Xara.." Theo tersenyum memandang gadis yang berpakaian sama seperti Xavier cuma pakaiannya berwarna putih. Xara datang mendekat.

"Kau masih nak salahkan Theo atas apa yang berlaku, Xavier? Kau sendiri tahu yang semua itu bukan salah dia kan?" Xavier merengus kuat. Xara menghampiri Theo sebelum baju Theo dibetulkan.

"Maafkan dia, Theo. He's still can't forget about her. Kau sendiri tahu kan betapa Xavier sayangkan Mel." Theo tersenyum.

"Xav.. Aku tak salahkan kau kalau kau masih marahkan aku. Tapi kalau betul semuanya salah aku.. aku minta maaf. Tapi sekarang. Aku betul-betul perlukan bantuan dari kalian berdua." Ujar Theo.

"Bantuan apa?" Soal Xara.

"I want to finish what we did last time. Once and for all." Xavier memandang Theo.

"What do you mean? Kau nak bunuh Hans?" Theo mengangguk membuatkan Xavier dan Xara berpandangan sesama sendiri.

…………………………………………….

"Ha! Tu pun abang Theo!" Jerit Sofea sebaik sahaja ternampak Theo sedang menuruni anak tangga bersama dua orang yang berpakaian pelik.

"Siapa dengan dia tu?" Soal Shin. Ken yang berada berhampiran mereka tersengih.

"The team is back!" Ujarnya membuatkan Shin dan Sofea memandangnya pelik.

"Xavier! And of course, my beautiful Xara.." Ken mendekati mereka sebaik sahaja mereka sampai. Tangan Xara diraih lalu dikucup mesra. Pantas Xara melarikan tangannya.

"Thanks Ken. Kau apa khabar?" Soal Xara.

"Macam yang kau nampaklah." Ken mendepakan tangannya.

"Ni.. Shin dengan Sofea. Budak-budak yang aku cakapkan tadi." Ujar Theo. Sofea tersenyum manakala Shin hanya terdiam. Marah dipanggil budak.

"Hai Sofeà.. Shin.. Kalian juga kembar?" Soal Xara. Sofea mengangguk.

"Kami juga. Aku Xara dan ini Xavier."

"Yaa.. Kalian berempat memang ada banyak persamaan." Ujar Ken sambil ketawa. Xavier dan Shin hanya mencebik.

"Sudahlah. We need to get going now. Kalian tahu di mana mereka?" Soal Theo seraya memandang Shin dan Sofea.

"Sudah 3 tahun mereka menetap kat tempat tu." Ujar Shin.

"Kat mana?"

"Belukar Induk."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now