part 84

2.2K 268 11
                                    

Dalam keadaan telinga mereka disumbat dengan cebisan kain, mereka hanya menyoroti langkah Theo. Hendak menahan, Ken dan Xavier sendiri sudah cedera ketika cuba menghalang lelaki itu. Keputusannya, mereka terpaksa mengikut sahaja ke mana Theo hendak pergi. Pelik, Theo seakan-akan tidak sedar. Dia hanya tersenyum sahaja sepanjang perjalanan.

Perjalanan mereka berakhir di hadapan sebuah tasik yang sangat luas. Airnya berwarna ungu. Berkilau disuluh cahaya bulan. Di sekeliling tasik itu tumbuhnya cendawan-cendawan dan bunga-bunga liar. Menambahkan lagi keindahan tasik itu. Mereka yakin, itulah dia tasik yang dilarang oleh si duyung dan 5 beradik Browning tadi. Itulah dia Tasik Eclipse.

Theo tiba-tiba tersedar sebaik sahaja nyanyian mendayu-dayu tadi menghilang. Dia memandang sekeliling.

"Aku kat mana ni?" Soalnya. Rakan-rakannya yang lain pantas mencabut cebisan kain yang menyumbat telinga mereka. Xara mengetuk kuat kepala lelaki itu.

"Lain kali dengar apa orang cakap!" Bebel gadis itu. Theo yang masih tidak tahu apa kesalahannya itu hanya tersengih sambil menggosok kepalanya.

"Sudahlah. Sekurang-kurangnya kita dah sampai ke tasik ni." Ujar Xavier.

"Jadi, mana duyungnya?" Soal Ken pula. Dia memerhatikan air ungu jernih di dalam tasik. Dan tiba-tiba terdapat sepasang mata berwarna kuning menggoda muncul dari dalam air tasik. Ken terpana. Mata itu mempesonakan. Semakin lama semakin dia mendekati air sehinggalah muncul sepasang tangan bersisik dan berselaput dari dalam air, menyentuh wajahnya. Kedua-dua belah tangan itu membelai-belai wajah Ken. Dan Ken semakin hanyut. Sehingga akhirnya wajah lelaki itu separuh sudah masuk ke dalam air.

"Ken! Apa kau buat tu?!" Jerit Xavier membuatkan Ken tersedar dan mula terkapai-kapai apabila air mula masuk ke dalam rongga pernafasannya. Kepalanya sudah dicengkam oleh makhluk di dalam air tersebut sehingga dia tidak mampu untuk menarik wajahnya naik ke permukaan. Xavier pantas mengeluarkan pedangnya. Pedang dilibaskan ke arah makhluk itu sementara Theo menarik rakannya ke darat. Wajah makhluk bermata kuning itu terluka terkena bilah pedang milik Xavier menyebabkan ia melepaskan cengkamannya. Ia menyeringai ke arah Xavier sebelum berenang pergi dari situ.

Mereka terpaku seketika. Makhluk yang menyerang Ken tadi langsung tidak sama seperti duyung yang mereka jumpa sebelum sampai di Nohl Cay. Duyung ini bersisik. Matanya tajam dan menyeramkan. Ia mempunyai taring dan ekornya juga kelihatan berbeza. Lebih tajam dan gelap.

"Apa benda tu?" Soal Xara.

"Itulah kau. Nak sangat jumpa duyung kan? Amacam, sedap?" Soal Aigle kepada Ken. Lelaki itu hanya tersengih.

"Alah sayang, janganlah jealous." Ujarnya.

Aigle hanya menjeling sebelum membuat muka menyampah.

"Apa tadi tu?" Soal Theo.

"Aku tak rasa tu duyung. Tak sama pun macam yang kita jumpa siang tadi." Balas Xavier sambil menyimpan pedangnya.

"Tapi, dia nyanyi sedap. Aku suka." Theo berdengus. Sibuk betul nak menyampuk cakap orang.

"Itu Siren." Ujar satu suara dari arah tasik ungu membuatkan mereka tersentak.

"Kau.. duyung tadi siang kan?" Soal Xara. Si duyung berambut biru berkilau yang sedang menongkat dagu di tebing tasik mengangguk sambil tersenyum manis.

"Aku dah bagi amaran kan. Tapi kalian tak nak dengar." Sambung si duyung.

"Emm.. cik duyung.. Siren tu ape bendanya?" Soal Ken.

"Sama macam duyung. Cuma, Siren lebih agresif, liar dan ganas. Mereka mempunyai kebolehan. Untuk memukau sesiapa sahaja dengan suara nyanyian merdu dan renungan mata." Jelas si duyung biru.

"Memukau kami ke mana?" Soal Xara.

"Ke dasar tasik. Supaya kalian mati lemas dan tak akan timbul lagi." Si duyung tersenyum.

"Tak perlulah cakap sesuatu yang menyeramkan macam tu sambil senyum." Ujar Aigle.

"Jadi, kalian mahu ke dunia bawah laut?" Soal si duyung membuatkan Theo tersengih teruja.

"Mestilah!!!" Jerit lelaki itu.

"Tapi, macammana?" Soal Xara.

"Hanya ada satu sahaja cara untuk ke sana. Dengan melalui tasik ini." Lanun-lanun muda itu berpandangan sesama sendiri.

"Janganlah bergurau cik duyung. Kitorang ni manusia. Nak tahan nafas dalam air pun ada hadnya." Ujar Ken.

"Hahah.. siapa kata manusia tak boleh bernafas dalam air?" Sekali lagi mereka berpandangan sesama sendiri.

"Kau boleh buatkan kitorang bernafas dalam air ke?" Soal Theo. Sekali lagi tersengih teruja.

"Sudah tentulah. Cuma dengan satu syarat. Stay low dan tolong jangan buat kecoh. Ramai duyung tak suka tempat tinggal kami dimasuki orang asing." Mereka berlima mengangguk setuju. Lagipun, kenapa mereka perlu membuat kecoh, kan? Itu yang mereka fikir.

"Dan satu lagi. Nama aku Pearl. Bukan  cik duyung."

...................................................................

Hahah. Apa yang meriah sangat kat ruangan komen tu.. sorrylah author xsempat nak reply satu2. Ni pun curi2 masa nk update chap baru. Tapi, jangan risau, author baca je semua komen2 korang tu. Tak sangka pulak cite ni boleh jadi topik hangat yee.. haha. Thanks la.. sebenarnya author tak pernah terfikir yang cerita2 dongeng author ni boleh menarik minat ramai orang. Tbh, masa author mula2 publish cite ni, author xterfikir pun lagi nak buat cite pasal lanun. Hahaha.. op really inspired me on writing this story. Ape2 pun, keep on reading n voting ye anak2.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now